Gomen ne...

Thursday, June 24, 2010

Seuntai kata khas untuk seseorang dan juga renungan buat diri…

---**---

Andai kau di pihak kebenaran,

Tidak akan kau takut untuk meluahkan,

Pada kebenaran yang menyakitkan.

Tidak akan kau tunduk kepatuhan,

Pada kepalsuan yang penuh pendustaan.

Ya...

Aku tidak takut

Aku tidak gentar

Kerana aku percaya

Akan apa yang aku pegang

InsyaAllah...

Pasti…

Bukan yang ku pegang ini sebuah mainan

Atau sekadar realiti di alam fantasi

Hakikatnya ia kebenaran yang menanti kemenagn

Dan menuntut pada pengorbanan

Benar..

Tidak akan ku lelah menjulang

Pada kalimah yang diagungkan

Andai si Dia masih mengizinkan

Untuk aku terus menjadi seorang pejuang

Yang sabar, tabah dan redha di jalannya

Sungguh…

Tidak aku dihidangkn pada kenikmatan dan kebahagiaan dunia

Bahkan aku disuakan dengan peritnya neraka dan jauhnya syurga

Andai aku silap dalam mengatur langkah

Leka menyanjung dunia

Dan…

Bukan jawatan dan pangkat yang kuidamkan

Tidak ingin aku merasa kelazatannya

Percayalah…

Ingin sekali aku jauh

Sembunyi

Berdiam diri

Menjadi rahsia buat diri

Andai bukan ketetapanNya

Pasti di sini bukan tempatnya aku berada

Inilah…

Kata hati yang menjerit minta disuarakan

Namun sering kali hati, ilmu dan amal bertingkah.

Menuntut diberi keutamaan

Mengata diri yang paling benar

Pada semua…

Ku mohon kemaafan,

Andai tersilap pada segalanya

Kerana aku masih insan yang lemah

Dan berusaha merubah

Maafkan aku…

6 comments:

Menapak kubur said...

Untuk seseorang??????????
Untuk siapakah????
Hahaha

Mariah Zakaria said...

haha utk seseorg yg x brani nk ckp depn2. hehe.

bint hamdi said...

marya!!!!!.....akak suke poem ni...!!....ttbe rse tegak bulu roma plak...

Unknown said...

haha. akak xperlu kot tanda seru macm tu skali. sy yg rasa tegak bulu roma saya. hehe

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
bint hamdi said...

hihihi...takot akak pnggil awk xdgr je...2 y letak byk2 tnde seru...heee...

SYUKRAN