Mesyuarat Pertama Pentadbiran Fakulti Farmasi Bersama dengan Pimpinan Baru Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi

Thursday, April 1, 2010

1/4/2010, 9.00 a.m. - Mesyuarat ini merupakan mesyuarat kali ke-5 di antara pentadbiran dan PMFFar dan turut disertai wakil Persatuan Mahasiswa UKM Fakulti Farmasi. Namun bagi PMFFar sesi 2009/2010 dan saya sendiri, ini adalah mesyuarat pertama kami. Antara agenda utama mesyuarat ini ialah pengesahan minit mesyuarat yang lepas, pembentangan aktiviti oleh Yang di-Pertua PMFFAr dan perkara-perkara berbangkit.

Pelbagai aktiviti yang dirancang disuarakan. Aktiviti-aktiviti ini akan saya sertakan dalam post akan datang. Namun, yang menjadi tarikan dan perhatian utama saya ialah apabila Yg. Bhg Dekan menasihati kami kerana perangai "nakal" kami di dalam kelas. Ibarat seorang ayah menasihati anaknya... Antara nasihatnya;


  1. Kehadiran ke kuliah - seperti yang mahasiswa/i maklum, kehadiran adalah wajib sekurang-kurangnya 70%. Sekiranya gagal untuk memenuhi kuota yang ditetapkan tanpa alasan yang sah, pelajar akan DIGANTUNG dari menduduki peperiksaan akhir semester. Oleh itu, marilah kita sama-sama menghargai usaha-usah pensyarah kita yang kita sayangi dan hadir ke kelas. "ILMU DICARI, BUKAN ILMU MENCARI"
  2. Adab dengan pensyarah - masalah ini seharusnya TIDAK pernah timbul di pada usia pelajar sekarang ini, memandangkan perkara ini telah diterapkan sejak anda berusia setahun jagung lagi. Di saat ini juga, anda bergelar MAHASISWA, seseorang yang tidak lagi terkongkong pemikirannya dan mampu berfikir dengan lebih jauh lagi. Antara adab yang menjadi teguran Dekan yang kita sayangi adalah : o Sekiranya ingin keluar kelas, mintalah izin pensyarah yang sedang mengajar. Umpama seorang pelajar yang keluar dari kelas tanpa meminta izin pensyarah yang sedang mengajar adalah ibarat anda sedang bercakap dengan seseorang, dan tiba-tiba sahaja orang itu pergi meninggalkan anda tanpa sepatah bicara. Apakah perasaan anda???? (Perumpaan yang diberi oleh dekan). Hormatilah mereka di saat mereka sedang bertutur dengan kita…
    o Apabila bertutur dengan pensyarah mahupun pentadbiran, bertuturlah penuh sopan dan adab.
    Meskipun hubungan anda dan pensyarah adalah sangat rapat, namun, cara pertuturan hendaklah dikawal. Hormati mereka kerana ilmu dan usia mereka tidak mampu untuk kita bandingkan dengan usia kita yang tidak seberapa. Sekiranya anda berteambung dengan mereka di mana jua, misalnya di lif, adalah lebih baik anda bertutur dengan bahasa yang mereka fahami atau lebih baik diam sahaja. o Saat anda melihat mereka, tunduk hormat dan sapalah mereka. Sangat menyedihkan keadaan dan situasi sekarang apabila pelajar bertembung dengan pensyarah atau pihak pentadbiran, mereka berperlakuan seolah-olah tidak melihat bahkan boleh diibaratkan seperti mereka tidak mengenali langsung seseorang yang telah berbakti kepada kita.
  3. Cara berpakaian
    Pakaian melambangkan anda….Siapa anda, itulah pakaian yang anda pakai.Sebagai seorang profesional…pemakaian jeans di kelas adalah sangat tidak digalakkan. Pakaian yang ketat dan singkat juga adalah tidak dibenarkan. Anda mungkin menggangu emosi sahabat anda walaupun anda tidak sedar dan tidak berniat langsung.

Akhir kalam, saya menyeru mahasiswa/i yang saya kasihi sekalian, bertindak cerdas, berbudi pekertilah di mana jua anda berada. Berlagaklah seperti seorang mahasiswa/i cerdas dan profesional yang bakal mengganti tunggak pimpinan sebuah negara, kerana kita adalah harapan masa akan datang.

"Manislah dalam bicara, indahlah dalam pekerti, cerminlah diri sebagai seorang mahasiswa profesional"

Wassalam

0 comments:

SYUKRAN