GANBATTE!!!

Tuesday, August 31, 2010

0 comments

Selamat Ulangtahun ke-53, Tanah Airku Tercinta

Monday, August 30, 2010

0 comments

Kibarkan Jalur Gemilang!
Semarakkan jiwamu!
Tanah airmu MERDEKA bukan dengan tangan kosong tanpa PENGORBANAN!!!
Telusurilah sejarah mu...
Teliti hikayat hadirmu...
Kerana kamu...
Adalah anak MERDEKA...
MAHASISWA berjiwa BEBAS,
Berpendirian TEGAS!!!
Bukan mudah digoyahkan,
Mahupun ditumbangkan.
~~~
Cintailah negara,
Bangkitkanlah agama.
Tanpa agama menjadi tonggak utama negara,
Sia-sialah negara.
Transformasi tidak membawa erti,
Perpaduan hanya tinggal sepi.
~~~
Ayuh!
DIRIMU MAHASISWA!!!
PENERAJU BANGSA DAN NEGARA!!!
PENEGAK AGAMA, PEMBELA MARUAH!
Bangkitkan jiwamu wahai anak muda...
Jangan lesu bagai pahat dan penukul.
Sekali diketuk, sekali bergerak.
Cakna dan prihatinlah sekelilingmu...
Kerana,
Ramai berharap padamu,
Menantikan kepimpinanmu...


JANGAN BIAR JALUR INI MENANGIS MELIHATMU SEBAGAI ANAK BANGSANYA...

Merdekalah,

Bebaskan jiwamu dari dunia,

Kerana dunia hanyalah sampah...

Hakikat dari sabda Baginda SAW.

Carilah agama,

Kerana, itu hakikat penghidupan jiwa...

TAKBIR!!!

sumber : http://gmkkl.blogspot.com/2010/08/tanah-airku.html

Lailatul Qadar : Pemburuan, Pencarian atau Penantian?

2 comments

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)






1 tahun = 365 hari

1 hari = 24 jam

1 tahun = 365 x 24 = 8760 jam

1 jam = 60 minit

1 tahun = 8760 x 60 = 525600 minit

==> masa yang Allah beri untuk setiap individu, kecuali yang telah ditetapkan waktunya.

Dalam 365 hari, ada 30 hari yang berkat dan rahmat sangat luas = bulan Ramadhan

Dan dalam 30 hari tu, hanya 5 hari sahaja yang perlu diburu sebaik mungkin

Sebab, dalam 5 hari, hanya 1 MALAM SAHAJA, yang telah Allah pilih malamnya lebih baik dari 1000 BULAN

1000 bulan = 83 tahun 4 bulan (usia yang dijangkakan sama ada diri sudah tiada atau dah menjadi nenek yang sangat uzur sekiranya masih hidup)

Cuba bayangkan, ibadah dari Maghrib (kira-kira 7 malam), sampai Subuh esok (7 pagi) = 12 jam SAHAJA,

Kesimpulan
==> Ibadah 12 JAM SAHAJA = 83 TAHUN 4 BULAN GANJARAN @ 729960 JAM GANJARAN!!!!! (maaf kalau salah kiraan)
==>analoginya : kerja 12 jam, gaji RM 729960!!!

Ya ALLAH, sungguh, Engkau Maha Pemurah...yang buta, alpa dan leka hanyalah aku. Ampuni aku atas kelemahan ini...:'(

KESIMPULAN ==> SANGAT HINA DAN TERSANGATLAH RUGI, KALAU MALAM LAILATUL QADR TURUN, DAN SAAT ITU, ENGKAU MENYIA-NYIAKANNYA. cth:-
1)dengar gosip, lagu etc yang tak bermanfaat
2) tengok cerita, video yang bukan-bukan
3) tak sentuh langsung Quran
4) tertinggal tarawikh dan solat-solat sunat yang lain
5) zikir...ada ke??? astaghfirullah
6) pergaulan masih bebas
7) SMS atau perkara yang membawa zina --> zina hati, zina mata, zina telinga...
8) renunglah diri sebagai hamba Allah, apa seorang hamba patut buat pada tuannya...tak tersanggup diri ini nak senaraikan.


Akal fikiran kurniaan tuhan.
Yang membezakan mana insan, yang mana haiwan.
Kalau tak digunakan, hebat lagi haiwan.
Maka, tidak usahlah mengaku diri insan.
Na'uzubillah...




Al-Qadr,
Lailatul Qadr,
Berkat, rahmat, redha Allah.

Hamba Allah,
Sedang memburu walau tidak ketahui?
Atau masih tercari-cari tanpa usaha membaiki diri?
Atau mungkin masih menanti dan terus menanti?

Wahai Rabbul ‘Izzati,
Engkau Maha Pengampun,
Maha Penyayang.
Maka ampunilah kami.





365 hari, hanya 1 malam sahaja, berusahalah...:)















Tarbiyah Sudahkah Imanku...?

Friday, August 27, 2010

0 comments
Alhamdulillah Ihya' Ramadhan KTSN 10/11 bertemakan Ramadhan Tarbiyah Keimanan telah sampai ke penghujungnya. Ayuh sama-sama renungkan, bertambahkah imanku dari Ramadhan pertama hingga hari ini? Atau masih statik tanpa berganjak? Atau mungkinkah semakin jatuh merundum? na'uzubillah min zalik...


Semoga dengan baki Ramadhan yang ada, aku diberi kesempatan untuk memperbaiki sebaik mungkin diri ini. Merawat segala penyakit yang aku tidak ketahui ...dan semoga di akhirat nanti, aku dapat ketemu Engkau ya Rabbul 'Izzati... ameen.
p/s:tempat tukar di surau D

Semarak Ukhwah Ihya' Ramadhan

Friday, August 20, 2010

0 comments


Bersama bonda, kita raikan Ramadhan,
Iftar bersama, memohon bersamanya keberkatan. :)

Makluman HX dan HE

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera

InsyaAllah, di bawah beberapa pengumuman berkenaan HX dan HE bagi Fakulti Farmasi yang akan berjalan pada 21 Ogos 2010.

Tahun 1

Untuk siswa/i tahun 1 pula, satu taklimat inovasi dan keusahawanan di bawah kursus HX akan diadakan di DSG KTSN pada pukul 9pg-12tgh, Sabtu, 21 Ogos 2010.

Tahun 2

Buat siswa/i tahun 2 Fakulti Farmasi yang tersenarai di board JAKSA untuk ikut kurusus HE sila abaikan kelas tu. Anda hanya daftar untuk kursus HM sahaja. Jadi kursus ni tiada kena mengena.
p/s : Maklumat ni dari Dr. Azrina. Ayat diubah sikit. Jadi x payhla risau2 pasal kursus ni :)

Tahun 3

untuk siswa/i tahun 3 pula, senarai nama felo untuk HE pula masih tiada lagi. Pihak PPP tak keluarkan lagi. Jadi, esok, datang je kelas di dk1, 11 pagi....
p/s:saba ye...:).jgn marh2.

Sekian untuk makluman

Ceramah Keajaiban Ramadhan

Wednesday, August 18, 2010

0 comments
Jom sama-sama turun meramaikan majlis ilmu di bulan Ramadhan:D



Menurut Abu Umamah ra bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : Maksudnya: “Sesiapa berpagi-pagi (atau berpetang-petang keluar) ke masjid, tiadalah dia bertujuan melainkan untuk mempelajari kebaikan (perkara Agama) atau mengajarkannya, maka dia akan memperoleh pahala haji yang sempurna hajnya.” (H.R. At-Tabaraani, Al-Hakim dan Al-Maqdisiy : Shahih menurut syarat Imam Muslim).


Daripada Anas Bin Malik, katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menghadiri majlis ilmu pada Ramadan, Allah mencatat setiap langkahnya menyamai ibadat setahun dan dia bersamaku (Rasulullah) di bawah Arasy.

Ihya' Ramadhan - Ramadhan Tarbiyah Keimanan

0 comments

Survei Kursus HX

0 comments
Alhamdulillah, , sekitar 12 tgh 18 Ogos 2010, dalam kesempatan masa waktu yang sedikit, saya telah mengambil peluang untuk bertemu dengan siswa/i tahun 1 di BSH 4 untuk mengedarkan borang tinjauan subjek HX. Borang ini diedarkan berikutan aduan-aduan yang kami terima berkenaan subjek ini. Saya juga menerangkan serba sedikit cara-cara membuat aduan di Sistem Maklum Balas dan Aduan Dalaman Pelajar di http://smp.ukm.my/sadp/. InsyaAllah, borang-borang ini akan dianalisis dan maklumat yang kami terima akan kami suarakan ke pihak atasan. InsyaAllah.
Sedang memberi penerangan berkenaan Sistem Maklum Balas dan Aduan Dalaman Pelajar

Khusyu' mendengar...

Suara Anda Keutamaan Kami

PROGRAM : BENGKEL SOLAT KETIKA SAKIT

Tuesday, August 17, 2010

0 comments

24 Hari Lagi Sahaja.....

0 comments


Alhamdulillah ya Allah, syukru lillah, kerana aku masih diberi kesempatan untuk terus hidup menikmati Ramadhan 1431 H. 7 hari telah berlalu... 24 hari sahaja masih meniti waktu . Fasa pertama Ramadhan hampir habis. Fasa penuh rahmat. Namun puasaku bagaimana? Adakah diterima? Atau sekadar aku menerima lapar dan dahaga? Apa khabar pula imanku? Bertambah atau semakin kekurangan?

Adakah di saat syaitan, musuhku paling durjana, paling terlaknat, paling aku benci, digari tanpa dapat menganggu-gugat diriku, aku mampu untuk mengawal nafsuku?

Dan di saat Engkau menutup pintu nerakaMu serapat-rapatnya, dan membuka seluas-luasnya pintu syurgaMu (umpanya bak kata sis Zabrina, pintu JUALAN PERCUMA DIBUKA SELUAS-LUASNYA!!!!-bukan jualan murah, tapi percuma....), aku berlumba-lumba beribadah merebutnya? atau aku sekadar memandang sepintas lalu sahaja...aduh, hinanya aku, malunya aku untuk menerima kemurahan dan kasih sayangMu ya Allah...aku malu....

Pabila dijanjikan malam yang lebih baik dari seribu bulan...mampukah aku nanti untuk bangun setiap malam? berusaha mencari harta karun yang Engkau janjikan sejak dari dulu lagi, bahkan disertai kekasihMu, Nabi Muhammad SAW, atau aku lena dibuai mimpi (tapi syaitan tiada di sisiku, jadi salah siapa sekarang..=()...

Adakah mataku aku pelihara sebaiknya? Adakah aku menggunakan untuk membaca kalimahMu atau membaca gosip di surat khabar? Mungkinkah aku menggunakannya untuk melihat kebesaranMu lantas mengagungkanMu atau aku masih duduk di hadapan kotak hitam bodoh (idiot box) yang benyak membuang masa? bermain game, menonton video pelbagai jenis video...dan masihkah aku, bak kata orang, tetap meng'usha' pemandangan?na'uzubillah...

Masihkah mulut ini melontar kata yang mengguris hati insan lain? bergosip sana-sini atau basah memujiMu Ilahi...

Adakah aku menggunakan mindaku selayaknya untuk berfikir tentangMu melalui ciptaanMu atau aku masih menggunakannya secara sia-sia atau bahkan aku tak gunakan LANGSUNG???! Sekadar menghafal apabila disuruh hafal. Bila diminta aplikasi, kelu seribu bahasa....

Adakah 2 telinga nikmat pemberianMu ini, aku gunakan untuk mendengar alunan suci kalamMu? atau masih sama lagu-lagu melayan jiwa, rock, heavy metal, dangdut(???) masih aku dengar setiap hari?

Adakah hatiku tunduk, terjaga, hanya memikirkan kebesaranMu yang Maha Esa, atau aku membangga diri, takabbur, riya' atau lagi teruk, mungkinkah aku berfikir sesuatu yang engkau larang? Menerawang jauh pada insan yang tidak selayaknya????Atau sesuatu yang memang tidak sepatutnya terlintas di benakku langsung sebagai seorang hambaMU???Astaghfirullahhalazim....

Adakah kakiku, ku ayunkan di tempat sepatutnya? atau aku gunakannya untuk "shopping" dengan alasan..."ala...raya nak dekat...standardla...kena beli baju baru, kasut baru, tudung baru, semuanya baru"......di mana kesederhanaan yang kekasihMu, Muhammad SAW terapkan?????

Lantas, mungkinkah puasa ku ini, mampu melindungi aku, menjadi tentera setia aku yang gagah lagi perkasa untuk menjawabMu di padang Mahsyar...saat IBUKU SENDIRI , yang sangat mengasihi akupun tidak mampu membantuku...dan di saat aku MEMANG SANGAT-SANGAT memerlukan bantuan dan di saat, atas kepalaku ada MATAHARI yang sedang hangat membakar...

Saat Ramadhan hampir ke hujungnya...duduk aku termenung bertafakkur....layakkah ya Allah, untuk aku...menerima ijazahMu...untuk aku diberi kemaafan dan rahmatMu...untuk aku mendapat syurgaMu....dan adakah mungkin....adakah mungkin...untuk aku mendapatkanMu...sebagaimana janjiMu...untuk hambaMu yang berpuasa kerana puasa adalah untukMu...

Atau aku sekadar memandang lesu puasa ku kali ini? atau mungkinkah aku tidak langsung terlintas untuk mengimbau kualiti puasaku lantas kesibukan hendak beraya? Ya Alllah... di mana imanku andainya begini??? masihkah di takuk lama atau dalam erti kata lain puasaku tiada makna? aku gagal dalam kem pembersihan jiwa yang Engkau berikan untuk hambaMu...na'uzubillah

Ya Allah aku ingin meninggalkan RamadhanMu ini, dalam tawa ria, menyambut kejayan, iman dan akalku menentang hawa nafsu...aku tidak mahu ya Allah, meninggalkan RamadhanMu dalam keadaan HAKIKATNYA seperti sampah. Kerana Engkau ya Allah, tidak memandang ibadahku...lantas kerana cacat celanya ibadahku terlalu banyak, dengan bid'ahnya yang tidak disedari, dengan jahilnya mengikut membuta tuli, dengan kurangya ilmu... Sungguh, sangat bahkan teramat sangat banyak cacat celanya, sehingga, andai aku ya Allah, aku jua tidak mahu menerima pemberian seperti itu... tidak layak untukku ya Allah, memberi ibadahku ini padaMu...maafkan aku Ya Ghafur, Ya Rahman, Ya Rahim, namun ini kemampuanku ya Allah...sekali lagi, aku hanya mampu tunduk malu...memohon maaf, mengharap yang amat sangat Rahman dan RahimMu umpama seekor semut yang sangat lemah dan tidak terdaya langsung, yang pada bila-bila masa sahaja, jasad ini akan dilontar ke NERAKA JAHIMMU sebagai bahan bakar api, disiat kulit, diberi minuman NANAH, AIR PANAS...ya Allah...aku tidak mahu ya Allah...terimalah ibadah hambaMU ini ya Allah, begitu juga kedua ibu bapaku, adik-beradikku, guru-guruku, sahabat-sahabatku dan sekalian muslimin dan muslimat...

Maafkan kami ya Allah

Berikanlah kami kesempatan 24 hari lagi di bulan penuh barakah ini, membaiki kesilapan diri, mempertingkatkan amalan, memohon kemaafan.

Terimalah taubat kami ya Allah...

Jangan Engkau siksa kami kerana kelemahan kami...

Kerna sungguh, Kami tak layak, bahkan untuk menerima rezekiMu saban waktu tanpaEngkau meminta balasan semula...

Aku malu pada Mu ya Ghafur...

24 hari lagi sahaja...fahami...hayati...rebutlah...insyaAllah

Pertemuan Pemangkin Persefahaman 3

Thursday, August 5, 2010

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, setelah 2 kali pertemuan bersama dengan En Fairuz Mohd Rafdzi, Penolong Pendaftar UKM Kampus Kuala Lumpur, (laporan pertemuan sebelum ini boleh rujuk di sini) sekali lagi kami, MPP Mahasiswa (Nur Ili Tarmizi, MPP FSKB 3/4 dan Mariah Zakaria, MPP FFar) mengambil langkah untuk mengetahui perkembangan terbaru tentang aduan kami sebelum ini serta melaporkan isu-isu terbaru yang timbul. Pertemuan kali ini turut disertai oleh MPP FGG, Nasiha Sakina binti Ramzuzzaman. Bermulanya pertemuan ini sekitar jam 4 petang dan berakhir 6 petang pada 4 Ogos 2010. Berikut merupakan isu-isu yang kami bincangkan :-

i. Kemudahan Pembelajaran

Antara aduan-aduan yang diketengahkan pada perjumpaan yang lalu adalah air cond tidak berfungsi, meja kerusi yang kurang memuaskan dan sebagainya. Alhamdulillah tindakan telah diambil oleh pihak pentadbiran antaranya memasang penghawa dingin baru. Walaubagaimanapun, penghawa dingin ini masih di dalam tempoh percubaan. Oleh itu, kemungkinan untuk berlaku kerosakan secara tiba-tiba juga tinggi. Namun, penghawa dingin ini akan sentiasa berada dalam pantauan pihak pentadbiran. Segala kerosakan bolehlah diadu terus kepada pihak pentadbiran dan InsyaAllah akan diambil tindakan segera. Dari segi naik taraf Dewan Kuliah 3 pula (seperti yang dijanjikan pada laporan yang lepas), perbincangan masih belum dijalankan. Namun, bajet kewangan InsyaAllah telah disediakan. Penaiktarafan dewan-dewan kuliah insyaAllah bermula sesi hadapan.

ii. Kafeteria

Seperti yang dimaklumkan pada laporan yang lepas, sebuah jawatankuasa untuk memantau kafe akan ditubuhkan dan sekarang ianya telah ditubuhkan. Organisasi ini dinamakan Jawatankuasa Pemantauan Kafeteria Kampus KL dan KTSN dan telah bermesyuarat sebanyak 2 kali. Organisasi ini akan kami maklumkan kemudian. Antara langkah awal yang boleh mahasiswa/i dan kakitangan ambil ialah dengan mengisi borang Penilaian Soal Selidik Pemantauan Kafeteria dan Kampus KL. (http://www.medic.ukm.my/kafe/) Aduan dan penilaian melalui laman ini akan digunapakai oleh pihak pemantau dalam memutuskan sama ada untuk memberhentikan atau meneruskan tender syarikat tersebut. Borang penilaian ini juga akan digunakan oleh pihak kafeteria untuk melihat maklum balas pengguna dan secara tidak langsung, menaiktaraf perkhidmatan mereka. Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin membuat aduan atau tidak puas hati, bolehlah meluahkan segalanya di borang penilaian ini.

iii. Pengangkutan

Masalah dari segi isu pengangkutan yang disuarakan pada laporan yang lepas adalah berkenaan pengangkutan hari Sabtu dan ke PPUKM. Alhamdulillah pengangkutan pada hari Sabtu telah saya suarakan dan berikut merupakan jadual yang saya perolehi.

i)ktsn ke kampus KL : 7 - 7.30 pagi, 10-10.30 pagi dan 1-1.30 petang

ii)kampus KL ke ktsn : 11-11.30 pagi, 2-2.30 petang

Selain dari itu, isu terbaru yang timbul, iaitu pelajar yang mempunyai kelas di Bangunan Yayasan Selangor yang tidak dapat menaiki bas memandangkan kapasiti bas yang telah penuh apabila 'peak hour', isu ini akan diambil tindakan oleh saudari Ili sebagai wakil MPP FSKB. Beliau akan mendapatkan maklumat lengkap berkenaan mahasiswa/i UKM yang menuntut di BYS dan seterusnya akan disampaikan kepada pihak bertangungjawab. Selain itu, isu keselamatan juga ditimbulkan oleh En Fairuz berkenaan bilangan penumpang yang melebihi had muatan. Namun, masalah ini mengalami kesukaran diesebabkan pihak siswa/i sendiri. Had muatan hanya dibenarkan 10 orang penumpang berdiri sahaja. Antara langkah yang InsyaAllah akan diusahakan ialah, penambahan sebuah bas (jumlah bas yang digunakan sekarang ialah 3 buah. InsyaAllah akan ditambah menjadi 4 buah keseluruhannya).

iv. ATM

Isu ATM Bank Islam juga tidak terlepas untuk kami suarakan memandangkan ini antara isu yang hangat dibicarakan. Menurut En Fairuz, Bank Islam telah bersetuju untuk memasang sebuah meisn ATM di bawah TIBE. Namun, buat masa sekarang pemasangan ATM ditangguhkan berikutan perbincangan lanjut perlu dilakukan dengan Jabatan Bendahari dan prosedur pemasangan talian oleh Telekom. Menurut surat yang ditunjukkan oleh En Fairuz kepada kami yang antaranya berbunyi

"pengesahan talian pajakan (leased line) daripada pihak syarikat telekomunikasi yang akan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 minggu, jika tiada kesulitan dengan infrastruktur kawasan."

Secara tidak langsung, surat ini bermaksud, mesin ATM tidak akan dipasang dalam masa 6 minggu dari sekarang. Tetapi 6 minggu selepas pemasangan talian oleh syarikat telekomunikasi.

v. Isu kecurian di Perpustakaan Dr. Abdul Latiff

Pemasangan CCTV merupakan salah satu jalan yang terbaik untuk jangka masa panjang bagi mengatasi masalah kecurian di perpustakaan UKM KL ini. Pemasangan dan segala perkara berkaitan dengan CCTV adalah tertakluk di bawah pihak perpustakaan dan Pusat Teknologi Maklumat. Oleh itu, InsyaAllah, kami akan meneruskan usaha untuk mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak yang telah dinyatakan di masa akan datang. Perkembangan akan dilaporkan kemudian. InsyaAllah.

vi. Perkhidmatan JARING

Perkhidmatan JARING yang menjadi isu adalah bagi pihak siswa/i yang menduduki KTSN selain KTSN 1 seperti di Plaza Rah, KTSN 4 dan KTSN 5. Siswa/i ini membayar perkhidmatan JARING di dalam yuran mereka namun tidak dapat memanfaatkan perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini juga bukan di bawah kelolaan En Fairuz tetapi pihak PTM. Oleh itu, pertemuan selanjutnya akan kami laporkan. InsyaAllah.

vii. Hal-hal berbangkit

Pemasangan mesin pengganti 'water cooler' dengan konsep yang lebih sihat. Hal ini disuarakan oleh MPP FGG, saudari Nasiha Sakina binti Ramzuzzaman. Ini bertujuan untuk mendapatkan air yang lebih bersih untuk pelajar. Berikutan itu, En Fairuz meminta supaya mendapatkan maklumat berkenaan dengan mesin-mesin tersebut yang telah berada di UKM Bangi sebagai langkah pertama untuk langkah susulan.

Alhamdulillah sekian sahaja laporan pertemuan kali ini. InsyaAllah perkembangan selanjutnya akan dipaparkan.
















Sekian

Wassalam

‘KE ARAH MAHASISWA PROFESIONALISME UNGGUL’

SYUKRAN