25/3/2010 (Khamis) – Sekitar jam 2.30 hingga 3.30 petang, sebuah pertemuan telah diadakan antara MPP Farmasi, MPP Perubatan 1/2,Exco Kebajikan JAKSA Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) dan Dr Ruzita Abd. Talib, Pengetua KTSN. Pertemuan ini adalah tindakan susulan daripada Lawatan MPP bersama Exco Kebajikan JAKSA Di KTSN 1. Berikut merupakan laporan hasil pertemuan tersebut.
Aduan mahasiswa/i yang kami ketengahkan dan penjelasan terhadap permasalahan
1) Aduan : pekerja penyelenggaraan atau orang luar yang berlainan jantina masuk ke blok-blok atas urusan pembaikpulihan sewenang-wenangnya tanpa pengetahuan mahasiswa/i yang berada di blok berkenaan.
Penjelasan : Pihak pentadbiran kolej memaklumkan akan mengambil tindakan terhadapat aduan ini. Selain itu, Bonda turut memaklumkan, untuk kerja-kerja pembersihan, pekerja yang dihantar ke setiap blok adalah seharusnya mengikut jantina mahasiswa/i yang menghuni blok tersebut berdasarkan kontrak awal antara pihak kolej dengan syarikat pembersih.
2) Aduan : Wayarles JARING UKM, TETAMU UKM.
Penjelasan : Pentabdiran KTSN yakni staf pejabat serta Dr Ruzita sendiri telah melaporkannya pada pihak berwajib iaitu Pusat teknologi Maklumat(PTM) di Kampus KL terhadap permasalahan tersebut. Oleh itu, pada waktu ini masih dalam proses tindakan oleh pihak PTM.
Bagi mahasiswa/i yang tidak mendapat connection JARING UKM, Pihak JARING memohon agar mahasiwa/i yang mempunyai masalah ini untuk menelefon mereka sendiri secara individu. Hal ini adalah bertujuan mencari sebab dan punca permasalahan itu wujud. Selain daripada itu juga,Pihak JARING ingin mengenal pasti kedudukan blok dan aras yang mempunyai masalah dari segi connection tersebut agar mendapat perhatian pihak mereka.
3) Blok 6 aras bawah (mahasiswi berbangsa Cina seramai 10 orang) mengadu tentang;-
a. Masalah katil
Bonda memaklumkan masalah katil (double decker) boleh diadukan terus ke pejabat Kolej dengan mengisi borang seperti biasa dan harus diambil oleh mahasiswa/i sendiri secara individu.
b. Keadaan tempat tinggal yang panas
Kami telah mengusulkan untuk menambahkan kuantiti kipas angin di pelbagai sudut. Bonda akan pertimbangkan cadangan ini dan bakal diambil tindakan lanjut.
c. Ruang sempit
Kami mengusulkan jumlah penghuni dikurangkan ke angka 7 atau 6. Bonda memaklumkan tindakan ini akan memberi kesan pada mahasiswi senior memandangkan tempat adalah terhad.
d. Saiz ruang antara setiap tingkat di blok 6
Bonda menyatakan setiap ruang bangunan Blok 6 adalah sama. Saiz dan keluasan adalah sama. Susun atur perabot yang menyebabkan ruang rumah kelihatan sempit. Keadaan ruang ini pernah disaksikan oleh belaiu sendiri.
d. masalah tingkap sliding yang tidak dapat dikunci
Pelajar bolehlah mengambil inisiatif untuk mengadu kepada pihak pentadbiran.
4) Aduan : Speaker Blok 6
Penjelasan : Kami dimaklumkan bahawa Pihak pentadbiran telah pun menyusulkan cadangan pemasangan speaker di blok 6. Kertas kerja juga telah dibuat. Selanjutnya hanya menunggu peruntukan kewangan dari Bendahari UKM. Menurut Dr Ruzita, hasil tinjauan kontraktor bersama staf pejabat, perbelanjaan untuk pemasangan speaker itu menelan jumlah RM 25, 000.
5) Aduan : RO WATER Blok lelaki D &E.
Penjelasan : Kami mengajukan permintaan mahasiswa agar pembaikpulihan RO WATER yang rosak atau penggantian dengan yang baru. Hal ini kerana memudahkan mahasiswa mendapatkan air minuman yang bersih dan berdekatan. Bonda membuat catatan mengenai masalah ini.
6) Aduan : Tandas ,air busuk bertakung, banyak pemancur dan pam tandas air yang rosak.
Penjelasan : Kami memaklumkan kepada Bonda berkenaan permasalahan ini serta penyerahan gambar – gambar kerosakan dan permaslahan ini sebagai bahan bukti dan rujukan agar tindakan segera dapat diambil. Masalh ini juga akan diambil berat oleh bonda. Namun begitu, bonda menaasihati agar pelajar membuat aduan sendiri sekiranya terdapat masalah-maslah seperti ini.
7) Aduan : Masalah kucing
Penjelasan : Masalah ini diajukan oleh Nasiha Omar, MPP Perubatan berkaitan masalah kucing terbiar yang semakin banyak. Perancangan penangkapan sudah lama dibincangkan dan kata putus EXCO Kebajikan JAKSA bersama pentadbiran adalah hari Sabtu, bersamaan 27 Mac 2010 yang dilakukan pada jam 5.30 petang
8) Aduan : Persoalan mengenai penghuni KTSN semester hadapan (sekarang). Pembahagiaan blok tidak mengikut fakulti.
Penjelasan : Persoalan ini dipanjangkan oleh Nasiha Omar. Jawapan yang dberikan oleh Dr Ruzita adalah “ hasil perbincangan dari Timbalan Naib Cancelor(TNC), beliau inginkan pembahagiaan penghuni setiap blok dicampuradukan mengikut fakulti. Dalam kata lain,dalam satu blok ada 4 fakulti sekali. Walaubagaimanapun pertimbangan akan dibuat semula berdasarkan isu-isu semasa seperti jadual cuti setiap fakulti yang tidak sama.
9) Aduan : Isu KUOTA.
Penjelasan : Keputusan Pembahagian 40%(FSKB), 20%(FFAR),20%(FPER),20%(FGG) pada tahun lepas akan ditukar semula seperti sebelum ini kepada asal yakni 70%(FSKB),10%(FFAR),10%(FPER),10%(FGG) atas pertimbangan semula. Hal ini dilakukan atas dasar adil terutama bagi mahasiswa dari Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu. Keputusan ini bakal dilaksanakan pada sesi ini (semester 2010/2011).
Kami juga dimaklumkan bahawa Blok F masih kekal untuk blok mahasiswi Serta Plaza Rah masih dikekalkan Manakala K3 akan ditutup disebabkan jumlah katil kosong yang banyak berlebihan menyebabkan pembaziran. Kami juga dimaklumkan bahawa kira-kira terdapat 200 katil kosong secara keseluruhan kolej kediaman cawangan kampus KL.
10) Aduan : Bagi mahasiswa yang bermasalah (kekeluargaan,kewangan,yatim piatu)
Penjelasan : Pentadbiran Kolej menyediakan 10 bilik kosong bagi pelajar yang istimewa ini.Ruang ini boleh dimohon oleh sesiapa sahaja dan akan dipertimbangkan dengan kaedah temuduga berkenaan latar belakang sebagai bukti mahasiwa/i sangat memerlukan bantuan.
11) Aduan : Masalah air di K4 & K5
Penjelasan : Pemilik bangunan ada merancang untuk melakukan penambah baikan
12) Aduan : Masalah print dan fotostat.
Penjelasan :
• Print di Toh Puan bergantung kepada Kelab Keusahawanan
• Fotostat:mesin fotostat telah di sediakan
Perbincangan kami berakhir dengan jayanya. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bonda yang sudi meluangkan masa mendengar luahan hati kami yang tidak seberapa walau dibeban dengan tugasan yang banyak. Kepada mahasiswa/i KTSN pula, kami mengalu-alukan anda semua untuk membuat aduan atau cadangan penambahbaikan kepada kami sekiranya ada.
Kami juga menyeru mahasiswa/i untuk cakna dan peka terhadap ruang persekitarannya. Anda mempunyai hak untuk suara anda didengari oleh segenap penjuru UKM.
"MAHASISWA CAKNA, MAHASISWA PROFESIONAL"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment