Tarikh Akhir Penginapan di KTSN Semester 2, 2009/2010

Tuesday, April 27, 2010

0 comments

PERHATIAN SISWA/I KTSN

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim


Asslamualaikum wbt


Setelah sekian lama blog ini sepi tanpa perkembangan terbaru, InsyaAllah di sini ada beberapa perkembangan terbaru yang saya peroleh yang ingin saya kongsi bersama.


Namun sebelum itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada mahasiswa/i yang telah berjaya menempuh minggu-minggu peperiksaan yang mendebarkan dengan jayanya dan saya juga ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk memanfaatkan masa cuti yang akan datang sebaik mungkin. Masa yang datang hanya sekali dan tidak akan berulang lagi. Penuhkan masa cuti dengan perkara-perkara yang tidak berkesempatan dilakukan sepanjang semester. Dan bagi siswa/i yang masih belum habis, mari kita berjuang hungga saat terakhir :).


Memandangkan ramai yang bertanya tentang penyimpanan barang semasa cuti, di sini ada beberapa maklumat terbaru yang saya peroleh dari papan kenyataan di pejabat.



  1. Semua pelajar diminta mengosongkan bilik sebelum atau pada tarikh akhir penginapan semester 2 sesi 2009/2010 (boleh rujuk jadual di post saya yang berikut)
  2. Sila pulangkan kunci di pejabat kolej dan meninggalkan bilik dalam keadaan bersih, kunci yang hilang dan tiada nombor di kunci akan didenda sebanyak RM 10.00

  3. Pejabat pentadbiran akan dibuka untuk urusan daftar keluar/masuk kolej pada hari-hari kerja dan juga

    · 1 Mei 2010(Sabtu) Masa : 8.00 a.m. – 5.00 p.m.

    · 2 Mei 2010 (Ahad) Masa :8.00 a.m. - 1.00 p.m.


  4. Sila pastikan semua punca elektrik dimatikan dan pintu dikunci sebelum meninggalkan bilik.

  5. Kepada pelajar yang menjalani latihan industri dan menginap/menyewa semasa cuti Semester 2 (luar sem), sila datang ke pejabat kolej untuk mengisi borang.


  6. Stor bagi penyimpanan barang-barang semasa cuti ini tidak disediakan dan anda perlu membawa pulang semua barangan anda. Namun, anda bolehlah mnyimpan barang di

    · Bilik bacaan Blok A Aras 2


    · Bilik bacaan Blok B Aras 2


    · Bilik bacaan Blok D Aras 2


    · Bilik bacaan Blok F Aras 2


    · Bilik bacaan Blok G Aras 2


    · Bilik bacaan Blok H Aras 2


  7. Sekiranya barang tidak dibawa pulang dan ditinggalkan di dalam bilik, caj bilik akan dikenakan mengikut kadar berikut
  • Bilik Single (KTSN 1) - RM 3.40/Sehari/Seorang

  • Bilik Double / Blok 6&7 - RM 2.50/Sehari/Seorang

  • Bilik di Kolej 3,4 & 5 - RM 4.60/Sehari/Seorang
  • Plaza Rah - RM 7.50/Sehari/Seorang



Akhir sekali, PERHATIAN BUAT SISWA/I YANG MEMOHON PERTUKARAN TEMPAT MENGINAP SEMESTER AKAN DATANG, BOLEHLAH MELIHAT KEPUTUSAN PERMOHONAN ANDA DI PAPAN KENYATAAN BERDEKATAN BILIK JAKSA BERMULA HARI INI.

Syukran Jazilan

Selamat Berjuang!

Thursday, April 8, 2010

0 comments
















Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Bukan kejayaan menjadi ukuran, bahkan usahalah yang menjadi penilaian.
Peperiksaan akhir semester semakin hari, semakin hampir. Suasana tegang menatap nota kian dirasai. Setiap detik yang berlalu menjadi sangat bererti. Di saat sibuk menelaah pelajaran, jangan kita lupa pada kewajipan. Solat jangan tinggal, puasa sunat jangan diabaikan, baca Quran sangat digalakkan..:). Marilah kita sama-sama hayati ayat alQuran di bawah. Pedoman buat mereka yang sedang gigih berusaha.

".....Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakkal."

Surah Al-Imran, ayat 159


Berusahalah sehabis mungkin untuk menuntut ilmu. Bulatkan tekad, berazamlah bersungguh-sungguh. Tetapkan matlamat dan kemudian serahkanlah pada Allah. Janganlah ilmu yang diperoleh hanya menjadi lakaran sebatang pena di atas hamparan sekeping kertas tanpa lansung memberi manfaat pada tuan punya badan. Mari kita sama-sama cuba sedaya upaya mengamalkan dan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh agar ilmu itu menjadi saksi di hadapan Allah. Itulah hakikat seorang penuntut walau berat untuk dipikul.

Manusia itu lemah,
Memang itu hakikat penciptaannya.
Namun,
Manusia itu jualah khalifah,
Pemimpin dunia.
Andai khalifah menyerah kalah,
Dunia pasti musnah.


Berjuanglah hai sahabat,
Jangan lemah,
Jangan menyerah kalah.
Ujian ini hanya di dunia yang fana,
Sebelum tiba ujian sebenar di akhirat sana.

"SEMOGA BERJAYA!
MULAKAN DENGAN BISMILLAH,
AKHIRI DENGAN ALHAMDULILLAH,
SERAHKAN SEGALANYA PADA ALLAH,
FAIZA AZAMTA FATAWAKKAL ALALLAH:) "

InsyaAllah pesanan ini buat diri sendiri dan juga rakan-rakan sekalian.



Isu Penempatan Pelajar di KTSN

Tuesday, April 6, 2010

0 comments
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada ilahi atas nikmat dan kurniaNya kita masih mampu untuk hidup dalam keadaan aman dan selamat sedangkan saudara kita di Palestin saban hari bertarung dengan nyawa mereka. Tidak lupa juga kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta sahabat baginda.

Berkenaan aduan tempat tinggal di KTSN baru-baru ini, saya telah mendapat banyak aduan dari pelajar Farmasi. Sebagai tindakan lanjut, saya telah berjumpa dengan En Noor Alaudin bin Abd Wahab, Timbalan Pengetua 1, Kolej Tun Syed Nasir pada 5 April 2010, jam 10.30 malam di pejabat KTSN. Turut ditemani oleh sahabat MPP saya, Nasiha binti Omar, MPP FPER 1/2.

Di kesempatan ini , beberapa persoalan telah saya kemukakan. Antaranya ialah cara pengagihan pelajar di Kolej. Cara pengagihan adalah sama seperti yang telah saya kemukakan di post saya Kebajikan Mahasiswa/i Keutamaan Kami. Kuota yang ditetapkan untuk tinggal di kTSN 1 adalah 70% pelajar FSKB, 10% pelajar Farmasi, 10% pelajar Pergigian dan 10% pelajar Perubatan. Dan untuk memilih kemasukan adalah berdasarkan merit. Pelajar yang mempunyai merit tinggi adalah yang lebih berhak untuk tinggal di sini. Merit minimum bagi wanita adalah lebih tinggi berbanding merit lelaki. Namun, nilai sebenar saya tidak pasti (En Alau tidak membawa lap top bersama dengannya). Tetapi sekiranya ada pelajar yang meritnya tinggi namun mendapat kolej luar, bolehlah maklumkan kepada saya.

Saya juga telah mengemukakan cadangan kepada En Alaudin untuk meningkatkan jumlah kuota pelajar Farmasi kepada 15% di masa akan datang. Cadangan ini tidak ditolak sepenuhnya oleh En Alaudin, namun, beliau mengatakan perkara ini tidak akan ada kesudahnnya. Pada sesi lepas, kuota 20% Farmasi, 20% Perubatan, 20% Pergigian dan 40% FSKB juga mendapt pelbagai persoalan. Mengapa yang 20% tidak dinaikkan kepada 30%, mengapa pelajar FSKB hanya 40% dan lain-lain. Setelah diubah tahun ini, masalah yang serupa tetap berlaku. Oleh itu, di sini saya ingin menyeru sahabat-sahabat agar menerima apa yang telah ditetapkan oleh kolej dengan hati yang terbuka. Mereka semestinya sebelum menetapkan sesuatu keputusan, mereka telah bermusyawarah dan telah menimbang baik dan buruk keputusan itu semasak-masaknya.

Persoalan buat pelajar yang ingin menukar bilik sesama sendiri dan mereka yang ingin membuat rayuan penukaran tempat tinggal juga telah saya kemukakan kepada En Alaudin. Namun, beliau meminta saya untuk merujuk kepada Dr Ruzita mengenai hal ini. Setelah perkara ini saya rujuk kepada Dr Ruzita, beliau memaklumkan bahawa pelajar tidak dibenarkan menukar bilik sesama sendiri. Ini kerana terdapat pelajar menyewakan bilik mereka kepada sahabat-sahabat mereka yang terdesak inginkan tempat tinggal di kolej. Kesalahan ini sangat besar kerana kemudahan yang disediakan oleh Universiti TIADA sesiapa berhak untuk mengambil keuntungan darinya. Berkenaan rayuan, pelajar sudah boleh membuat rayuan pada hari ini. Borang boleh diambil di pejabat pada hari ini. Borang hendaklah disertakan bersama-sama dengan surat tunjuk sebab. Namun, beliau tidak memberi janji bahawa setiap rayuan dapat dipenuhi kerana ia tertakluk kepada kekosongan

Akhir kalam, isu kolej ini tidak semuanya dapat diselesaikan dengan mudah. Pihak kolej telah membuat yang terbaik untuk bertindak seadil mungkin. Oleh itu, saya menyeru sahabat-sahabat agar sama-sama menerima setiap apa yang Allah tentukan dengan hati yang terbuka. kerana, mungkin apa yang kita suka itu tidak baik untuk kita bahkan yang kita benci itulah yang terbaik untuk kita. Allah Maha Mangetahui. Dia tidak akan menyia-nyiakan setiap permintaan hambaNya. Andai Dia telah menetapkan sesuatu, marilah kita sama-sama menerimanya walaupun pahit. Dia beri apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita mahu.

Sekian,
Wassalam

p/s sekiranya masih ada aduan bolehlah berhubung dengan saya, 013-2649589. Syukran

Khidmat Masyarakat ke Pulau Pangkor

Thursday, April 1, 2010

0 comments
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah hari ini, saya bersama dengan 10 orang pelajar Farmasi tahun 2 dan 5 orang pelajar Farmasi tahun 3, akan bertolak ke Pulau Pangkor pada pukul 12.30 p.m........dan pada pukul 5.30 p.m., insyaAllah kami akan menaiki feri ke destinasi....:). Program ini nama lainnya Program Khidmat Sosial. Program ini WAJIB kami hadiri mengikut giliran. Program ini juga disertai oleh pelajar Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu dan Fakulti Pergigian.

Doakan keselamatan kami sepanjang kami di sana. InsyaAllah kami akan berusaha sebaik mungkin menampilkan imej terbaik seorang bakal pakar dadah masa akan datang....A pharmacist-to-be.....

p/s: Good luck untuk pelajar farmasi yang kena ke PKS di Sentul Selasa depan! Ganbatte! InsyaAllah setiap yang ditakdirkan, pasti ada hikmahnya...Jangan kecewa, jangan risau. Sebab anda semua hebatlah, anda dipilih untuk merancang dan menguruskan SENDIRI pks kali ni...:). Jia You!

Mesyuarat Pertama Pentadbiran Fakulti Farmasi Bersama dengan Pimpinan Baru Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi

0 comments
1/4/2010, 9.00 a.m. - Mesyuarat ini merupakan mesyuarat kali ke-5 di antara pentadbiran dan PMFFar dan turut disertai wakil Persatuan Mahasiswa UKM Fakulti Farmasi. Namun bagi PMFFar sesi 2009/2010 dan saya sendiri, ini adalah mesyuarat pertama kami. Antara agenda utama mesyuarat ini ialah pengesahan minit mesyuarat yang lepas, pembentangan aktiviti oleh Yang di-Pertua PMFFAr dan perkara-perkara berbangkit.

Pelbagai aktiviti yang dirancang disuarakan. Aktiviti-aktiviti ini akan saya sertakan dalam post akan datang. Namun, yang menjadi tarikan dan perhatian utama saya ialah apabila Yg. Bhg Dekan menasihati kami kerana perangai "nakal" kami di dalam kelas. Ibarat seorang ayah menasihati anaknya... Antara nasihatnya;


  1. Kehadiran ke kuliah - seperti yang mahasiswa/i maklum, kehadiran adalah wajib sekurang-kurangnya 70%. Sekiranya gagal untuk memenuhi kuota yang ditetapkan tanpa alasan yang sah, pelajar akan DIGANTUNG dari menduduki peperiksaan akhir semester. Oleh itu, marilah kita sama-sama menghargai usaha-usah pensyarah kita yang kita sayangi dan hadir ke kelas. "ILMU DICARI, BUKAN ILMU MENCARI"
  2. Adab dengan pensyarah - masalah ini seharusnya TIDAK pernah timbul di pada usia pelajar sekarang ini, memandangkan perkara ini telah diterapkan sejak anda berusia setahun jagung lagi. Di saat ini juga, anda bergelar MAHASISWA, seseorang yang tidak lagi terkongkong pemikirannya dan mampu berfikir dengan lebih jauh lagi. Antara adab yang menjadi teguran Dekan yang kita sayangi adalah : o Sekiranya ingin keluar kelas, mintalah izin pensyarah yang sedang mengajar. Umpama seorang pelajar yang keluar dari kelas tanpa meminta izin pensyarah yang sedang mengajar adalah ibarat anda sedang bercakap dengan seseorang, dan tiba-tiba sahaja orang itu pergi meninggalkan anda tanpa sepatah bicara. Apakah perasaan anda???? (Perumpaan yang diberi oleh dekan). Hormatilah mereka di saat mereka sedang bertutur dengan kita…
    o Apabila bertutur dengan pensyarah mahupun pentadbiran, bertuturlah penuh sopan dan adab.
    Meskipun hubungan anda dan pensyarah adalah sangat rapat, namun, cara pertuturan hendaklah dikawal. Hormati mereka kerana ilmu dan usia mereka tidak mampu untuk kita bandingkan dengan usia kita yang tidak seberapa. Sekiranya anda berteambung dengan mereka di mana jua, misalnya di lif, adalah lebih baik anda bertutur dengan bahasa yang mereka fahami atau lebih baik diam sahaja. o Saat anda melihat mereka, tunduk hormat dan sapalah mereka. Sangat menyedihkan keadaan dan situasi sekarang apabila pelajar bertembung dengan pensyarah atau pihak pentadbiran, mereka berperlakuan seolah-olah tidak melihat bahkan boleh diibaratkan seperti mereka tidak mengenali langsung seseorang yang telah berbakti kepada kita.
  3. Cara berpakaian
    Pakaian melambangkan anda….Siapa anda, itulah pakaian yang anda pakai.Sebagai seorang profesional…pemakaian jeans di kelas adalah sangat tidak digalakkan. Pakaian yang ketat dan singkat juga adalah tidak dibenarkan. Anda mungkin menggangu emosi sahabat anda walaupun anda tidak sedar dan tidak berniat langsung.

Akhir kalam, saya menyeru mahasiswa/i yang saya kasihi sekalian, bertindak cerdas, berbudi pekertilah di mana jua anda berada. Berlagaklah seperti seorang mahasiswa/i cerdas dan profesional yang bakal mengganti tunggak pimpinan sebuah negara, kerana kita adalah harapan masa akan datang.

"Manislah dalam bicara, indahlah dalam pekerti, cerminlah diri sebagai seorang mahasiswa profesional"

Wassalam

SYUKRAN