Hari Bebas Merokok

Thursday, May 27, 2010

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan di dalam post yang lepas, setelah berkenalan tentang Green Lung Team UKM, kali ini saya ingin mewarwarkan kepada seluruh warga UKM tentang aktiviti yang bakal berlangsung pada 31 Mei 2010 ini, di UKM oleh Green Lung. Berikut merupakan di serba sedikit maklumat yang saya perolehi.

i. TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 31 Mei 2010 (Isnin)

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : Seluruh kampus Universiti Kebangsaan Malaysia

ii. MISI

Memastikan kesinambungan dan kelestarian program pengawalan amalan merokok pada masa hadapan.

iii. MATLAMAT

a. Menjadikan tarikh 31 Mei setiap tahun sebagai Hari Bebas Merokok di seluruh kampus Universiti Kebangsaan Malaysia.

b. Melahirkan warga universiti yang sihat dan bebas dari pengaruh rokok, kini dan pada masa hadapan.

    1. Mewujudkan mahasiswa-mahasiswi yang peka terhadap isu pengawalan amalan merokok.
    2. Menjadikan kampus UKM sebagai wadah perubahan bagi warga yang merokok kepada warga yang bebas rokok.

iv. PERINCIAN PROGRAM

a. Pameran

Poster- poster berkenaan isu merokok, bahaya merokok dan pengetahuan yang berkaitan dengan isu tersebut akan dipamerkan di bahagian hadapan Pusanika

b. Quit Clinic Booth di PUSANIKA

Unit operasi Quit Clinic dari Fakulti Pergigian akan membuka satu gerai pameran dan memberi khidmat kaunseling kepada mereka yang mempunyai inisiatif untuk berhenti merokok pada hari tersebut di bahagian hadapan Pusanika.

c. Tayangan Video

Video ataupun tayangan multimedia akan ditayangkan di setiap pejabat pentadbiran fakulti serta mana- mana bahagian kampus serta laluan- lauan utama yang mempunyai kemudahan tayangan video.

d. Penguatkuasaan

InsyaAllah sebuah unit penguatkuasaan yang memantau aktiviti warga universiti pada 31 Mei 2010 akan ditubuhkan. Unit tersebut mempunyai kuasa untuk memberi tindakan kepada warga universiti yang di dapati merokok di dalam kawasan universiti. Bentuk tindakan ataupun hukuman bergantung kepada tetapan pihak universiti.




Ayuh, sebagai warga yang prihatin, terutamanya warga UKM, mari kita sama-sama menjayakan hari ini sebagai Hari Bebas Merokok dalam usaha untuk menyedarkan rakyat Malaysia yang kita kasihi tentang nikmat hidup tanpa merokok.

InsyaAllah selangkah kita berusaha, walaupun kecil, Tuhan Maha Mengetahui. Jom berhenti merokok! (kepada sesiapa yang merokok dan teringin untuk merokok:))

Wallahua'lam

Green Lung Team UKM, Pendedahan Baru Masyarakat Bebas Merokok

Wednesday, May 26, 2010

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, segala puji atas nikmat dan kurniaNya, Fakulti Farmasi boleh melangkah setapak lebih jauh lagi dengan tertubuhnya persatuan Green Lung Team UKM. Berikut merupakan sedikit sebanyak latar belakang penubuhan Green Lung Team UKM.



Di Malaysia terdapat lebih kurang 10,000 kematian setiap tahun yang berhubungkait dengan amalan merokok. Satu daripada setiap 4 orang dewasa di negara ini adalah perokok. Lebih membimbangkan lagi, pakar kesihatan menganggarkan bahawa setiap hari seramai 50 orang remaja di Malaysia memulakan tabiat merokok.



Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah ini Green Lung Team UKM ditubuhkan. Green Lung Team UKM merupakan kumpulan yang baru diwujudkan dalam Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi (PMFFAR). Kumpulan ini diasaskan oleh pelajar Fakuliti Farmasi dan turut menggabungkan wakil pelajar dari fakulti- fakulti lain seperti Fakulti Perubatan, Pergigian dan Sains Kesihatan Bersekutu. Green Lung Team UKM juga dalam proses menjalinkan usahasama bersama pelajar dari fakulti- fakulti yang terdapat di Kampus Bangi, UKM. Kumpulan ini ditubuhkan selepas seramai empat orang pelajar farmasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia berpeluang menyertai Capacity Building Workshop: Creating Tobacco Control Youth Leaders among Undergraduate Students in Malaysian Universities anjuran Pusat Racun Negara (PRN) dan Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama World Health Organization (WHO). Berbekalkan ilmu dan pendedahan yang diperolehi, keempat- empat wakil pelajar ini mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah kumpulan yang mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya pengawalan tembakau dan rokok yang diberi nama Tobacco Control Team seterusnya ditukarkan kepada Green Lung Team UKM. PRN adalah antara badan yang bertanggungjawab memberi ilham dalam penghasilan kumpulan ini yang bukan sahaja di tubuhkan di UKM tetapi sudah lama bertapak di universiti- universiti lain iaitu UM, USM, UIA serta UiTM.


Green Lung Team UKM memulakan langkah pertama dengan menganjurkan Bengkel Pengawalan Tembakau dengan kerjasama dari PRN di Kolej Tun Syed Nasir dan memperoleh jumlah penyertaan di luar jangkaan. Kumpulan ini meneruskan usaha dengan mengadakan pameran ketika Hari Konvokesyen UKM dan sewaktu program Festival 1 Malaysia anjuran Jawatankuasa Mahasiswa/i (JAKSA) Kolej Tun Syed Nasir. Baru- baru ini juga kami juga berjaya mendapatkan suara dari Fakulti Pergigian, Fakulti Perubatan dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, di mana setiap fakulti tersebut menghantar wakil untuk menyertai Green Lung Team UKM.


Kini, kami ingin maju setapak lagi kehadapan dan seterusnya meletakkan UKM sebaris dengan universiti terulung di Malaysia dan dunia. Seiring dengan kejayaan UKM yang telah mencapai umurnya yang ke 40 tahun, kami ingin menjadikan tarikh 31 Mei 2010 sebagai Hari Bebas Merokok di seluruh kawasan universiti. (Rujuk post seterusnya)


Sehubungan itu, kami ingin menyeru agar seluruh warga UKM menyokong usaha ini. Kami yakin dan percaya ini adalah salah satu langkah terbaik dalam membangkitkan semula usaha menghapuskan kegiatan merokok di kawasan universiti dan seterusnya mewujudkan budaya yang sihat dan bersih serta bertanggungjawab terhadap alam sekitar.








InsyaAllah di atas merupakan serba sedikit latar belakang sebuah kelab yang berusaha dalam mendidik dan melahirkan masyarakat sihat yang bebas merokok. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut aktiviti dan perkara-perkara terkini yang dijalankan oleh kelab ini, bolehlah melayari http://www.facebook.com/pages/Green-Lung/116462678499 . Sehubungan itu, saya ingin menyeru kepada sesiapa yang membaca post ini umumya dan pelajar Fakulti Farmasi UKM khusunya, untuk sama-sama menyokong sepenuhnya usaha rakan-rakan kita dalam berbakti kepada masyarakat dan dalam masa yang sama menaiktarafkan Fakulti yang kita sayangi ini ke peringkat dan persada yang lebih jauh lagi. InsyaAllah.

Wallahua'lam

Takwim Perancangan PMFFAR Sesi 2010/11

Tuesday, May 25, 2010

0 comments

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

InsyaAllah dengan entry post yang lepas berkenaan takwim akademik bagi seluruh UKM, post kali ini pula lebih menjurus kepada aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi UKM. Jangkaan masa yang dirancang boleh diubah mengikut kesesuaian mahupun keadaan.

Bil

Program

Jangkaan Masa

1

Hari Interaksi Pelajar Farmasi

24 Julai 2010

2

Majlis Ikrar Pelajar Farmasi

28 Julai 2010

3

Gerai Pameran dan Klinikal Konvokesyen UKM ke-38

Ogos 2010

4

Program Kesedaran Farmasi

Oktober 2010

5

Mesyuarat Agung Farmasi 2011

9 Mac 2011

6

Majlis Penganugerahan Pelajar 2011 @ Pharmanight 2011

19 Mac 2011

7

Penerbitan Majalah Pharmaline

Julai 2011

8

Speaker’s Corner

September 2010

9

Program Motivasi dan Kecemerlangan Diri

Ogos 2010

10

Lawatan Akademik

· Dalam Negara

· Luar Negara

Mei 2010

Aktiviti-aktiviti yang tersenarai di atas merupakan aktiviti tahunan yang akan berjalan setiap tahun. Antara aktiviti-aktiviti lain yang masih dalam perancangan PMFFAR ialah:-

i. Pertandingan Futsal

ii. Penerbitan Majalah Bulanan

iii. Kem Motivasi Pelajar

iv. Hari Kerjaya

InsyaAllah, kita merancang, Allah yang menetukan. Moga setiap perancangan yang telah dirancang berjalan dengan lancar.

Wallahua’lam

p/s:post ini dipapar dengan kebenaran YDP PMFFAR, Saudara Muhamad Fareed bin Mohamad Saroni

Tarikh Sesi Akademik 2010/2011

Monday, May 24, 2010

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

InsyaAllah, semoga jadual yang saya paparkan di bawah dapat membawa manfaat bersama dalam merancang kehidupan kita untuk semester hadapan. Wallahua'lam

PRASISWAZAH- KAMPUS INDUK BANGI, FSKB & FKAB Tahun 1 dan 2

Fakulti

Kegiatan

Semester 1

Tarikh

Tempoh

FEP

Pendaftaran Diri Pelajar Baru & Minggu Mesra Pelajar (MMP)

4 Julai - 9 Julai 2010

1 minggu

FKAB

FPEND

Perkuliahan

12 Julai - 8 Sept 2010

9 minggu

FPI

Cuti Pertengahan Semester/Cuti Perayaan

9 Sept - 19 Sept 2010

1 minggu

FST

Perkuliahan

20 Sept - 20 Okt 2010

5 minggu

FSKB

Cuti Ulangkaji

FSSK

Peperiksaan

25 Okt - 14 Nov 2010

3 minggu

FTSM

Cuti Semester

15 Nov - 19 Dis 2010

5 minggu

FUU

FFARM

Fakulti

Kegiatan

Semester 2

Tarikh

Tempoh

FEP

Perkuliahan

20 Dis 2010 - 28 Jan 2010

6 minggu

FKAB

FPEND

FPI

Cuti Pertengahan Semester/Cuti Perayaan

29 Jan - 6 Feb 2011

1 minggu

FST

Perkuliahan

7 Feb - 1 April 2011

8 minggu

FSKB

Cuti Ulangkaji

2 - 10 April 2011

1 minggu

FSSK

Peperiksaan

11 - 30 April 2011

3 minggu

FTSM

Cuti Semester

1 Mei - 24 Julai 2011

12 minggu

FUU

Fakulti

Kegiatan

Semester 3

Tarikh

Tempoh

FEP

Perkuliahan

2 Mei - 17 Jun 2011

7 minggu

FKAB

FPEND

FPI

FST

FSKB

Peperiksaan

20 - 25 Jun 2011

1 minggu

FSSK

FTSM

FUU

FFARM

Semester 1

Cuti Hari Kemerdekaan - 31 Ogos 2010 (Selasa)

Cuti Tambahan 2010 - 09 September 2010 (Khamis)

Cuti Hari Raya Aidil Fitri - 10 dan 11 September 2010 (Jumaat dan Sabtu)

Cuti Tambahan 2010 - 04 November 2010 (Khamis)

Cuti Hari Deepavali 05 November 2010 (Jumaat)

Cuti Hari Raya Aidil Adha - 17 November 2010 (Rabu)

Semester 2

Cuti Awal Muharam (Maal Hijrah) - 8 Disember 2010 (Rabu)

Cuti Hari Krismas - 25 Disember 2010 (Sabtu)

Cuti Hari Tahun Baru Cina - 03 dan 04 Februari 2011 (Khamis dan Jumaat)

SYUKRAN