Laporan Mesyuarat Pentadbir Bersama PMFFAR dan wakil MPP Farmasi UKM Bil.4/2010

Monday, January 3, 2011

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera



Alhamdulillah, 30 Disember 2010, mesyuarat yang keempat antara pentadbiran, PMFFAR dan saya sendiri telah berlangsung di bilik mesyuarat Fakulti Farmasi UKM. Antara perkara yang dibincangkan:-

1. Sebuah Majlis Dekan-dekan Farmasi IPTA telah diwujudkan
- kepentingan majlis ini adalah dari segi penyelarasan proses pembelajaran dan
pengajaran, kerjasama program, dll.

2. Kemudahan kenaikan pangkat pensyarah farmasi IPTA
- dari U41 ke U54 dalam masa 14 tahun sahaja.

3. Pengambilan pegawai farmasi gred U41 pelajar tahun akhir UKM di Kementerian Kesihatan Malaysia
- taklimat kepada 93 orang pelajar Tahun Akhir Fakulti Farmasi UKM oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada

Tarikh : 19 Januari 2011 (Rabu)
Masa : 2 petang
Tempat: BSJ 2.2, Blok J, Tingkat 2, UKM, Jalan Raja Muda Abdul Aziz

4. Perubahan tarikh Pendaftaran Diri Pelajar bagi Sesi Akademik 2011/2012
- tarikh permulaan sesi akan datang telah berubah dari bulan Julai kepada bulan September iaitu 4 September 2011. Pertukaran ini tertakluk kepada semua pelajar tahun 1 - 4.

5. Bayaran JPA pelajar tahun 1 yang bermasalah
- bagi pelajar yang bayaran JPA yang tidak sepenuhnya, masalah ini akan dirujuk kepada pihak JPA sendiri (diharap sabar untuk info yg selanjutnya). Manakala yang dah bayar seblum JPA bayarkan, wang boleh di'claim' semula dengan hantar surat ke Jabatan Bendahari beserta dengan resit.

6. Serba sedikit penerangan berkenaan masalah pelajar yang ingin tambah gugur kursus (insyaAllah dalam post akan datang)

7. Makluman aktiviti yang bakal diadakan oleh pelajar Fakulti Farmasi UKM

Program : Lawatan Ukhwah UKM - UIA
Tarikh : 8-9 Januari 2011
Tempat : Kuliyyah of Pharmacy UIA, Kuantan
Bil. peserta : 40 orang (fokus utama dibuka kepada pelajar tahun1 memandangkan fokus utama adalah perkongsian cara berorganisasi dengan lebih mantap dan profesional )


Program : Majlis Penganugerahan Pelajar Fakulti Farmasi UKM 2011
Tarikh : 12 Mac 2011
Masa : 8.00 - 10.25 malam
Tema : 1001 Malam

8. Masalah disiplin (teguran dari dekan)
- hantaran surat layang (terutama melalui emel) kepada dekan tanpa nama dan pengenalan diri
- pakaian yang sempoi (tidak mencerminkan profesionalisme dalam diri)
- kehadiran kuliah ditingkatkan dari 70% kepada 80%
- hubungan emosional antara pelajar dan pensyarah (hubungan ini sangatlah dilarang dari segi profesional dalam etika bekerja, sekiranya diluar terpulang kepada individu )


InsyaAllah sekian sahaja maklumat dari saya. Ada tambahan informasi akan diberitahu ^^

'Profesionalisme Membentuk Keunggulan Diri'

Mesin ATM Bakal Dibina di UKM KL

Friday, December 31, 2010

0 comments
Assalamua'laikum w.b.t dan Salam Sejahtera



Pertama sekali,mohon maaf semua kerana sudah lama tidak memaklumkan anda tentang perkembangan isu ini . Setelah berkali-kali perjumpaan dan perbincangan yang dilakukan, alhamdulillah terdapat perkembangan baru yang mungkin mengukir senyuman di bibir kita:) InsyaAllah, terdapat dua mesin ATM yang akan diwujudkan iaituCIMB dan juga BIMB. CIMB akan dibina dalam masa terdekat ini di bawah bahagian TIBE manakala BIMB akan dibina setelah proses
renovation Jabatan Bendahari siap dilakukan pada semester akan datang di Blok E.


Pihak penolong pendaftar kampus memaklumkan pihak CIMB melakukan
site
verification pada 28 Disember 2010 sebagai susulan prosedur tertentu yang telah dijalankan sebelum ini bagi membina mesin ATM. Jika segala prosedur telah siap dan pemasangan kabel telah dilakukan, insya-Allah proses pemasangan akan berjalan selama seminggu jikalau tiada sebarang halangan. Sama-sama kita doakan semoga proses pemasangan tersebut dapat dijalankan dengan segera.

Saya yakin semua pasti mengharapkan pembinaan mesin ATM BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) secepat mungkin, namun pembinaan mesin ATM CIMB ini merupakan solusi paling cepat yang boleh dilakukan bagi memberi kemudahan mesin ATM kepada para pelajar.

Di samping itu, pihak pengurusan kampus juga menerima aduan pelajar tentang ketiadaan
vending machine di kampus. Buat masa ini, pengambilan dan pemilihan tender sedang dilakukan untuk menempatkan 2 vending machine di kampus iaitu di Blok E dan foyer dewan kuliah .

Mohon maaf atas segala kekurangan dalam mengendalikan pembawaan isu mesin ATM ini, semoga kita boleh memanfaatkan kemudahan yang ada:)

Makluman Rombakan Struktur Pusat Perkembangan Pelajar

Monday, December 27, 2010

0 comments
Berkuasa 1 Januari 2011, PPP bukan lagi dibawah struktur TNC HEPA (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

PPP akan dimasukkan di bawah struktur TNC HEAA (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa).

Justeru, segala kelulusan aktiviti pelajar serta urusan berkaitan aktiviti pelajar diserahkan kepada JPPel (Jabatan Perkhidmatan Pelajar).


SYUKRAN