Mesin ATM Bakal Dibina di UKM KL

Friday, December 31, 2010

0 comments
Assalamua'laikum w.b.t dan Salam Sejahtera



Pertama sekali,mohon maaf semua kerana sudah lama tidak memaklumkan anda tentang perkembangan isu ini . Setelah berkali-kali perjumpaan dan perbincangan yang dilakukan, alhamdulillah terdapat perkembangan baru yang mungkin mengukir senyuman di bibir kita:) InsyaAllah, terdapat dua mesin ATM yang akan diwujudkan iaituCIMB dan juga BIMB. CIMB akan dibina dalam masa terdekat ini di bawah bahagian TIBE manakala BIMB akan dibina setelah proses
renovation Jabatan Bendahari siap dilakukan pada semester akan datang di Blok E.


Pihak penolong pendaftar kampus memaklumkan pihak CIMB melakukan
site
verification pada 28 Disember 2010 sebagai susulan prosedur tertentu yang telah dijalankan sebelum ini bagi membina mesin ATM. Jika segala prosedur telah siap dan pemasangan kabel telah dilakukan, insya-Allah proses pemasangan akan berjalan selama seminggu jikalau tiada sebarang halangan. Sama-sama kita doakan semoga proses pemasangan tersebut dapat dijalankan dengan segera.

Saya yakin semua pasti mengharapkan pembinaan mesin ATM BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) secepat mungkin, namun pembinaan mesin ATM CIMB ini merupakan solusi paling cepat yang boleh dilakukan bagi memberi kemudahan mesin ATM kepada para pelajar.

Di samping itu, pihak pengurusan kampus juga menerima aduan pelajar tentang ketiadaan
vending machine di kampus. Buat masa ini, pengambilan dan pemilihan tender sedang dilakukan untuk menempatkan 2 vending machine di kampus iaitu di Blok E dan foyer dewan kuliah .

Mohon maaf atas segala kekurangan dalam mengendalikan pembawaan isu mesin ATM ini, semoga kita boleh memanfaatkan kemudahan yang ada:)

Makluman Rombakan Struktur Pusat Perkembangan Pelajar

Monday, December 27, 2010

0 comments
Berkuasa 1 Januari 2011, PPP bukan lagi dibawah struktur TNC HEPA (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

PPP akan dimasukkan di bawah struktur TNC HEAA (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa).

Justeru, segala kelulusan aktiviti pelajar serta urusan berkaitan aktiviti pelajar diserahkan kepada JPPel (Jabatan Perkhidmatan Pelajar).


Makluman Berkenaan Biasiswa JPA sem 2 sesi 2010/2011

0 comments
Salam mahasiswa.

Makluman untuk semua pemegang biasiswa JPA, pihak JPA telah melakukan proses pembayaran biasiswa secara berperingkat dengan menyelesaikan bayaran kepada semua pelajar-pelajar tahun 1 & 2 dahulu, dan akan disusuli bayaran kepada pelajar-pelajar tajaan biasiswa tahun 3 dan 4 secara berperingkat. Diharap kepada semua rakan-rakan pelajar agar dapat bersabar. Insyaallah proses pembayaran akan selesai tidak lama lagi.- Pegawai Bendahari UKM

p/s: berkenaan pelajar tahun 1 yang hanya mendapat RM 5300, insyaAllah sy sudah suarakan ke pihak pentdbirn dan sedng mennti feedback. isnyaAllah maklumt lanjut akan diumumkn.

MPP Gabungan Mahasiswa UKM - Ber-GM Lebih Baik

PERHATIAN PELAJAR TAHUN 1 SESI 2010/2011!

Thursday, December 23, 2010

0 comments

Perhatian kepada semua pelajar tahun 1 sesi 2010/2011 anda diwajibkan untuk menjalankan ujian MEQI di Website http://www.ukmholdings.ukm.my/meqi/ bermula pada17 Disember 2010 sehingga 31 Disember 2010. sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi En Shahrizan Shahruddin (0389214707) atau emailkan sebarang pertanyaan anda ke mss@ukm.my.

Sila klik untuk keterangan lanjut

*maklumat lanjut boleh rujuk http://www.ukm.my/e-pelajar/akademik_content.htm#16122010-8



LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJAWAB UJIAN MEQI

1. Sila layari http://www.ukmholdings.ukm.my/meqi/

2. Klik di ‘responden’.

3. Masukkan ‘No.Matrik’, kemudian klik ‘submit’.

4. Sila lengkapkan profile anda sebelum ‘terus ke ujian’.

5. Anda boleh mula menjawab dan masa yang diberikan untuk melengkapkan ujian adalah 40

minit. Klik ‘submit’ apabila selesai.

6. Anda DIWAJIBKAN untuk menyiapkan ujian ini selewat-lewat nya SEBELUM 31 DISEMBER

2010

Bayaran Pinjaman/Biasiswa Tajaan PTPTN dan JPA Semester 2 Sesi 2010/2011

0 comments

Bismillahirahmanirrahim

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera

Di bawah adalah info berkenaan bayaran JPA. Maklumat lanjut boleh layari http://www.ukm.my/e-pelajar/akademik_content.htm#15122010-7


Berdasarkan keputusan mesyuarat yang telah diadakan antara pihak Unit Kewangan Pelajar bersama-sama PTPTNdan JPA pada 16/11/2010 telah bersetuju bahawa bayaran pinjaman/biasiswa tajaan PTPTN dan JPA bagi Semester 22010/2011 akan dibayar antara 23/12/2010 hingga 25/12/2010 melalui BIMB.

Para pelajar boleh membuat semakan baki hutang pengajian dalam tempoh 7 hari selepas menerima baki pinjaman/biasiswa. Para pelajar boleh membuat bayaran sendiri baki hutang tersebut melalui kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh universiti.

PROSES PEMBAYARAN PTPTN SEMESTER 2 SESI 2010/2011
BAGI PELAJAR KAMPUS INDUK & FSKB
(Pra Siswazah & Pasca Siswazah)




Kursus Kahwin

0 comments

Selamat memulakan langkah menuju ke alam baru...:D





Tarikh-tarikh Penting Sem 2 Sesi Akademik 2010/2011

Tuesday, December 21, 2010

0 comments
Berikut adalah tarikh-tarikh penting sepanjang Semester 2, Sesi Akademik 2010/2011 bagi Kampus Induk Bangi, FFAR,FSKB,FPER (Tahun 1),FGG (TAHUN 1) kecuali FKAB THN 3 dan TAHUN 4 (Kejuruteraan), FKAB TAHUN 2 dan 3 (Seni Bina)

KEM KEMBARA SRIKANDI

Monday, December 20, 2010

0 comments
TERBUKA UNTUK SEMUA SISWI2 KTSN!!!

JOM JOIN SEMENTARA TEMPAT MASIH ADA!

CEPAT2 SEBELUM TAWARAN DITUTUP.




untuk maklumat lanjut dan pendaftaran boleh la beri nama kepada Akma, FFAR/2, 0139747685


AKAL YANG CERDAS DARI BADAN YANG CERGAS ^.^

Ibrah Sebuah Hijrah...

0 comments
Apa khabar imanmu hari ini?
Sudahkah azammu engkau tetapkan untuk tahun ini?
Bagaimana pula perlaksanaanya?
Perlukah pada penghijrahan diri untuk merubah diri?
Apakah mungkin ibrah hijrah dapat menjadi motivasi diri dalam merubah diri?

Jom sama-sama hadiri Kuliah Ibrah Sebuah Hijrah anjuran BADAR UKM KL.
Maklumat seperti di bawah


Hijrah lambang kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW dalam mengabungkan EQ, IQ dan SQ. Ayuh sama-sama kita terokai. InsyaAllah

WELCOME BACK!!!

0 comments
SELAMAT PULANG SISWA/I UKM!

AYUH SAMA2 TERUSKAN PERJUANGAN

JANGAN MENYERAH KALAH , JANGAN PUTUS ASA,
BIAR APAPUN RESULT DITERIMA.

KUATKAN SEMANGAT, TERUSKAN BERUSAHA.
RESULT BUKAN SEGALANYA.
TINGKATKAN TAWAKKAL.

INSYAALLAH ^^







Salam Ma'al Hijrah 1432

Tuesday, December 7, 2010

0 comments

MPP Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengucapkan 'Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah' atau lebih kita kenali sebagai Awal Muharram 1432H. Dengan tema '1Malaysia 1Ummah' apa yang boleh diharapkan kepada ummah hari ini khususnya di Malaysia adalah sama-sama kita berusaha menjadikan tahun baru ini lebih baik dari tahun lalu. Jadikan ia satu permulaan untuk ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Ambillah ibrah hijrah yang sebenar seperti hijrah nabi kita yang kita sayangi Nabi Muhammad SAW. Amin.

Sesungguhnya, kesan langsung peristiwa hijrah pada zaman Nabi Muhammad SAW ialah menyelamatkan umat Islam daripada tekanan dan siksaan orang kafir Mekah. Itu semua sudah maklum. Namun hikmah yang lebih besar ialah Rasulullah SAW berjaya membangunkan ummah yang semakin kuat dan hebat; sebelum diteruskan lagi selepas kewafatannya oleh para sahabat, dan diperluaskan di zaman pemerintahan Ummaiyah dan Abbasiah.

Justeru perlu diambil iktibar, biarpun baginda SAW dan para sahabat tertekan berada di bawah kezaliman kaum kuffar di tanah air sendiri, maka baginda SAW berstrategi bergerak ke negeri lain, menyusun langkah kembali dan sesudah berjaya membina kekuatan anggota yang diperlukan; tanpa melupakan peranan kebergantungan kepada Ilahi, yang akhirnya baginda SAW dan para sahabat berjaya membuka kembali tanah air yang dicintai iaitu Makkatul Mukarammah tanpa menumpah setitis darah pun.

Ini sekadar pesanan buat teman-teman, rakan-rakan seperjuangan gerakan di luar sana. Tidak kisah apa dasar gerakan kita sama ada gerakan mahasiswa, gerakan agama, gerakan politik mahupun apa-apa gerakan; serta atau apa posisi kita di dalam gerakan tersebut. Perlu diambil ibrahnya bahawa inilah yang dimaksudkan strategi. Apa yang sebenarnya kita boleh ambil pengajaran ringkas daripada hijrah baginda SAW dan para sahabat;

(i) kadang-kala kita terlalu tertumpu kepada pembinaan kekuatan fizikal sehingga kita terlupa kepada pembinaan kerohanian. Harus dingatkan sengaja Tuhan lambatkan kemenangan kita semata-mata ingin melihat kita insaf dan akhirnya melutut kembali bertaubat dan bertawakkal kepada-Nya. Dan setelah kemenangan dicapai, jangan lupakan-Nya. Sentiasa ingati-Nya kerana Dia lah Pemegang segala-galanya; Pemilik sekalian alam, terdahulu, kini dan selamanya.

(ii) tinggikan syiar Islam daripada yang lain. Kedapatan hari ini gerakan terlalu menumpukan kerja-kerja politik (tidak kira dilabelnya 'politik nilai' , 'politik kebajikan' hatta 'politik demokrasi tulen') , sehingga kita terlupa hakikat dan falsafah sebenar perjuangan yang kita laungkan. Lupakah kita kepada ayat Al-Quran; "Barangsiapa membantu agama Allah pasti Allah akan membantu kalian "

(iii) fokus dalam meletakkan, menunai dan melunaskan kembali segala visi, misi dan objektif serta janji-janji dalam manifesto terdahulu. Kedapatan ahli gerakan hari ini yang semakin lupa dengan asas dan dasar gerakan mereka sendiri. Sekadar pesanan buat semua ahli gerakan khususnya gerakan mahasiswa hari ini; bukan sekadar di UKM tetapi seluruh IPTA dan IPTS, jangan lupa atau buat-buat lupa akan segala benda asas dan dasar ini semua kerana dikhuatiri teman-teman yang selama ini meletakkan kepercayaan kepada kita akhirnya akan berpaling setelah kita sendiri khianati asas dan dasar yang dilaung-laungkan selama ini. Dan usah dikenang jika mereka pergi jauh daripada kita kerana kita dahulu yang jauh daripada dasar gerakan kita sendiri.

Justeru adalah lebih baik kini kita membuka mata seluas-luasnya meletakkan asas dan dasar yang jelas mengenai apa sebenarnya yang boleh kita lakukan selaku ahli gerakan. Tidak kisah di mana posisi gerakan kita dan posisi kita di dalam gerakan tersebut,apa yang lebih penting marilah sama-sama kita memainkan peranan yang membina dan terus membina di samping kita mengekalkan keimanan, nilai kerohanian dan persaudaraan sejati, kita memainkan peranan menyumbang secara positif kepada pembangunan manusia, sekali gus memakmurkan bumi Allah ini. Bukankah itu tujuan kita dijadikan ?

Akhir kalam, sama-samalah kita berdoa semoga tahun Hijrah yang sudah berlalu memberikan kita pengajarannya untuk menempa kekuatan di tahun yang baru pula, dan semoga kita sentiasa diberkati Allah dan diberi petunjuk dalam melaksanakan perintahnya dan meninggalkan larangannya.

"Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Yang Qadim lagi Azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami; kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu.

Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian.

Ya Allah, Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta hindarilah kami dari azab api neraka. Amin."




Kolokium Kolej Kediaman

Saturday, December 4, 2010

0 comments
Maklumat lanjut bolehlah hubungi, Nur Ili Tarmizi (014-5119644)

Keputusan Peperiksaan Semester 1 Sesi Akademik 2010/2011 Bakal Keluar...

Friday, December 3, 2010

0 comments
Berdebar? Cuak? Pasrah? Tawakkal?
^^

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester I Sesi Akademik 2010- 2011 boleh disemak menerusi web di alamat http://www.ukm.my/smpweb dan menerusi gerbang SMS-UKM dengan menaip maklumat berikut:


Semakan boleh dibuat mulai 10 Disember 2010. Slip keputusan peperiksaan rasmi boleh diperolehi di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 20 Disember 2010. Bagi pelajar yang tamat dengan ijazah, slip keputusan akan dihantar ke alamat tetap mulai 20 Disember 2010.

Semoga mendapat kejayaan yang terbaik!

PadaMu ya Allah, aku berserah.

Andai yang kumahu, bukan terbaik untukku,

Maka izinkan aku untuk terus redha dengan pemberianMu.

Kerana aku yakin, di sebalik ketentuanMu,

Pasti ada yang hebat sedang menunggu.

InsyaAllah.


Best of Luck ^^

ACTIVATE URSELF!

0 comments

NATIONAL PHARMACY SPORT CARNIVAL 2011

"CREATING A HEALTHY, DYNAMIC, FUTURE PHARMACIST"





Date : 29th and 30th January 2011

Venue : University Sains Malaysia, Pulau Pinang

Games :

i) Modern Games
Bola Tampar
Ping Pong(Single)
Ping Pong(Double)
Badminton(Single)
Badminton (Double)
Tennis(Single)
Futsal
Netball
Basketball
Takraw

ii) Tradtional Games
Batu Seremban
Galah Panjang
Tuju Kasut
Tarik Tali
Upih Pinang

Registration Fees : RM 50.00 (cover food, t-shirt and accomodation)

*Extra of RM10.00 per modern games and RM5.00 per traditional games.

**Deadline and payment is 13th December 2010.

***1 person can only play 1 modern game & 2 tradtional games. However, you only need to pay rm5 even if u play 2 traditional games.

For further information, kindly contact:

Syakira Hanini Bt. Che Hassan Pahmi (2nd year) 016-2468962, shakura_chan13@yahoo.com OR http://pharmablogukm.blogspot.com/



And please include your personnel details as below :-


Name
IC number
email
Gender (m/f)
T-shirt S,M,L,XL XXL
Health Condition/ allergies
Vegetarian (√/X )
Player/supporter?
Games of interest



DEADLINE : 10th of DECEMBER 2010 !!!

FEEL FREE TO JOIN ^^
ACTIVATE URSELF

Seminar Pemimpin Muda Malaysia

1 comments




Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke bangunan Parlimen pada hari Khamis, 25 November 2010. Hadirnya saya di sini bagi menghadiri Seminar Pemimpin Muda Malaysia yang telah dianjurkan oleh Parlimen Malaysia dengan kerjasama Menteri Pengajian Tinggi. Seminar ini dihadiri oleh seluruh siswa/I IPTA di Malaysia seperti USM, UIA, UPM, UM dan sebagainya. Penyertaan seminar ini tidak terhad hanya kepada MPP, bahkan kepada sesiapa yang bakal memimpin negara ini di masa hadapan. InsyaAllah. Membawa tema ‘Membina Rasa Kebersamaan’, seminar ini dimulakan dengan tayangan video Dokumentari Jubli Emas Parlimen Malaysia (1959-2009) sekitar jam 8.20 pagi. Kemudian diikuti dengan ketibaan dan ucapan Y.B. Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara dan acara kemuncak ucapan perasmian oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Ringkasan ucapan beliau ada tercatit di akhbar-akhbar utama seperti http://www.bharian.com.my/articles/Pemimpinmudausahmudahdiperalat_Muhyiddin/Article/ , http://malaysiakini.com/news/149123 , http://www.nst.com.my/nst/articles/muhi/Article/#ixzz16QjJYVj0 dll.

Tidak ketinggalan juga kami diberi kesempatan melawat ke Dewan Rakyat dan dewan Negara. Dan Alhamdulillah, menjadi rezeki kami untuk menonton secara ‘life’ ketika Dewan Rakyat sedang bersidang.

Seminar diteruskan dengan 3 perbincangan panel. Sedikit sebanyak perkongsian perbincangan adalah seperti di bawah.

i) Perbincangan Panel 1 – Sistem Pemerintah Demokrasi Raja Berpelembagaan

Panel :

1. Y.Bhg. Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, Yang Dipertua Dewan Negara ke-14 (2003-2009).

2. Y.Bhg. Datuk Johan Jaafar, pengerusi eksekutif Kumpulan Media Prima

3. Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba, Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Moderator : Y.Bhg. Dato’ Faiza bin Haji Thamby Chik, Fellow Kehormat USIM

Isi penting :

à Malaysia mengamalkan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan

àundang-undang tertinggi Malaysia à Perlembagaan Malaysia

à3 perkara utama : separation of powers, balance of power dan check and balace

à kebebasan media massa adalah kebebasan dengan tangungjawab

à kebanyakan isi yang diterangkan adalah berkaitan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia.

ii) Perbincangan Panel 2 : Malaysia Era Transformasi

Panel :

1. Y.B. Datuk Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia Malaysia

2. Y.Bhg. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

3. Y.Bhg. Dato’ Wira Affifudin bin Haji Omar, bekas Timbalan Menteri Kewangan 2 Malaysia

Moderator : Y.B. Sen. Datuk Akbar bin Ali, Ahli Dewan Negara
isi penting :

à4 tonggak transformasi : 1 Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia ke-10

è Transformasi bergantung kepada latar belakang setiap individu yang berbicara tentangnya.

è Everything change, except the change itself

à nation state (negara bangsa) is a state of mind

à untuk memiliki perasaan ‘kiasu’ (fear of loosing) adalah tidak salah. Yang menjadi kesalahan apabila ultrakiasu menyebabkan tercetusnya rasa sentiasa tidak puas hati dan blaming culture yang akhirnya membantutkan usaha transformasi kerajaan.

iii) Perbincangan Panel 3 – Pembinaan Sebuah Negara Bangsa

Panel :

1. Y.Bhg. Tan Sri Prof Emiritus Dr. Khoo Kay Kim, ahli sejarahwan terkemuka di Malaysia

2. Y.B.Sen Dato’ Firdaus bin Haji Abdullah, bekas Ketua Pengarah DBP

3. Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Ir. Zaini Ujang

Moderator : Y.B. Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan

Isi penting :

àknow your history, get your fact right, that will shape what you are and who you are.

à 5 tunjang utama Negara Bangsa

i) Politik stabil

ii) Ekonomi makmur

iii) Kesejahteraan yang merata

iv) Tamadun yang anggun, kemajuan ilmu dan teknologi seta kesentosaan rohaniah

v) Jati diri dan rasa kebersamaan, persamaan persepsi tentang masa lalu (sejarah bangsa) dan persamaan harapan masa hadapan.

à 4 perkara utama dalam kepimpinan

i) Membina watak – ketahui, fahami dan hayati budaya kita. Kenali diri, dapatkan jati diri

ii) Memperkasa otak – tingkatkan akademik dan kemampuan berfikir serta merancang

iii) Mengukuhkan kepak – tingkatkan keupayaan sejarah, kukuhkan kedudukan

iv) Meluaskan adik kakak – tingkatkan silaturrahim dan persaudaraan dan luaskan pengaruh

à orang miskin adalah orang yang paling inovasi (contohnya negara Cina. Populasi yang tinggi menyebabkan mereka perlu kepada inovasi untuk terus hidup)

à mereka yang tidak ingin kepada inovasi adalah mereka yang takt berjaya dan menanti mati

à pelbagai kaedah inovasi wujud di dunia ini. Kaedah inovasi yang diasakan oleh IR Zaini Ujang ialah kaedah ABCDEF

A = Area of concern

B = Benefit

C = Champion

D = Do it

E = Empowerment

F = Feedback

Penutupan program dilancarkan oleh Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin bin Haji Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Penutupan ini menekankan betapa pentingnya belia dalam pembentukan negara. We may walk slowly towards modernization, but the main thing, we do manage to walk in our own pace. Namun, sesuatu yang menguja saya untuk berfikir. Andai aku dicipta sebagai khalifah di muka bumi ini olehNya, sudah pasti hukumNya harus ku tegakkan. Namun, adakah patut sekiranya aku mencipta hukumku sendiri, lalu aku mentadbir mengikut hukumku sendiri, lantas meletakkan hukumku lebih tinggi dari hukumNya sedangkan aku hanyalah makhluk ciptaannya…(sekadar cetusan untuk difikirkan bersama ^^).

Maklumat dari Jabatan Bendahari

Monday, November 29, 2010

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera

Pengumuman buat pelajar Pra Siswazah yang tidak mempunyai tajaan sama ada dari JPA mahupun sebagainya, anda boleh membuat permohonan bantuan khaas bagi menjelaskan yuran pengajian semester 2, sesi 2010/2011. Tarikh tutup permohonan adalah 31 Disember 2010.

Antara syarat-syarat yang membolehkan pelajar memohon bantuan ini ialah:-

1. Warganegara Malaysia

2. Pelajar Pra Siswazah yang mendaftar pada semester yang dipohon.

3. Bantuan bagi menjelaskan yuran pengajian yang tertunggak sahaja (maksima RM 1,000.00) bukan untuk sarahidup

4. Pendapatan keluarga kurang daripada RM 2,000.00 sebulan.

5. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan terus kepada Unit Kewangan Pelajar, UKM.

6. Tidak mendapat sebarang tajaan atau tempoh tajaan yang telah tamat atau tajaan tidak dibayar pada semester dipohon.

Borang boleh diperoleh dari http://pkukmweb.ukm.my/~bendahari/


Bagi siswa/i yang masih tertanya-tanya kadar yuran pengajian dan yuran penginapan bagi sesi 2010/2011 yang patut dibayar dan perinciannya bolehlah layari http://pkukmweb.ukm.my/~bendahari/buletinlampiran/YURAN20PENGAJIAN20PRASISWAZAH[1].pdf

Cara-cara Menukar 'Servis Charge' PTPTN

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera


InsyaAllah di sini ada sedikit maklumat berkenaan PTPTN.


Kami selaku ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Gabungan Mahasiswa UKM ingin mengajak rakan-rakan mahasiswa khususnya di UKM yang mengambil pinjaman PTPTN agar segera menukarkan pembiayaan pendidikan PTPTN dari 3% kepada 1%.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk melakukan pindaan pembiayaan tersebut:

1.) Pergi ke laman web PTPTN.

2.) Isikan nombor Kad Pengenalan dan emel.

3.) Selepas itu, pihak PTPTN akan menghantar mesej ke emel anda.

4.) Satu pautan khas akan dihantar melalui alamat emel yang didaftarkan supaya anda dapat mengisi maklumat-maklumat wajib untuk penukaran pinjaman kepada pembiayaan pendidikan PTPTN.

5.) Anda mestilah memastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan betul sebelum menekan butang "Teruskan" bagi tujuan pendaftaran. Setiap pendaftaran yang telah dihantar TIDAK boleh dibuat pindaan lagi.

6.) Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi PTPTN HOTLINE di talian03-2080 4455.

7.) Semakan Jadual Kemaskini Maklumat Bagi Proses Penawaran Ujrah SILA RUJUK DI SINI.






Bagi sesiapa yang masih tidak berapa jelas berkenaan sistem ujrah ini, di bawah ialah beberapa link yang boleh dijadikan sebagai rujukan.



Sekian. Diharapkan hal ini disebarkan kepada rakan-rakan mahasiswa lain.

SYUKRAN