Seminar Pemimpin Muda Malaysia

Friday, December 3, 2010





Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke bangunan Parlimen pada hari Khamis, 25 November 2010. Hadirnya saya di sini bagi menghadiri Seminar Pemimpin Muda Malaysia yang telah dianjurkan oleh Parlimen Malaysia dengan kerjasama Menteri Pengajian Tinggi. Seminar ini dihadiri oleh seluruh siswa/I IPTA di Malaysia seperti USM, UIA, UPM, UM dan sebagainya. Penyertaan seminar ini tidak terhad hanya kepada MPP, bahkan kepada sesiapa yang bakal memimpin negara ini di masa hadapan. InsyaAllah. Membawa tema ‘Membina Rasa Kebersamaan’, seminar ini dimulakan dengan tayangan video Dokumentari Jubli Emas Parlimen Malaysia (1959-2009) sekitar jam 8.20 pagi. Kemudian diikuti dengan ketibaan dan ucapan Y.B. Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara dan acara kemuncak ucapan perasmian oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Ringkasan ucapan beliau ada tercatit di akhbar-akhbar utama seperti http://www.bharian.com.my/articles/Pemimpinmudausahmudahdiperalat_Muhyiddin/Article/ , http://malaysiakini.com/news/149123 , http://www.nst.com.my/nst/articles/muhi/Article/#ixzz16QjJYVj0 dll.

Tidak ketinggalan juga kami diberi kesempatan melawat ke Dewan Rakyat dan dewan Negara. Dan Alhamdulillah, menjadi rezeki kami untuk menonton secara ‘life’ ketika Dewan Rakyat sedang bersidang.

Seminar diteruskan dengan 3 perbincangan panel. Sedikit sebanyak perkongsian perbincangan adalah seperti di bawah.

i) Perbincangan Panel 1 – Sistem Pemerintah Demokrasi Raja Berpelembagaan

Panel :

1. Y.Bhg. Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, Yang Dipertua Dewan Negara ke-14 (2003-2009).

2. Y.Bhg. Datuk Johan Jaafar, pengerusi eksekutif Kumpulan Media Prima

3. Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba, Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Moderator : Y.Bhg. Dato’ Faiza bin Haji Thamby Chik, Fellow Kehormat USIM

Isi penting :

à Malaysia mengamalkan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan

àundang-undang tertinggi Malaysia à Perlembagaan Malaysia

à3 perkara utama : separation of powers, balance of power dan check and balace

à kebebasan media massa adalah kebebasan dengan tangungjawab

à kebanyakan isi yang diterangkan adalah berkaitan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia.

ii) Perbincangan Panel 2 : Malaysia Era Transformasi

Panel :

1. Y.B. Datuk Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia Malaysia

2. Y.Bhg. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

3. Y.Bhg. Dato’ Wira Affifudin bin Haji Omar, bekas Timbalan Menteri Kewangan 2 Malaysia

Moderator : Y.B. Sen. Datuk Akbar bin Ali, Ahli Dewan Negara
isi penting :

à4 tonggak transformasi : 1 Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia ke-10

è Transformasi bergantung kepada latar belakang setiap individu yang berbicara tentangnya.

è Everything change, except the change itself

à nation state (negara bangsa) is a state of mind

à untuk memiliki perasaan ‘kiasu’ (fear of loosing) adalah tidak salah. Yang menjadi kesalahan apabila ultrakiasu menyebabkan tercetusnya rasa sentiasa tidak puas hati dan blaming culture yang akhirnya membantutkan usaha transformasi kerajaan.

iii) Perbincangan Panel 3 – Pembinaan Sebuah Negara Bangsa

Panel :

1. Y.Bhg. Tan Sri Prof Emiritus Dr. Khoo Kay Kim, ahli sejarahwan terkemuka di Malaysia

2. Y.B.Sen Dato’ Firdaus bin Haji Abdullah, bekas Ketua Pengarah DBP

3. Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Ir. Zaini Ujang

Moderator : Y.B. Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan

Isi penting :

àknow your history, get your fact right, that will shape what you are and who you are.

à 5 tunjang utama Negara Bangsa

i) Politik stabil

ii) Ekonomi makmur

iii) Kesejahteraan yang merata

iv) Tamadun yang anggun, kemajuan ilmu dan teknologi seta kesentosaan rohaniah

v) Jati diri dan rasa kebersamaan, persamaan persepsi tentang masa lalu (sejarah bangsa) dan persamaan harapan masa hadapan.

à 4 perkara utama dalam kepimpinan

i) Membina watak – ketahui, fahami dan hayati budaya kita. Kenali diri, dapatkan jati diri

ii) Memperkasa otak – tingkatkan akademik dan kemampuan berfikir serta merancang

iii) Mengukuhkan kepak – tingkatkan keupayaan sejarah, kukuhkan kedudukan

iv) Meluaskan adik kakak – tingkatkan silaturrahim dan persaudaraan dan luaskan pengaruh

à orang miskin adalah orang yang paling inovasi (contohnya negara Cina. Populasi yang tinggi menyebabkan mereka perlu kepada inovasi untuk terus hidup)

à mereka yang tidak ingin kepada inovasi adalah mereka yang takt berjaya dan menanti mati

à pelbagai kaedah inovasi wujud di dunia ini. Kaedah inovasi yang diasakan oleh IR Zaini Ujang ialah kaedah ABCDEF

A = Area of concern

B = Benefit

C = Champion

D = Do it

E = Empowerment

F = Feedback

Penutupan program dilancarkan oleh Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin bin Haji Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Penutupan ini menekankan betapa pentingnya belia dalam pembentukan negara. We may walk slowly towards modernization, but the main thing, we do manage to walk in our own pace. Namun, sesuatu yang menguja saya untuk berfikir. Andai aku dicipta sebagai khalifah di muka bumi ini olehNya, sudah pasti hukumNya harus ku tegakkan. Namun, adakah patut sekiranya aku mencipta hukumku sendiri, lalu aku mentadbir mengikut hukumku sendiri, lantas meletakkan hukumku lebih tinggi dari hukumNya sedangkan aku hanyalah makhluk ciptaannya…(sekadar cetusan untuk difikirkan bersama ^^).

SYUKRAN