Maklumat dari Jabatan Bendahari

Monday, November 29, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera

Pengumuman buat pelajar Pra Siswazah yang tidak mempunyai tajaan sama ada dari JPA mahupun sebagainya, anda boleh membuat permohonan bantuan khaas bagi menjelaskan yuran pengajian semester 2, sesi 2010/2011. Tarikh tutup permohonan adalah 31 Disember 2010.

Antara syarat-syarat yang membolehkan pelajar memohon bantuan ini ialah:-

1. Warganegara Malaysia

2. Pelajar Pra Siswazah yang mendaftar pada semester yang dipohon.

3. Bantuan bagi menjelaskan yuran pengajian yang tertunggak sahaja (maksima RM 1,000.00) bukan untuk sarahidup

4. Pendapatan keluarga kurang daripada RM 2,000.00 sebulan.

5. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan terus kepada Unit Kewangan Pelajar, UKM.

6. Tidak mendapat sebarang tajaan atau tempoh tajaan yang telah tamat atau tajaan tidak dibayar pada semester dipohon.

Borang boleh diperoleh dari http://pkukmweb.ukm.my/~bendahari/


Bagi siswa/i yang masih tertanya-tanya kadar yuran pengajian dan yuran penginapan bagi sesi 2010/2011 yang patut dibayar dan perinciannya bolehlah layari http://pkukmweb.ukm.my/~bendahari/buletinlampiran/YURAN20PENGAJIAN20PRASISWAZAH[1].pdf

0 comments:

SYUKRAN