Pendaftaran Kursus Semester 1 Sesi Akademik 2010-2011

Thursday, June 24, 2010

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, baru-baru ini saya mendapat SMS dari salah seorang pelajar bertanyakan tarikh pengesahan kursus. InsyaAllah, berikut adalah maklumat mengenai pendaftaran kursus semester 1 sesi akademik 2010-2011. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web http://smp.ukm.my/smpweb/

Diharap maklumat ini dapat membantu kita bersama dalam meningkatkan kesedaran tanggungjawab masing-masing.

Sekian

Wassalam

p/s:kalau rajin, buat reminder:). insyaAllah tiada lagi aduan tiba2 dah luput tarikh...:)

Gomen ne...

6 comments

Seuntai kata khas untuk seseorang dan juga renungan buat diri…

---**---

Andai kau di pihak kebenaran,

Tidak akan kau takut untuk meluahkan,

Pada kebenaran yang menyakitkan.

Tidak akan kau tunduk kepatuhan,

Pada kepalsuan yang penuh pendustaan.

Ya...

Aku tidak takut

Aku tidak gentar

Kerana aku percaya

Akan apa yang aku pegang

InsyaAllah...

Pasti…

Bukan yang ku pegang ini sebuah mainan

Atau sekadar realiti di alam fantasi

Hakikatnya ia kebenaran yang menanti kemenagn

Dan menuntut pada pengorbanan

Benar..

Tidak akan ku lelah menjulang

Pada kalimah yang diagungkan

Andai si Dia masih mengizinkan

Untuk aku terus menjadi seorang pejuang

Yang sabar, tabah dan redha di jalannya

Sungguh…

Tidak aku dihidangkn pada kenikmatan dan kebahagiaan dunia

Bahkan aku disuakan dengan peritnya neraka dan jauhnya syurga

Andai aku silap dalam mengatur langkah

Leka menyanjung dunia

Dan…

Bukan jawatan dan pangkat yang kuidamkan

Tidak ingin aku merasa kelazatannya

Percayalah…

Ingin sekali aku jauh

Sembunyi

Berdiam diri

Menjadi rahsia buat diri

Andai bukan ketetapanNya

Pasti di sini bukan tempatnya aku berada

Inilah…

Kata hati yang menjerit minta disuarakan

Namun sering kali hati, ilmu dan amal bertingkah.

Menuntut diberi keutamaan

Mengata diri yang paling benar

Pada semua…

Ku mohon kemaafan,

Andai tersilap pada segalanya

Kerana aku masih insan yang lemah

Dan berusaha merubah

Maafkan aku…

Jadual Bayaran Biasiswa JPA bagi Semester I Sesi 2010/2011

Wednesday, June 23, 2010

5 comments

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum wbt dan Salam Sejahtera

Seperti yang saya sebutkan di atas, Alhamdulillah dan InsyaAllah, bayaran biasiswa tajaan JPA bagi pelajar yang mengambil tajaan ini akan mendapat bayaran penuh untuk semester 1 sesi 2010/2011 adalah pada 17 Julai 2010. Informasi ini diperoleh dari pengumuman akademik di http://www.ukm.my/e-pelajar/ bertarikh 18 Mei 2010. Berikut merupakan informasi dari sumber asal:

Jadual Bayaran Biasiswa JPA bagi Semester I Sesi 2010/2011 [atas]

Dilampirkan jadual bayaran biasiswa tajaan JPA bagi Semester 1 Sesi 2010/2011 untuk makluman para pelajar (selain dari kursus Perubatan & Pergigian). Bayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar. Bayaran bagi pelajar kursus Perubatan & Pergigian telah pun dikreditkan pada 16 & 17 April 2010.Sehubungan itu para pelajar diingatkan agar membuat bayaran yuran pengajian & penginapan sendiri melalui kaedah-kaedah yang telah ditetapkan.

Sila
klik untuk maklumat lanjut.

(epelajar/bul/bil.18052010-10)

Sumber: http://www.ukm.my/e-pelajar/akademik_content.htm#19052010-11

Alhamdulillah. Sama-sama kita doakan agar perancangan ini berjalan seperti yang dirancang. insyaAllah. Semoga duit yang diperoleh ini digunakan sebaik mungkin. Ingatlah, ini duit rakyat untuk kita, mahasiswa, agar dapat mudah belajar dan dapat memulangkan semula duit ini kepada masyarakat suatu hari nanti. Oleh itu, berjimat-cermatlah. Manfaatkan sebaik mungkin. Duit ini pasti akan disoal di akhirat nanti. InsyaAllah, pesanan ini buat diri sendiri juga. Ameen

Sekian

Wassalam

Tarikh Kemasukan Mahasiswa/i bagi Sesi 2010/2011

Monday, June 14, 2010

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, akhirnya cuti selama 2 bulan hampir sampai ke penghujungnya buat kebanyakan mahasiswa/i UKM, terutamanya Fakulti Farmasi. Moga cuti kali ini menjadi cuti paling bermanfaat dan semoga cuti masa akan datang adalah lebih baik. InsyaAllah.

Di sini ada beberapa makluman yang saya ingin ketengahkan meskipun sebahagiannya telah saya paparkan di laman facebook PMUKM Fakulti Farmasi 2009/2010.

Sesi pengajian 2010/2011 akan bermula pada 12 Julai 2010

Senarai penempatan (K1, K4, K5 dan Plaza Rah)bagi seluruh warga mahasiswa/i KTSN telah keluar. Mahasiswa/i bolehlah memeriksa di pejabat kolej.

Bagi sesiapa yang ingin pulang awal ke kolej, bolehlah berbuat demikian. Namun, bayaran akan sewa akan dikenakan. Pendaftaran paling awal dibuka adalah pada hari Sabtu, 10 Julai 2010. Pada hari Ahad pula, pejabat hanya buka sehingga jam 1 tgh.

Sekian untuk makluman

Wallahua'lam
'Suara Anda Keutamaan Kami'

Palestin vs World Cup 2010??? 2

Sunday, June 13, 2010

1 comments

...ni sebenarnya sambungan artikel (???-->gambar) di bawah. Atas sebab-sebab tertentu, saya terpaksa pisahkan...


Di sini juga saya sangat ingin kongsikan sebuah artikel yang saya baca di blog Ustaz Pahrol. http://genta-rasa.com/2010/06/05/mari-demonstrasi-hari-hari/#more-1032.



MARI KITA DEMONSTRASI HARI-HARI!

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.



“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”



Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.



“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”



“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”



“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.



“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”



“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”



“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”



Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”



Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”



“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”



Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”



“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “



“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”



Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?



Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!



Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?





Baris demi baris ayat dibaca akhirnya timbul persoalan dalam diri:

1. Sanggupkah diri ini berhenti minum milo yang minuman itu telah menjadi darah daging aku sejak aku kecil lagi?
2. Sanggupkah menukar telefon bimbit nokia yang digunakan?
3. sanggupkah bangun qiyamullail setiap malam?

4.Sanggupkah bangun subuh bersolat jemaah???

Ya Allah...setakat inipun sukar untuk diri ini lakukan...masakan aku mampu untuk berjihad bersemuka menentang golongan kuffar...Andai nafsu dalam diri masih kuat mencengkam , lantas bagaimana ya Allah, untuk aku mampu bersemuka dengan saudara ku yang saat ini sedang berjuang?...Aku malu ya Allah...Sungguh, besar manakah iman yang tersemat dalam jiwa ini ya Allah? Adakah sekadar umpama debu yang hinggap di badan dan bisa ditanggalkan dengan mudah???



Erti Qunut Nazilah



Ya Allah, kami letakkan Engkau di batang leher musuh kami, dan kami berlindung danganMu dari kejahatan mereka. Ya Allah leburkan kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai -beraikanlah pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing-anjingMu ke atas mereka, wahai Tuhan yang Gagah Perkasa, wahai Tuhan yang Penuh Raksasa, wahai Tuhan yang bersifat murka. Ya Allah, ya Allah, ya Allah. Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang mengarakkan awan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab, kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka.


Sekian


Wallahua'lam








Palestin vs World Cup 2010???

Saturday, June 12, 2010

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera


Bukan niat untuk mencela ataupun menghina.

Sekadar renungan dan iktibar untuk dihayati bersama.

Saat tiada kata yang wajar dijadikan bicara.

Hanya wajah-wajah dan gambar-gambar melakar makna.

Menjadi saksi

Antara duniawi dan ukhrawi.

Antara seruan jihad dan nafsu yang melalaikan.

Antara kesedaran dan kealpaan.

Antara yang musuh dan sahabat.

Antara Allah dan kekasihNYA, Muhammad SAW dengan syaitan yang dilaknat…

A picture do tell thousands words....



Palestin
vs
Bola???

















































































































































































































































































Pertemuan Pemangkin Persefahaman 2

Wednesday, June 9, 2010

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah selepas pertemuan pertama saudari Nur Ili bt Mohamad Tarmizi, MPP FSKB 3/4, pada 15/3/2010, (http://ilimppfskb.blogspot.com/search/label/pertemuan%20ringkas) kami di pihak MPP Mahasiswa, Mariah binti Zakaria, MPP Farmasi dan Nasiha binti Omar, MPP FPER 1/2, sekali lagi mengambil langkah susulan bertemu dengan En Fairuz Mohd Rafdzi, Penolong Pendaftar UKM Kampus Kuala Lumpur untuk mengetahui tindakan lanjut pihak pentadbiran tentang laporan dan aduan yang telah kami suarakan. Pertemuan ini diadakan pada 8/6/2010 sekitar jam 11.00 pagi. Tiga perkara utama yang telah kami bangkitkan ialah berkenaan kemudahan pembelajaran, kafeteria dan pengangkutan. Berikut merupakan catitan kami buat rujukan bersama;

i. Kemudahan pembelajaran

Seperti yang sedia maklum, kemudahan-kemudahan di semua dewan kuliah di Kampus Kuala Lumpur mengalami masalah kerosakan. Ini kerana telah lama dewan-dewan kuliah ini tidak dinaiktaraf. Masalah kerosakan penghawa dingin juga tidak terkecuali. Aduan-aduan ini sebenarnya telah lama kedengaran. Sudah beberapa kali perkara ini dibawa ke dalam mesyuarat oleh pihak pentadbiran. Namun tiada tindakan susulan yang telah diambil. Oleh itu, baru-baru ini, menurut En Fairuz, di Mesyuarat Pengurusan Kampus Kesihatan yang melibatkan pentadbiran di Cheras dan juga di KL, dekan-dekan Kampus KL telah menyuarakan tentang kerosakan yang dialami di Kampus KL ini. Disebabkan banyak aduan yang diperolehi, pihak atasan bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Pengurusan Kampus Kuala Lumpur. Mesyuarat ini baru pertama kali dijalankan pada bulan lepas. Mesyuarat ini akan diadakan setiap 2 bulan sekali dan dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan Basri. InsyaAllah dengan tertubuhnya mesyuarat ini, aduan dan masalah di Kampus Kuala Lumpur diharap akan berkurangan. Menurut En Fairuz lagi, Dewan Kuliah 3 (DK 3) akan dibaiki semester hadapan. Manakala 3 lagi dewan kuliah akan dibaiki pada tahun hadapan. Masalah penghawa dingin dan pendawaian elektrik juga akan dibaiki secara berperingkat. Pembaikian bermula dengan tapak MB (menempatkan blok N,P,Q dan seterusnya) dan kemudian diikuti dengan tapak MA (menempatkan blok A,B, C, dll). Tidak terkecuali juga masalah tandas. Masalah sistem takungan tandas akan dibaiki secara berperingkat.



ii. Kafeteria

Sememangnya pelbagai aduan tentang kafeteria yang kami di pihak MPP terima. Menurut En Fairuz, pihak pentadbiran juga tidak terkecuali dari menerima aduan tentang kafeteria daripada kakitangan. Pada 28 April 2010 dan 7 Jun 2010, En Fairuz telah bertemu dengan pengusaha cafeteria. Beberapa perkara telah dibincangkan. Antaranya En Fairuz memohon pihak pengusaha suapaya meningkatkan kebersihan dan menetapakn harga pada kadar yang tetap.Ini adalah salah satulangkah jangka masa pendek. Manakala sebagai tindakan lanjut untuk memastikan seliaan terhadap kafe pada jangka masa panjang, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Pematuhan Perkhidmatan Kafeteria yang khusus untuk menyelia kafe di KTSN dan juga di Kampus KL. Jawatankuasa ini dilantik oleh Mohd. Abd. Rashid Mohd Fadzil yang terdiri daripada pihak pentadbiran mahupun pelajar. Menurut En Fairuz, disebabkan ketiadaan sebuah jawatankuasa khas yang bertempat di KL yang memantau kafeteria sebelum inilah yang menyebabkan timbul beberapa masalah. Selain itu, mahasiswa/i juga digalakkan untuk membuat aduan. Sekiranya mahasiswa/i tidak berpuas hati, bolehlah menuliskan sebab, tarikh, masa, kenapa dan maklumat diri. Adalah lebih baik juga jika gambar dapat diambil sebagai bukti. Ini bagi memudahkan pihak pentadbiran untuk mengemukakan bukti atau saksi sekiranya diperlukan. Mahasiswa bolehlah membuat aduan di atas kertas kosong, mahupun menghantar email terus kepada En Fairuz, mrfairuz@ppukm.ukm.my. Ini kerana tiada borang aduan khas yang disediakan. Untuk makluman mahasiswa juga, perkhidmatan kafeteria ini berakhir pada bulan Oktober ini. Sekiranya jawatankuasa khas yang akan ditubuhkan bersetuju untuk melanjutkan perkhidmatan, maka kontrak akan dilanjutkan. Oleh itu aduan dan pendapat mahasiswa amat penting untuk pihak jawatankuasa membuat keputusan.







iii. Pengangkutan

Masalah dari segi pengangkutan juga tidak terlepas dari pemerhatian kami. Terdapat pelajar memberi aduan pemandu bas memandu secara tidak beretika, berbau rokok di dalam bas dan sebagainya. Setelah kami ajukan masalah ini, beberapa maklumat baru kami peroleh. Bas yang yang menggunakan perjalan dari Kampus KL ke Banggunan Yayasan Selangor dan akhirnya ke KTSN dan sebaliknya, adalah bas dari perkhidmatan ELTABINA JAYA SDN BHD. Perkhidmatan ini termasuk juga pemandu. Terdapat 3 buah bas berwarna biru merupakan bas dari perkhidmatan syarikat ini. Dua buah van yang digunakan pelajar untuk ke Kg Baru juga terletak di bawah perkhidmatan ELTABINA JAYA SDN. BHD. Manakala bas UKM pula adalah bas yang berwarna putih yang mempunyai lambang UKM. Bas ini digunakan untuk membawa pelajar pergi dan pulang dari Kampus KL ke PPUKM sahaja. Oleh itu, sebarang aduan berkenaan bas yang membawa mahasiswa pergi dan pulang ke KTSN (kecuali sebuah bas putih yang tidak mempunyai penghawa dingin) adalah ditujukan kepada syarikat ELTABINA JAYA SDN. BHD. Namun begitu, masalah ini telah kami suarakan kepada En Fairuz untuk disampaikan kepada pihak syarikat berkenaan. Terdapat juga aduan dari mahasiswa/i berkenaan masalah pengangkutan pada hari Sabtu dan pengangkutan ke PPUKM. Untuk makluman mahasiswa/i, pengangkutan pada hari Sabtu tidak disediakan. Ia adalah berdasarkan permohonan pelajar. Bas yang disediakan setiap hari Sabtu pada sesi lepas adalah berdasarkan permohonan dari Fakulti Perubatan. Oleh itu, bagi pihak yang ingin menggunakan perkhidmatan bas pada hari Sabtu bolehlah mengemukakan permohonan. (InsyaAllah saya sebagai MPP Farmasi akan menyuarakan masalah ini kepada pihak Fakulti Farmasi). Selain itu, pengangkutan ke PPUKM juga berdasarkan permohonan pelajar. Terdapat 2 kali perjalan bas dari Kampus KL ke PPUKM iaitu pada jam 7.15 pagi dan 1.15 tgh. Manakala perjalanan pulang dari PPUKM ke Kampus KL hanya sekali iaitu pada jam 5.15 petang. (Masalah ini juga saya akan cuba keutarakan ke pihak fakulti mewakili mahasiswa/i tahun 3 dan 4). Selain itu, untuk makluman siswa/i, perkhidmatan bas akan ditambah sebuah lagi pada sesi depan. Ini bagi mengatasi masalah tidak cukup bas ketika ‘pick hour’.



Alhamdulillah, hasil pertemuan dengan En fairuz, kami mendapat penjelasan yang baik dari beliau mengenai isu kebajikan. Memandangkan masa tidak mengizinkan iaitu menghampiri pukul 1 ptg, masalah kemudahan ATM akan disuarakan dan dipanjangkan pada pertemuan berikutnya beserta perkembangan tindakan susulan yang telah dibuat oleh pihak berwajib berkenaan isu kebajikan di atas, Insyaallah. Diharap mahasiswa dapat bersabar.



‘KE ARAH MAHASISWA PROFESIONALISME UNGGUL’

Sekian.

Wallahua’lam

SYUKRAN