Maklumat dari Jabatan Bendahari

Monday, November 29, 2010

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera

Pengumuman buat pelajar Pra Siswazah yang tidak mempunyai tajaan sama ada dari JPA mahupun sebagainya, anda boleh membuat permohonan bantuan khaas bagi menjelaskan yuran pengajian semester 2, sesi 2010/2011. Tarikh tutup permohonan adalah 31 Disember 2010.

Antara syarat-syarat yang membolehkan pelajar memohon bantuan ini ialah:-

1. Warganegara Malaysia

2. Pelajar Pra Siswazah yang mendaftar pada semester yang dipohon.

3. Bantuan bagi menjelaskan yuran pengajian yang tertunggak sahaja (maksima RM 1,000.00) bukan untuk sarahidup

4. Pendapatan keluarga kurang daripada RM 2,000.00 sebulan.

5. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan terus kepada Unit Kewangan Pelajar, UKM.

6. Tidak mendapat sebarang tajaan atau tempoh tajaan yang telah tamat atau tajaan tidak dibayar pada semester dipohon.

Borang boleh diperoleh dari http://pkukmweb.ukm.my/~bendahari/


Bagi siswa/i yang masih tertanya-tanya kadar yuran pengajian dan yuran penginapan bagi sesi 2010/2011 yang patut dibayar dan perinciannya bolehlah layari http://pkukmweb.ukm.my/~bendahari/buletinlampiran/YURAN20PENGAJIAN20PRASISWAZAH[1].pdf

Cara-cara Menukar 'Servis Charge' PTPTN

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera


InsyaAllah di sini ada sedikit maklumat berkenaan PTPTN.


Kami selaku ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Gabungan Mahasiswa UKM ingin mengajak rakan-rakan mahasiswa khususnya di UKM yang mengambil pinjaman PTPTN agar segera menukarkan pembiayaan pendidikan PTPTN dari 3% kepada 1%.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk melakukan pindaan pembiayaan tersebut:

1.) Pergi ke laman web PTPTN.

2.) Isikan nombor Kad Pengenalan dan emel.

3.) Selepas itu, pihak PTPTN akan menghantar mesej ke emel anda.

4.) Satu pautan khas akan dihantar melalui alamat emel yang didaftarkan supaya anda dapat mengisi maklumat-maklumat wajib untuk penukaran pinjaman kepada pembiayaan pendidikan PTPTN.

5.) Anda mestilah memastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan betul sebelum menekan butang "Teruskan" bagi tujuan pendaftaran. Setiap pendaftaran yang telah dihantar TIDAK boleh dibuat pindaan lagi.

6.) Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi PTPTN HOTLINE di talian03-2080 4455.

7.) Semakan Jadual Kemaskini Maklumat Bagi Proses Penawaran Ujrah SILA RUJUK DI SINI.






Bagi sesiapa yang masih tidak berapa jelas berkenaan sistem ujrah ini, di bawah ialah beberapa link yang boleh dijadikan sebagai rujukan.



Sekian. Diharapkan hal ini disebarkan kepada rakan-rakan mahasiswa lain.

Jadual Akademik Sesi 2010/2011

Tuesday, November 23, 2010

1 comments

Bismillahirrahmanirrahim

Asslamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera

InsyaAllah jadual di bawah ialah jadual akademik bagi kedua-dua semster sesi 2010/2011.

Fakulti

Kegiatan

Semester 1

Tarikh

Tempoh

FEP

Pendaftaran Diri Pelajar Baru & Minggu Mesra Pelajar (MMP)

4 - 9 Julai 2010

1 minggu

FK

FPEND

Perkuliahan

12 Julai - 8 Sept 2010

9 minggu

FPI

Cuti Pertengahan Semester/Cuti Perayaan

9 - 19 Sept 2010

1 minggu

FST

Perkuliahan

22 Sept - 22 Okt 2010

5minggu

FSKB

Cuti Ulangkaji

-

-

FSSK

Peperiksaan

25 Okt - 14 Nov 2010

3 minggu

FTSM


Cuti Semester

15 Nov - 19 Dis 2010

5 minggu

FUU

FAR

Fakulti

Kegiatan

Semester II

Tarikh

Tempoh

FEP

Perkuliahan

20 Dis. 2010 - 28 Jan 2011

6minggu

FK

FPEND

FPI

Cuti Pertengahan Semester/Cuti Perayaan

29 - 6 Feb 2011

1 minggu

FST

Perkuliahan

7 Feb - 1 April 2011

8 minggu

FSKB

Cuti Ulangkaji

2 - 10 April 2011

1 minggu

FSSK

Peperiksaan

11 - 30 April 2011

3 minggu

FTSM

Cuti Semester

1 Mei - 24 Julai 2011

12 minggu

FUU

FAR

Fakulti

Kegiatan

Semester III

Tarikh

Tempoh

FEP

Perkuliahan

2 Mei - 17 Jun 2011

7 minggu

FK

FPEND

FPI

FST

Peperiksaan

20 - 25 Jun 2011

1 minggu

FSKB

FSSK

FTSM

FUU

FAR

Semester 1
Cuti Hari Kemerdekaan - 31 Ogos 2010 (Selasa)
Cuti Hari Raya Aidil Fitri - 10 dan 11 September 2010 (Jumaat dan Sabtu)
Cuti Hari Deepavali - 3 - 8 November 2010
Cuti Hari Raya Aidil Adha - 17 November 2010 (Rabu)


Semester 2
Cuti Awal Muharam (Maal Hijrah) - 8 Disember 2010 (Rabu)
Cuti Hari Krismas - 25 Disember 2010 (Sabtu)
Cuti Hari Tahun Baru Cina - 3 dan 4 Februari 2011 (Khamis dan Jumaat)

Maklumat lanjut sila layari http://pkukmweb.ukm.my/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=114&Itemid=225&lang=bm

p/s: kpd sesiapa yg bertny ble cti mid sem, ble cuti next sem (terutama yg nak apply utk LI), semoge jadual ni menjadi rujukan bersama.

Tarikh Daftar Keluar Sem 1 Sesi 2010/2011 UKM KL

Monday, November 8, 2010

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim



Asslamu'alaikum wbt dan Salam 1 Malaysia



InsyaAllah dibawah adalah senarai ikh tardaftar keluar Semester 1 Sesi 2010/2011 bagi setiap fakulti di kampus UKM KL.




Untuk pelajar FSK dan FFAR

i) Daftar keluar Semester 1 Sesi 2010/2011 adalah pada

- 13/11/2010 (Sabtu) : 9 - 3 p.m.

- 14/11/2010 (Ahad) : 9 - 3 p.m.

ii) Daftar masuk Semester 2 Sesi 2010/2011 pula adalah pada

- 18/12/2010 (Sabtu) : 9 - 3 p.m.

- 19/12/2010 (Ahad) : 9 - 3 p.m.

Selamat bercuti. manfaatkan cuti sebaik mungkin. manfaatkan usia muda dan nikmat sihat. kalau dah tua, nangis darah sekali pun tak mungkin masa dapat diputar semula. insyaAllah pesanan untuk diri sendiri juga

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, keranaMu ya Allah, maka bantulah kami menjadi hambaMu yang berjaya dunia dan akhirat...

InsyaAllah kalau ada sebarang masalah bolehlah suarakan...:)

p/s:, jangan lupa pulangkan kunci. kalau nak tempah boleh berurusan dengan pejabat.

"Your Voice is My Voice"

SYUKRAN