Tahniah dan Takziah:)

Tuesday, February 22, 2011

0 comments
tahniah dan takziah. tunaikanlah janji anda. isikanlah kemenangan. sama ada anda majoriti mahupun minoriti, anda telah diundi dan anda telah berjanji. sama ada janji itu dari hati anda sendiri atau diambil dari org lain, anda tetap telah berjanji. dan janji itu pasti akan dituntut untuk dilangsaikan. andai tidak dilangsaikan di dunia, bersama janji itu pasti dituntut di akhirat.
Pemimpin-pemimpin anda buat sesi 2010/2011

Kenyataan MPP Mahasiswa UKM KL Sesi 2009/2010

Sunday, February 20, 2011

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum wbt ddan Salam Sejahtera

Alhamdulillah PRK untuk pemilihan MPP UKM bagi sesi 2010/2011 sedang berlangsung. Dari pihak kami, mantan MPP Mahasiswa UKM KL, kami telah memenangi 3 kerusi dari 5 kerusi di UKM KL pada sesi lepas. Sekarang kami kedengaran pelbagai isu yang ditimbulkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sepanjang kami memegang jawatan ini. Justeru itu, kami ingin membuat beberapa kenyataan untuk menjelaskan semula isu yang diutarakan.

1. Kami tidak pernah mengeluarkan sebarang peraturan yang melarang mahasiswi untuk turun ke kafe selepas pukul 8 malam.
2. Kami juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang melarang mahasiswa/i makan di kafe dan hanya boleh membeli makanan dan bungkus sahaja.
3. Isu ATM juga hangat dipersoalkan. Oleh itu, bagi yang ingin mendapat maklumat lanjut bolehlah ziarah http://mariahzakaria.blogspot.com/2010/12/mesin-atm-bakal-dibina-di-ukm-kl.html atau http://ilimppfskb.blogspot.com/2010/12/perkembangan-mesin-atm.html . Ringkasan yang kami peroleh dari sini
- 2 mesin ATM akan dibina BIMB dan CIMB
- Pengubahsuaian di sebelah surau TIBE adalah untuk memindahkan Jabatan Bendahari dari tingkat 5 ke tingkat 1 dan seterusnya menempatkanBIMB di sebelah Jabatan Bendahari tersebut.
- Bank ATM masih belum dibina dan hanya tinggal sedikit masa sahaja lagi untuk pemasangan.
4. Isu pengangkutan ke BYS. Alhamdulillah MPP ILI telah berjaya mengusahakan perjalanan bas ke bangunan tersebut bagi kemudahan pelajar yang belaja di sana.
5. Kami juga telah berjaya melunaskan hampir 99% manifesto kami.
6. Kami membawa suara-suara mahasiswa/i ke pihak atasan sehinggalah ke Naib Canselor. Misalnya isu HE dan HX, kami telah mengedarkan borang kajian dan setelah membuat analisa kami telah menyampaikan suara-suara atau masalah-masalah yang mahasiswa/i hadapi di dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti bertarikh 14/10/2010, di Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselor,i UKM. dan bersyukur ke hadrat Ilahi, pihak atasan mengambil prihatin isu ini.
7. Isu kafeteria fakulti telah diberi perhatian pihak Pengurusan UKM KL dan mereka telah membuka sebutharga baru untuk mana-mana pengurus kafeteria baru menguruskan kafe fakulti.
8. Kami juga tidak menyekat kebebasan mahasiswa/i. Setiap idea dan kreatviti siswa/i dalam melaksanakan program, kami tidak pernah membantah.
9. Kami memperjuangkan hak dan isu kebajikan anda. Kami tidak pernah memperlekehkan walau sekecil-kecil aduan yang kami terima.


Ini adalah di antara isu-isu yang kami dengar dikeluarkan dari pihak yang tidak bertangungjawab. Untuk mengetahui perkembangan lanjut gerak kerja kami bolehlah layari blog-blog kami iaitu http://ilimppfskb.blogspot.com/, http://mariahzakaria.blogspot.com/, http://nasihamppfper.blogspot.com/.

Anda adalah keutamaan kami. Kerana anda mengundi kami, maka terlantiklah kami menjadi wakil anda. Justeru itu, tiada hak kami untuk menghalang kebebasan bersuara anda. Malahan kami mewakili anda menyuarakan suara anda ke pihak atasan. Percayalah, anda keutamaan kami. Oleh itu, kami mohon, sekiranya masih ada kekeliruan atau suara-suara yang tidak pasti kesahihan sumbernya, silalah rujuk kami bertiga. Kami bersedia menjawab setiap pertanyaan. InsyaAllah.

Jawatan itu amanah. Amanah itu tangungjawab. Tanggungjawab itu bakal dipersoalkan saat berhadapan denganNYA.
Saat dipersoalkan, pilihan hanya 2, syurga atau neraka. Tiada yang ketiga. justeru itu bijaklah memilih dan mengundi.

SYUKRAN