Tahniah dan Takziah:)

Tuesday, February 22, 2011

2 comments
tahniah dan takziah. tunaikanlah janji anda. isikanlah kemenangan. sama ada anda majoriti mahupun minoriti, anda telah diundi dan anda telah berjanji. sama ada janji itu dari hati anda sendiri atau diambil dari org lain, anda tetap telah berjanji. dan janji itu pasti akan dituntut untuk dilangsaikan. andai tidak dilangsaikan di dunia, bersama janji itu pasti dituntut di akhirat.
Pemimpin-pemimpin anda buat sesi 2010/2011

Kenyataan MPP Mahasiswa UKM KL Sesi 2009/2010

Sunday, February 20, 2011

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum wbt ddan Salam Sejahtera

Alhamdulillah PRK untuk pemilihan MPP UKM bagi sesi 2010/2011 sedang berlangsung. Dari pihak kami, mantan MPP Mahasiswa UKM KL, kami telah memenangi 3 kerusi dari 5 kerusi di UKM KL pada sesi lepas. Sekarang kami kedengaran pelbagai isu yang ditimbulkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sepanjang kami memegang jawatan ini. Justeru itu, kami ingin membuat beberapa kenyataan untuk menjelaskan semula isu yang diutarakan.

1. Kami tidak pernah mengeluarkan sebarang peraturan yang melarang mahasiswi untuk turun ke kafe selepas pukul 8 malam.
2. Kami juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang melarang mahasiswa/i makan di kafe dan hanya boleh membeli makanan dan bungkus sahaja.
3. Isu ATM juga hangat dipersoalkan. Oleh itu, bagi yang ingin mendapat maklumat lanjut bolehlah ziarah http://mariahzakaria.blogspot.com/2010/12/mesin-atm-bakal-dibina-di-ukm-kl.html atau http://ilimppfskb.blogspot.com/2010/12/perkembangan-mesin-atm.html . Ringkasan yang kami peroleh dari sini
- 2 mesin ATM akan dibina BIMB dan CIMB
- Pengubahsuaian di sebelah surau TIBE adalah untuk memindahkan Jabatan Bendahari dari tingkat 5 ke tingkat 1 dan seterusnya menempatkanBIMB di sebelah Jabatan Bendahari tersebut.
- Bank ATM masih belum dibina dan hanya tinggal sedikit masa sahaja lagi untuk pemasangan.
4. Isu pengangkutan ke BYS. Alhamdulillah MPP ILI telah berjaya mengusahakan perjalanan bas ke bangunan tersebut bagi kemudahan pelajar yang belaja di sana.
5. Kami juga telah berjaya melunaskan hampir 99% manifesto kami.
6. Kami membawa suara-suara mahasiswa/i ke pihak atasan sehinggalah ke Naib Canselor. Misalnya isu HE dan HX, kami telah mengedarkan borang kajian dan setelah membuat analisa kami telah menyampaikan suara-suara atau masalah-masalah yang mahasiswa/i hadapi di dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti bertarikh 14/10/2010, di Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselor,i UKM. dan bersyukur ke hadrat Ilahi, pihak atasan mengambil prihatin isu ini.
7. Isu kafeteria fakulti telah diberi perhatian pihak Pengurusan UKM KL dan mereka telah membuka sebutharga baru untuk mana-mana pengurus kafeteria baru menguruskan kafe fakulti.
8. Kami juga tidak menyekat kebebasan mahasiswa/i. Setiap idea dan kreatviti siswa/i dalam melaksanakan program, kami tidak pernah membantah.
9. Kami memperjuangkan hak dan isu kebajikan anda. Kami tidak pernah memperlekehkan walau sekecil-kecil aduan yang kami terima.


Ini adalah di antara isu-isu yang kami dengar dikeluarkan dari pihak yang tidak bertangungjawab. Untuk mengetahui perkembangan lanjut gerak kerja kami bolehlah layari blog-blog kami iaitu http://ilimppfskb.blogspot.com/, http://mariahzakaria.blogspot.com/, http://nasihamppfper.blogspot.com/.

Anda adalah keutamaan kami. Kerana anda mengundi kami, maka terlantiklah kami menjadi wakil anda. Justeru itu, tiada hak kami untuk menghalang kebebasan bersuara anda. Malahan kami mewakili anda menyuarakan suara anda ke pihak atasan. Percayalah, anda keutamaan kami. Oleh itu, kami mohon, sekiranya masih ada kekeliruan atau suara-suara yang tidak pasti kesahihan sumbernya, silalah rujuk kami bertiga. Kami bersedia menjawab setiap pertanyaan. InsyaAllah.

Jawatan itu amanah. Amanah itu tangungjawab. Tanggungjawab itu bakal dipersoalkan saat berhadapan denganNYA.
Saat dipersoalkan, pilihan hanya 2, syurga atau neraka. Tiada yang ketiga. justeru itu bijaklah memilih dan mengundi.

TNC HEPA BARU^^

Wednesday, February 16, 2011

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah akhirnya UKM kekosongan jawatan TNC HEPA setelah beberapa waktu telah diisi dengan kehadiran YBhg. Prof. Ir. Dr Othman A. Karim.
Jutaan tahniah kami ucapkan di atas perlantikan tuan. Semoga dengan perlantikan tuan membawa pembaharuan kepada universiti yang kami cintai ini. Bukanlah pembaharuan yang kami maksudkan hanya ke arah akademik dan kemahiran generik sahaja, bahkan apa yang kami harapkan adalah pembaharuan yang dapat membina moral ,sahsiah dan keintelektuan mahasiswa/i.
Kami juga mengaharapkan kepimpinan yang lebih adil dan gemilang dalam membawa kami ke arahNYA. Semoga tuan berjaya bersama-sama kami membawa kejayaan dunia dan akhirat:)
Dunia hanyalah jalan,
Akhirat adalah tujuan.
Dunia adalah persinggahan,
Sebelum akhirat, kau dipersoalkan

PERMOHONAN MASUK PEPERIKSAAN DAN DRAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEMESTER II SESI AKADEMIK 2010-2011

Monday, February 14, 2011

0 comments
Bismillhirrahmanirrahim


Saudara/i diminta mengambil perhatian dan tindakan dalam urusan
permohonan masuk dan draf jadual waktu peperiksaan akhir Semester II Sesi
Akademik 2010-2011. Urusan pengesahan permohonan masuk peperiksaan perlu
dibuat melalui http://www.ukm.my/smpweb mulai 14 hingga 20 Februari 2011.
maklumat lanjut sila layari
Selamat Mengesahkan!^^

ALERT2!!!

0 comments


TARIKH PILIHANRAYA KAMPUS
Hari Penamaan : 17 Februari 2011 (Khamis)
Hari Pengundian : 21 Februari 2011 (Isnin)
Terima kasih atas sokongan anda, mohon jemput sahabat-sahabat lain
Ber-GM Lebih Baik. (",)
Tunaikan hak anda untuk mendapat pemimpin yang selayaknya dengan memilih siapakan pemimpin yang anda kehendaki. Setiap undian anda tersangat dan teramatlah berharga.
Mengundi bukan kerana dipaksa undi,
tapi mengundi tanda tangungjawab pada diri.
*terasa macam iklan dalam tv lak^^*

AKU BUKAN LAGI MPP...

0 comments
Sejuta kemaafan ku pohonkan
Syukran jazilan kuucapkan
^^


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum dan Apa Khabar?
Alhamdulillah wa astaghfirullah, tepat 14/2/2011, dengan rasminya, saya bukan lagi MPP Fakulti Farmasi.
Sebillion ucapan maaf saya ucapkan kepada semua andai ada tersilap langkah sewaktu menjadi MPP, atau ada tanggungjawab yang terlaksana, atau ada yang merasa tak puas hati, atau tersilap kata dan lain-lain. Maaf sangat2. Bukan diri tidak ingin menyelesaikan atau usahakan. Namun, adakalanya, di luar daya kekuatan.
Maafkan ye...sama ada dari pihak pentadbiran kolej mahupun fakulti, dari pihak pelajar KTSN umumnya dan khususnya kepada pelajar Fakulti Farmasi, saya mengharap agar semua kesalahan an kesilapan saya dimaafkan. Kalau ada yang saya berhutang dan belum bayar, atau tangungjawab yang telah dijanji tapi masih belum terlaksana, mohon agar maklumkan kepada saya.



Dan juga, saya mohon agar dihalalkan setiap duit dan manfaat yang saya peroleh dari pihak UKM sepanjang bergelar MPP. InsyaAllah saya telah berusaha untuk mengembalikannya semula kepada pihak siswa/i semampu yang mungkin.






Sejuta kesyukuran juga saya panjatkan terutama kepada ALLAH yang telah beri saya kesempatan menjadi MPP. Tidak pernah terlintas untuk menjadi MPP sebelum menjejak kaki di universiti. Namun, ini takdirnNYA. Dia Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya.
Tak lupa juga, jutaan terima kasih kepada sesiapa yang membantu saya, sewaktu susah mahupun senang, bersama dengan saya ketika rebah bangun saya, JUTAAAANNNN terima kasih saya ucapkan. Tidak lupa juga kepada semua yang membantu saya, terutama SUK Fakulti Farmasi 2009/2010. Terima kasih yang teramat sangat ^^. Anda telah banyak membantu dan menyokong saya. Setiap usaha anda teramat dan tersangatlah saya hargai :).
Kepada pihak pentadiran UKM, UKM KL, KTSN, Fakulti Farmasi, siswa/i dan walau siapa pun ada, syukran jazilan yang teramat sangat atas segla bantuan, sumbangan, dorngan, pengalaman yang anda berikan dengan izinNYA.:). Do really appreciate it.

Akhir kalam, saya hanyalah insan yang lemah. bertatih setiap detik berusaha menjadi yang terbaik. Doakan semoga sepanjang saya menjadi MPP, bukanlah satu bebanan yang mengheret saya di akhirat nanti untuk berhadapan denganNYA, tapi menjadi tiket mudah untuk bertemu denganNNYA. AMEEN...
If today,
Leadership is something that you covet,
Tomorrow,
Sure enough, it is something that you will regret.
For if,
It is neglected.






Perkembangan Terbaru UKM KL

Friday, February 11, 2011

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum dan Apa Khabar?^^

InsyaAllah di sini akan dikongsikan beberapa perkembanagn terbaru di UKM KL. Maklumat ini bersumber dari pihak pentadbiran UKM KL.


  • 2 buah vending machine telah ditempatkan di fakulti, 1 di tempat tunggu bas, 1 di PDAL. di kolej juga terdapat vending machine (maaf tak pasti tempat dan berapa). ini di antara permintaan pelajar yang telah kami berjaya suarakan ke pihak atasan.

  • pengubahsuaian berdekatan surau TIBE pula adalah untuk memindahkan Jabatan Bendahari di situ dan seterusnya mesin ATM Bank Islam akan diletakkan berdekatan dengannya..

  • berkenaan aduan-aduan di kafe fakulti, pihak pentadbiran telah membuka tawaran untuk 'tender' yang baru. InsyaAllah, pengusaha kafe kafeteria akan ditukar tetapi tempoh masa tidak dapat dipastikan bila.

  • terdapat juga permintaan pelajar untuk menambah bilangan surau untuk muslimat di UKM KL memandangkan bilangan yang sangat padat apabila masuknya waktu solat. Cadangan ini telah disampaikan kepada pihak pentadbiran. Namun, di UKM KL ini tidak ada 1 ruang kosong lagi untuk dijadikan surau. Semua ruang telah digunakan sebaik mungkin. Oleh itu,permintaan ini tidak dapat dilaksanakan. Maaf.

  • berkenaan WIFI di Fakulti, WIFI boleh dicapai sekiranya mendaftar di Pusat Teknologi Maklumat. Bagi yang belum mendaftar atau telah mendaftar namun masih tidak dapat dicapai, bolehlah merujuk kepada PTM. (maaf maklumat ini bukan diperoleh secara terus dari PTM. Maklumat lebih mendalam akan diusahakan )

Akhir kalam, ada apa-apa persoalan lagi bolehlah terus berhubungan dengan saya di talian 013-2649589 ataupun mariah.pmukm@gmail.com ataupun anda boleh menghubungi mana MPP UKM KL. InsyaAllah

Happy Chinese New Year n Happy Holiday :)

Tuesday, February 1, 2011

0 comments

TAHNIAH^^

0 comments



KEPUTUSAN NATIONAL PHARMACY SPORT CARNIVAL 2011





Kalah,
bukan bererti kalah selamannya,
bukan bererti di bawah sentiasa,
bukan bererti tiada harapan menjadi juara.

Tetapi bererti sebuah kemenangan,
Sebuah keazaman untuk akan datang,
Bahawa gemilang pasti di tangan,
Walau seribu rintangan.
InsyaAllah...:)


TAHNIAH kepada semua atlet2 UKM Fakulti Farmasi yang telah menyertai acara sukan ini selama 2 hari iaitu bermula 29/1 hingga 30/1/2011 di USM, Pulau Pinang.


Dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pasukan badminton wanita dan futsal wanita kita yang telah berjaya mendapat EMAS dan GANGSA dalam acara masing-masing.


Dan buat mereka yang masih belum mendapat kesempatan menempa sejarah untuk fakulti kita, InsyaAllah tahun depan ada lagi^^. Kat UIA pula. Bolehlah join lagi;). Dan mulakan latihan dari sekarang! (kalau mampu^^)



GAMBATTE!

Hari Bersama Pemimpin

0 comments



Alhamdulillah program ini berjalan lancar^^. Syukran jazilan kepada semua yang menajyakan bersama program ni.
InsyaAllah setiap aduan akan diambil perhatian dan dibuat tindakan lanjut.

Lawatan Ukhwah UKM-UIA II

Friday, January 7, 2011

1 comments

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera

InsyaAllah pada 8 - 9 Januari 2011, sebuah lawatan ke Fakulti Farmasi UIA di Kuantan anjuran PMUKM Fakulti Farmasi dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi UKM dan juga IIUM Pharmacy Student Association (IPhA). Antara serba sedikit maklumat lawatan ini:-

Misi

Membentuk mahasiswa yang mempunyai keterampilan diri yang tingg serta memperkasakan sifat profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i.


Objektif

1.1 Menjadikan program ini sebagai pentas penyatupaduan di antara mahasiswa/i Fakulti Farmasi UKM dan UIA.

1.2 Melatih pelajar Fakulti Farmasi Universiti Kebangsaan Malaysia berorganisasi serta berkomunikasi dengan mahasiswa/i daripada universiti lain, khususnya UIA.

1.3 Membolehkan berlakunya pertukaran idea antara mahasiswa/i Fakulti Farmasi daripada kedua- dua buah universiti dalam meningkatkan lagi aspek pentadbiran dan pengurusan organisasi persatuan masing-masing.

1.4 Mendedahkan pelajar Fakulti Farmasi dengan sistem pembelajaran Fakulti Farmasi di Universiti Islam Antarabangsa di samping membuat perbandingan dengan sistem pembelajaran di UKM .



Lawatan ini membawa tema "UKHWAH TANPA SEMPADAN". Dengan tema ini juga kami membawa satu objektif yang besar iaitu ingin memupuk sifat profesionalisme di dalam diri kami.

Selain itu, kumpulan sasaran utama bagi program kali ini ialah pelajar tahun 1. Ini bagi memberikan mereka pendedahan awal cara berorganisasi dan membuka dengan lebih luas lagi pandangan mereka.

Akhir kalam, semoga lawatan ini bukanlah suatu lawatan yang tidak membawa makna. Semoga lawatan ini menjadi langkah pertama untuk terus mengeratkan kerjasama antara mahasiswa berlainan universiti tetapi di dalam bidang yang sama. InsyaAllah

"KE ARAH MAHASISWA PROFESIONALISME UNGGUL"


TAHNIAH PENGARAH PPP BARU!

0 comments
TAHNIAH KEPADA PROF MADYA DR KHAIDZIR HJ ISMAIL di atas perlantikan beliau sebagai Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar.

Beliau menggantikan Prof. Madya Dr. Kadderi Md. Desa yang telah berkhidmat sebagai Pengarah PPP selama 1 tahun 5 bulan bermula 10 Ogos 2009.




Lawatan Ukhwah UKM-UIA I

0 comments






TARIKH DAN MASA

PERKARA

TEMPAT

8 Januari 2011 (Sabtu)

7.30 pagi

8.00 pagi

11.00 pagi

12.00 tgh hari

1.45 petang

2.00 petang

5.30 petang

8.15 malam

10.00 malam

9 Januari 2011(Ahad)

7.30 pagi

8.30 pagi

11.00 pagi

12.00 tgh hari

2.00 ptg


Berkumpul di TIBE dan sesi pendaftaran

Bertolak dari UKM KKL

Ketibaan di tempat penginapan

Makan tengah hari dan persiapan diri

Bertolak ke UIA

Lawatan sekitar Kuliyyah of Pharmacy IIUM

Lawatan ke Teluk Chempedak

Makan malam

Bertolak pulang ke tempat penginapan


Sarapan pagi

Diskusi Mahasiswa UKM – UIAM

Sesi Fotografi

Makan tengah hari dan persiapan diri

Bertolak ke UKM KKL



Kuliyyah of Pharmacy IIUM, Kuantan, Pahang.

Kod Pakaian:

Bertolak - Baju kurung atau blouse biru (P)

Baju kemeja putih seluar hitam (L)

Lawatan sekitar UIA - Formal dan sopan

Makan Malam - Casual

Diskusi Mahasiswa UKM – UIAM -Baju formal dan sopan


Aduan Bayaran JPA Tahun 1 Fakulti Farmasi

Thursday, January 6, 2011

0 comments

Perhatian kepada pelajar tahun 1 fakulti farmasi, berkenaan jumlah kemasukan wang JPA yang berbeza setiap individu (ada yang cukup dan ada yang tak cukup),cuba cek dalam penyata, ada 1 bahagian:



No. Penyata Potongan Penaja: 272 -A..... Ruj. A1..... RM......

Bayaran yuran semester



Nilai bayaran ni berbeza bagi setiap orang (mungkin ada yang sama). Cuba tambahkan nilai ni dengan jumlah yang dapat dalam akaun Bank Islam. Kalau tak cukup RM6300 gak, tolong inform. Sebab berdasarkan maklumat yang diperolehi, bayaran dari JPA memeng cukup rm 6300.


Berkenaan ada yang terbayar yuran lebih awal pula, duit boleh dituntut semula dengan


i) menelefon Unit Kewangan Pelajar di 03-89213180, 03-89213113 atau 03-89215090. Telefon nombor ini dan nyatakan nama anda, pelajar UKM KL, no matriks dan nyatakan masalah yang anda hadapi. Bayaran semula duit adalah terus ke akaun. (rajin-rajin la cek akaun lepas tu)


ii) menulis surat dan hantar ke unit kewangan pelajar. Surat mestilah disertakan bersama-sama dengan resit.


--> paling mudah dan disarankan adalah gunakan cara i).



"Suara Anda Keutamaan Kami"

SPKG HAPUS! HHHC9118 PENGGANTI

Wednesday, January 5, 2011

0 comments


GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) mengucapkan tahniah kepada Prof Dato' Ir. Dr Hassan Basri selaku Timbalan Naib Canselor Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) di atas sifat keterbukaan beliau menangani permasalahan mahasiswa khususnya berkenaan isu ko-kurikulum yang baru dalam taklimat Ko-Kurikulum semalam.

Untuk rekod, semalam diadakan Taklimat Perlaksanaan Ko-Kurikulum Berasaskan Kontrak Pembelajaran di Bilik Senat yang dihadiri MPP dan JAKSA Kolej Kediaman. Di dalam taklimat tersebut disebut pada tanggal 2 Disember 2010 juga secara rasmi berlaku penstrukturan semula oleh Lembaga Pengarah UKM (LPU) yang memindahkan Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) di bawah TNC Akademik & Antarabangsa dan mewujudkan sistem pengiktirafan aktiviti mahasiswa di bawah PPP. Selain itu, sistem SPKG dan HX/HE sekarang akan digantikan dengan subjek HHHC9118 Ko-Kurikulum.

MPP Fakulti Pendidikan Tahun 1/2, saudara Wan Ahmad Fahmi ketika ditemui gembira dengan keterbukaan pihak pentadbiran mendengar luahan dari sisi pandang mahasiswa

"Ini merupakan kali pertama pihak pentadbiran bersikap terbuka dalam melaksanakan satu sistem kepada pelajar (berbanding) sebelum ini.

"Dalam isu sebelum ini (SPKG,HX dan HE) yang kita Gabungan Mahasiswa bangkitkan, pihak pentadbiran tidak pernah memanggil wakil mahasiswa untuk duduk berbincang (sekali). Ini jelas menafikan hak mahasiswa untuk bersuara.

"Justeru kita memuji sikap Dato Hassan yang memahami situasi mahasiswa kini. Diharapkan pihak pentadbiran mengikut jejak langkah Dato' Hassan, (dan) tiada birokrasi dan perkara-perkara remeh dibesar-besarkan."

Untuk makluman, satu Taklimat Perlaksanaan Ko-Kurikulum Berasaskan Kontrak Pembelajaran yang bakal diadakan seperti butiran berikut :

1) Tarikh : 7 Januari 2011 (Jumaat)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Serbaguna, KTSN
Ahli : Mahasiswa Tahun 1, KKL

2) Tarikh : 8 Januari 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : DECTAR
Ahli : Mahasiswa Tahun 1 Kampus Bangi

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan perlaksanaan ko-kurikulum berkredit berasaskan Kontrak Pembelajaran. Semua pelajar tahun 1 adalah diwajibkan hadir.

Maklumat awal yang diperolehi, sistem yang bakal menggantikan sistem terdahulu lebih berbentuk self-driven (pandu kendiri) dan bergantung prestasi mahasiswa. Ia juga memberi kebebasan kepada mahasiswa memilih jenis aktiviti dan digalakkan untuk buat program di luar waktu semester.











Dan berita yang lebih menggembirakan adalah Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) dan subjek HX dihapuskan manakala subjek HE masih diteruskan,tetapi mahasiswa bagi tahun 1 dan 2 boleh tukar taraf kursus untuk mengambil subjek ini.

Di peringkat Gabungan Mahasiswa melalui wakil kita di Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) amat-amat mengalu-alukan perubahan ini. Ini juga jelas membuktikan SUARA MAHASISWA SUARA KERAMAT!



Perkara-perkara utama dalam taklimat yang kami peroleh

1. Maklumat tambahan juga, dari segi perlaksanaan HHHC9118, Subjek ini terdiri daripada 8 jam kredit, dan setiap 1 jam kredit mempunyai 40 notional hour. Dalam erti kata lain, pelajar hendaklah melaksanakan 40 jam aktiviti untuk mencukupkan 1 jam kredit.
2. tiada had jam kredit dalam 1 sem. sekiranya pelajar itu sangat aktif dan berjaya melengkapkan 120 jam, bererti dia telah berjaya melengkapkan 3 jam kredit.
3. Namun, aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah berdasarkan kepada pelajar tersebut. Mereka boleh buat apa sahaja aktiviti yang mereka minati berdasarkan 8 hasil pembelajaran, dengan syarat terdapat penyelia yang terdiri dari kakitangan akademik yang diiktiraf oleh PPP. Penyelia ini mereka boleh pilih sendiri.
4. Sekiranya mereka telah lengkap 8 hasil pembelajaran, namun jam kredit masih belum mencukupi, mereka hendaklah mencukupkan sehingga 320 jam.

Namun, ditekankan di sini, cara perlaksanaan subjek ini
masih belum lengkap dan akan
lengkap seiring dengan peredaran masa. Dan sekiranya ada
yang masih tidak faham lagi,
bolehlah suarakan pada 7 Januari 2011 di DSG, 8 malam.

Kenaikan Pangkat Dipercepatkan Untuk Pegawai Perubatan, Pergigian Dan Farmasi

Monday, January 3, 2011

0 comments

Maklumat diperoleh dari http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/10/mstar_berita/20100310115919&sec=mstar_berita. Maklumat ini telah dikeluarkan pada hari Rabu,10 Mac 2010 di mSTAR online. Bagi yang masih keliru di post saya yang lepas berkenaan kenaikan pangkat, bolehlah rujuk maklumat di bawah.



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pelan penambahbaikan laluan kerjaya pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi di Kementerian Kesihatan yang mempercepatkan tempoh naik pangkat ke Gred 54 di antara dua hingga lima tahun.


Beliau berkata inisiatif yang melibatkan perbelanjaan tambahan sejumlah RM200 juta setahun itu bertujuan untuk menambahbaik laluan kerjaya mereka bagi memberi peluang kepada mereka untuk meningkat hingga ke Gred 54 dalam tempoh yang lebih wajar.


Misalnya, seorang pegawai perubatan (pakar) boleh dinaikkan ke Gred 54 dalam masa sembilan tahun berbanding 11 tahun sekarang dan 12 tahun untuk pegawai perubatan (klinikal/pentadbiran) berbanding 17 tahun sekarang.


"Melalui penambahbaikan laluan kerjaya ini, kerajaan berharap Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan akan terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan.


Najib juga berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kesihatan sedang menguruskan urusan kenaikan pangkat Pegawai Perubatan Gred UD44 yang layak ke Gred UD48 dan sebahagian besar dijangka dapat dilaksanakan sebelum 31 Mac ini.


Katanya, penambahbaikan ini sebagai mengiktiraf sumbangan dan peranan mereka yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan yakin langkah ini akan dapat meningkatkan komitmen dan azam mereka untuk menjayakan hasrat meningkatkan tahap perkhidmatan hospital kerajaan.


Menjelaskan lebih lanjut, Najib berkata pada 5 Dis, 2007, Kerajaan telah bersetuju dengan pelaksanaan kenaikan pangkat secara terus ke Gred UD44 kepada semua Pegawai Perubatan yang dilantik mulai 1 Jan, 2008, iaitu sebaik sahaja mereka tamat menjalani latihan amali selama dua tahun dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.


Untuk memastikan Pegawai Perubatan yang dilantik sebelum 1 Jan, 2008 tidak terjejas dengan keputusan tersebut, tindakan telah diambil untuk menaikkan pangkat ke Gred UD44 Pegawai-pegawai Perubatan yang dilantik sebelum 1 Jan, 2008.


Ini melibatkan kenaikan pangkat seramai 9,871 orang Pegawai Perubatan dalam tahun 2009, kata beliau.


Pelan penambahbaikan kerjaya adalah seperti berikut:


* Kenaikan ke Gred 44 - Bagi Pegawai Pergigian setelah berada di Gred 41 untuk tempoh dua tahun, dan bagi Pegawai Farmasi setelah tiga tahun.


* Kenaikan ke Gred 48 - Bagi Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian setelah berada di Gred 44 selama tiga tahun, atau tarikh warta pakar mana yang terdahulu; dan Bagi Pegawai Farmasi setelah berada di Gred 44 selama empat tahun.


* Kenaikan ke Gred 52 bagi Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian Klinikal/Pentadbiran setelah berada di Gred 48 selama empat tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal.


Kenaikan ke gred itu bagi Pegawai Perubatan (Pakar) dan Pegawai Pergigian (Pakar) pula setelah berada di Gred 48 selama dua tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal dan tertakluk kepada perakuan Panel Penilaian Kepakaran, Kementerian Kesihatan. Bagi Pegawai Farmasi pula setelah mereka berada di Gred 48 selama empat tahuntertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal.


* Kenaikan ke Gred 54 bagi Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian Klinikal/P entadbiran pula setelah berada di Gred 52 selama tiga tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal.


Kenaikan ke gred itu bagi Pegawai Perubatan (Pakar) dan Pegawai Pergigian pula setelah berada di Gred 52 selama dua tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal dan tertakluk kepada perakuan Panel Penilaian Kepakaran.


Bagi Pegawai Farmasi pula setelah berada di Gred 52 selama tiga tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal manakala bagi Pegawai Perubatan (Pakar) dan Pegawai Pergigian (Pakar), kenaikan pangkat daripada Gred 54 ke Gred Khas C dan ke atas adalah berdasarkan kepada perakuan Panel Penilaian Kepakaran kementerian.


Bagi Pegawai Perubatan Klinikal/Pentadbiran, Pegawai Pergigian Klinikal/Pentadbiran dan Pegawai Farmasi, kenaikan pangkat dari Gred 54 ke Gred Utama C dan ke atas adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan.


Menurut Najib, berdasarkan pelan laluan kerjaya yang dinyatakan, tempoh masa maksimum bagi pegawai yang memenuhi syarat kenaikan pangkat untuk dinaikkan pangkat ke Gred 54 dari tarikh mula berkhidmat dikurangkan.


Tempoh purata kenaikan pangkat ke Gred 54:

* Pegawai Perubatan (Pakar) - 9 tahun (11 tahun sekarang)

* Pegawai Pergigian (Pakar) - 9 tahun (11 tahun sekarang)

* Pegawai Perubatan (Klinikal/Pentadbiran) - 12 tahun (17 tahun sekarang)

* Pegawai Pergigian (Klinikal/Pentadbiran) - 12 tahun (17 tahun sekarang)

* Pegawai Farmasi - 14 tahun (17 tahun sekarang)

sumber : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/10/mstar_berita/20100310115919&sec=mstar_berita


p/s: ringkasan kenaikan jawatan bagi pegawai farmasi selepas graduasi


Graduasi

Gred 41 hingga 44 : 3 tahun

Gred 44 hingga 48 : 4 tahun

Gred 48 hingga 52 : 4 tahun

Gred 52 hingga54 : 3 tahun

Jumlah tahun : 14 tahun


Sekadar makluman juga, Gred 54 ini adalah setara dengan pangkat Prof. Madya.




Semakin tinggi pangkat, semakin berat tanggungjawab.
Semakin berat tanggungjawab, semakin banyak persoalan yang akan dibebankan di akhirat nanti.
Semoga kita sama-sama menjadikan dunia ini ladang untuk akhirat ^^


SYUKRAN