Kenaikan Pangkat Dipercepatkan Untuk Pegawai Perubatan, Pergigian Dan Farmasi

Monday, January 3, 2011

0 comments

Maklumat diperoleh dari http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/10/mstar_berita/20100310115919&sec=mstar_berita. Maklumat ini telah dikeluarkan pada hari Rabu,10 Mac 2010 di mSTAR online. Bagi yang masih keliru di post saya yang lepas berkenaan kenaikan pangkat, bolehlah rujuk maklumat di bawah.



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pelan penambahbaikan laluan kerjaya pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi di Kementerian Kesihatan yang mempercepatkan tempoh naik pangkat ke Gred 54 di antara dua hingga lima tahun.


Beliau berkata inisiatif yang melibatkan perbelanjaan tambahan sejumlah RM200 juta setahun itu bertujuan untuk menambahbaik laluan kerjaya mereka bagi memberi peluang kepada mereka untuk meningkat hingga ke Gred 54 dalam tempoh yang lebih wajar.


Misalnya, seorang pegawai perubatan (pakar) boleh dinaikkan ke Gred 54 dalam masa sembilan tahun berbanding 11 tahun sekarang dan 12 tahun untuk pegawai perubatan (klinikal/pentadbiran) berbanding 17 tahun sekarang.


"Melalui penambahbaikan laluan kerjaya ini, kerajaan berharap Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan akan terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan.


Najib juga berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kesihatan sedang menguruskan urusan kenaikan pangkat Pegawai Perubatan Gred UD44 yang layak ke Gred UD48 dan sebahagian besar dijangka dapat dilaksanakan sebelum 31 Mac ini.


Katanya, penambahbaikan ini sebagai mengiktiraf sumbangan dan peranan mereka yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan yakin langkah ini akan dapat meningkatkan komitmen dan azam mereka untuk menjayakan hasrat meningkatkan tahap perkhidmatan hospital kerajaan.


Menjelaskan lebih lanjut, Najib berkata pada 5 Dis, 2007, Kerajaan telah bersetuju dengan pelaksanaan kenaikan pangkat secara terus ke Gred UD44 kepada semua Pegawai Perubatan yang dilantik mulai 1 Jan, 2008, iaitu sebaik sahaja mereka tamat menjalani latihan amali selama dua tahun dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.


Untuk memastikan Pegawai Perubatan yang dilantik sebelum 1 Jan, 2008 tidak terjejas dengan keputusan tersebut, tindakan telah diambil untuk menaikkan pangkat ke Gred UD44 Pegawai-pegawai Perubatan yang dilantik sebelum 1 Jan, 2008.


Ini melibatkan kenaikan pangkat seramai 9,871 orang Pegawai Perubatan dalam tahun 2009, kata beliau.


Pelan penambahbaikan kerjaya adalah seperti berikut:


* Kenaikan ke Gred 44 - Bagi Pegawai Pergigian setelah berada di Gred 41 untuk tempoh dua tahun, dan bagi Pegawai Farmasi setelah tiga tahun.


* Kenaikan ke Gred 48 - Bagi Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian setelah berada di Gred 44 selama tiga tahun, atau tarikh warta pakar mana yang terdahulu; dan Bagi Pegawai Farmasi setelah berada di Gred 44 selama empat tahun.


* Kenaikan ke Gred 52 bagi Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian Klinikal/Pentadbiran setelah berada di Gred 48 selama empat tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal.


Kenaikan ke gred itu bagi Pegawai Perubatan (Pakar) dan Pegawai Pergigian (Pakar) pula setelah berada di Gred 48 selama dua tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal dan tertakluk kepada perakuan Panel Penilaian Kepakaran, Kementerian Kesihatan. Bagi Pegawai Farmasi pula setelah mereka berada di Gred 48 selama empat tahuntertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal.


* Kenaikan ke Gred 54 bagi Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian Klinikal/P entadbiran pula setelah berada di Gred 52 selama tiga tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal.


Kenaikan ke gred itu bagi Pegawai Perubatan (Pakar) dan Pegawai Pergigian pula setelah berada di Gred 52 selama dua tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal dan tertakluk kepada perakuan Panel Penilaian Kepakaran.


Bagi Pegawai Farmasi pula setelah berada di Gred 52 selama tiga tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal manakala bagi Pegawai Perubatan (Pakar) dan Pegawai Pergigian (Pakar), kenaikan pangkat daripada Gred 54 ke Gred Khas C dan ke atas adalah berdasarkan kepada perakuan Panel Penilaian Kepakaran kementerian.


Bagi Pegawai Perubatan Klinikal/Pentadbiran, Pegawai Pergigian Klinikal/Pentadbiran dan Pegawai Farmasi, kenaikan pangkat dari Gred 54 ke Gred Utama C dan ke atas adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan.


Menurut Najib, berdasarkan pelan laluan kerjaya yang dinyatakan, tempoh masa maksimum bagi pegawai yang memenuhi syarat kenaikan pangkat untuk dinaikkan pangkat ke Gred 54 dari tarikh mula berkhidmat dikurangkan.


Tempoh purata kenaikan pangkat ke Gred 54:

* Pegawai Perubatan (Pakar) - 9 tahun (11 tahun sekarang)

* Pegawai Pergigian (Pakar) - 9 tahun (11 tahun sekarang)

* Pegawai Perubatan (Klinikal/Pentadbiran) - 12 tahun (17 tahun sekarang)

* Pegawai Pergigian (Klinikal/Pentadbiran) - 12 tahun (17 tahun sekarang)

* Pegawai Farmasi - 14 tahun (17 tahun sekarang)

sumber : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/10/mstar_berita/20100310115919&sec=mstar_berita


p/s: ringkasan kenaikan jawatan bagi pegawai farmasi selepas graduasi


Graduasi

Gred 41 hingga 44 : 3 tahun

Gred 44 hingga 48 : 4 tahun

Gred 48 hingga 52 : 4 tahun

Gred 52 hingga54 : 3 tahun

Jumlah tahun : 14 tahun


Sekadar makluman juga, Gred 54 ini adalah setara dengan pangkat Prof. Madya.




Semakin tinggi pangkat, semakin berat tanggungjawab.
Semakin berat tanggungjawab, semakin banyak persoalan yang akan dibebankan di akhirat nanti.
Semoga kita sama-sama menjadikan dunia ini ladang untuk akhirat ^^


Ko-K Baru Lagi?

0 comments
Satu Taklimat Perlaksanaan Ko-Kurikulum Berasaskan Kontrak Pembelajaran yang akan diadakan seperti butiran berikut :

1) Tarikh : 4 Januari 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Bilik Senat, Bangunan Canseleri
Ahli : MPP dan JAKSA Kolej Kediaman sahaja

2) Tarikh : 7 Januari 2011 (Jumaat)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Serbaguna, KTSN
Ahli : Pelajar Tahun 1, KKL

3) Tarikh : 8 Januari 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : DECTAR
Ahli : Semua Pelajar Tahun 1 Kampus Bangi

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan perlaksanaan ko-kurikulum berkredit berasaskan Kontrak Pembelajaran. Semua pelajar tahun 1 diWAJIBkan hadir.

Taklimat/perjumpaan ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa - Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan basri

Terima kasih




maklumat tambahan dari e-pelajar berkenaan ko-kurikulum ini :-

Semua Pelajar Tahun I Sesi pengambilan 2010-2011 akan didaftarkan secara automatik bagi kod baru iaitu HHHC9118 – Kokurikulum, taklimat berkaitan pelaksanaan kokurikulum berkredit berasaskan kontrak pembelajaran ini akan diadakan seperti maklumat berikut;

Kampus KL & Cheras
Tarikh:
7 Januari 2011
Masa: 8.00 malam

Tempat: Dewan Serbaguna, KTSN


Kampus Bangi
Tarikh:
8 Januari 2011
Masa: 9.00 pagi

Tempat: Dectar, UKM


Pelajar Tahun 1 diwajibkan Hadir



p/s:taklimat berkenaan ko-k ini akan dihadiri oleh MPP di Bilik Senat, Banggunan Canselori esok. InsyaAllah, hasilnya kan dimaklumkan kemudian.

Laporan Mesyuarat Pentadbir Bersama PMFFAR dan wakil MPP Farmasi UKM Bil.4/2010

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera



Alhamdulillah, 30 Disember 2010, mesyuarat yang keempat antara pentadbiran, PMFFAR dan saya sendiri telah berlangsung di bilik mesyuarat Fakulti Farmasi UKM. Antara perkara yang dibincangkan:-

1. Sebuah Majlis Dekan-dekan Farmasi IPTA telah diwujudkan
- kepentingan majlis ini adalah dari segi penyelarasan proses pembelajaran dan
pengajaran, kerjasama program, dll.

2. Kemudahan kenaikan pangkat pensyarah farmasi IPTA
- dari U41 ke U54 dalam masa 14 tahun sahaja.

3. Pengambilan pegawai farmasi gred U41 pelajar tahun akhir UKM di Kementerian Kesihatan Malaysia
- taklimat kepada 93 orang pelajar Tahun Akhir Fakulti Farmasi UKM oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada

Tarikh : 19 Januari 2011 (Rabu)
Masa : 2 petang
Tempat: BSJ 2.2, Blok J, Tingkat 2, UKM, Jalan Raja Muda Abdul Aziz

4. Perubahan tarikh Pendaftaran Diri Pelajar bagi Sesi Akademik 2011/2012
- tarikh permulaan sesi akan datang telah berubah dari bulan Julai kepada bulan September iaitu 4 September 2011. Pertukaran ini tertakluk kepada semua pelajar tahun 1 - 4.

5. Bayaran JPA pelajar tahun 1 yang bermasalah
- bagi pelajar yang bayaran JPA yang tidak sepenuhnya, masalah ini akan dirujuk kepada pihak JPA sendiri (diharap sabar untuk info yg selanjutnya). Manakala yang dah bayar seblum JPA bayarkan, wang boleh di'claim' semula dengan hantar surat ke Jabatan Bendahari beserta dengan resit.

6. Serba sedikit penerangan berkenaan masalah pelajar yang ingin tambah gugur kursus (insyaAllah dalam post akan datang)

7. Makluman aktiviti yang bakal diadakan oleh pelajar Fakulti Farmasi UKM

Program : Lawatan Ukhwah UKM - UIA
Tarikh : 8-9 Januari 2011
Tempat : Kuliyyah of Pharmacy UIA, Kuantan
Bil. peserta : 40 orang (fokus utama dibuka kepada pelajar tahun1 memandangkan fokus utama adalah perkongsian cara berorganisasi dengan lebih mantap dan profesional )


Program : Majlis Penganugerahan Pelajar Fakulti Farmasi UKM 2011
Tarikh : 12 Mac 2011
Masa : 8.00 - 10.25 malam
Tema : 1001 Malam

8. Masalah disiplin (teguran dari dekan)
- hantaran surat layang (terutama melalui emel) kepada dekan tanpa nama dan pengenalan diri
- pakaian yang sempoi (tidak mencerminkan profesionalisme dalam diri)
- kehadiran kuliah ditingkatkan dari 70% kepada 80%
- hubungan emosional antara pelajar dan pensyarah (hubungan ini sangatlah dilarang dari segi profesional dalam etika bekerja, sekiranya diluar terpulang kepada individu )


InsyaAllah sekian sahaja maklumat dari saya. Ada tambahan informasi akan diberitahu ^^

'Profesionalisme Membentuk Keunggulan Diri'

SYUKRAN