Pihak penolong pendaftar kampus memaklumkan pihak CIMB melakukan siteverification pada 28 Disember 2010 sebagai susulan prosedur tertentu yang telah dijalankan sebelum ini bagi membina mesin ATM. Jika segala prosedur telah siap dan pemasangan kabel telah dilakukan, insya-Allah proses pemasangan akan berjalan selama seminggu jikalau tiada sebarang halangan. Sama-sama kita doakan semoga proses pemasangan tersebut dapat dijalankan dengan segera.
Saya yakin semua pasti mengharapkan pembinaan mesin ATM BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) secepat mungkin, namun pembinaan mesin ATM CIMB ini merupakan solusi paling cepat yang boleh dilakukan bagi memberi kemudahan mesin ATM kepada para pelajar.
Di samping itu, pihak pengurusan kampus juga menerima aduan pelajar tentang ketiadaan vending machine di kampus. Buat masa ini, pengambilan dan pemilihan tender sedang dilakukan untuk menempatkan 2 vending machine di kampus iaitu di Blok E dan foyer dewan kuliah .
Mohon maaf atas segala kekurangan dalam mengendalikan pembawaan isu mesin ATM ini, semoga kita boleh memanfaatkan kemudahan yang ada:)
0 comments:
Post a Comment