MPP Mahasiswa Peduli, JAKSA Prihatin

Wednesday, March 31, 2010

24/3/2010- Lawatan MPP bersama JAKSA Kebajikan Di KTSN 1.

Atas inisiatif untuk menjaga kebajikan dan menunaikan tangungjawab, saya, Mariah binti Zakaria, wakil MPP, bersama-sama dengan Exco Kebajikan JAKSA Kolej Tun Syed Nasir, saudari Noraniza binti Ariffin dan seorang , telah membuat rondaan ke blok-blok di KTSN 1 bermula jam 6.00petang dan tamat sekitar jam 7.30petang. Rondaan ini dimulakan dengan melawat blok D dan E yang menjadi tempat penginapan sebahagian besar mahasiswa UKM, kemudian diikuti dengan blok mahasiswi, blok F dan akhir sekali blok 6. Tujuan rondaan ini dilakukan adalah untuk melihat sendiri keadaan persekitaran blok-blok tersebut termasuk tandas,ampaian,keadaan blok,serta koridor-koridor dan lain-lain.

Di blok D, kami turut ditemani ketua- ketua blok D dan E serta En Mahdi, yang bertindak sebagai felo KTSN. Di blok D dan E, kami diperlihatkan dengan pelbagai masalah. Antara yang paling kritikal adalah tandas, dimana air bertakung lalu menghasilkan bau yang busuk. Siling tandas yang sangat buruk dan kelihatan titisan air keluar dari atas serta pam tangki tandas yang banyak rosak. Pancuran air di bilik mandi juga mengalami kerosakan.

Selain itu ,turut menjadi tumpuan kami adalah ampaian baju yang kebanyakannya telah putus. Selain itu, kami juga mendapat aduan mesin RO WATER di blok lelaki sudah lama rosak namun masihi tidak dibaiki. Di bawah ini,saya titipkan beberapa gambar sebagai bukti akan gerakan rondaan kami.


































Setelah selesai mengambil laporan dan aduan di blok mahasiswa KTSN 1, kami bergerak ke blok mahasiswi pula. Kami mulakan dengan blok F. Masalah yang dihadapi oleh penghuni blok F adalah hampir serupa dengan blok D dan E. Namun, perkara utama yang ditekankan adalah masalah rangkaian wayarles JARING yang sangat perlahan.

Aduan di blok 6 juga tidak kurang hebatnya. Blok ini rata-ratanya dihuni oleh pelajar tahun1. Kami bermula dengan blok 6 aras bawah. Blok ini dihuni oleh 10 orang mahasiswi berbangsa Cina, pelbagai aduan kami terima. Antaranya adalah :
1. Keadaan yang jauh dari kemudahan di kolej seperti kafe, pejabat DSG dan sebagainya menyebabkan penghuni blok ini terasa seperti terasing.
2. Sebarang pengumuman tidak dapat didengari oleh pelajar.
3. Jaringan wayarles yang sangat lemah menyukarkan pelajar menyiapkan tugasan atau mencari bahan pembelajaran.
4. Keadaan yang panas memandangkan mereka tidak mempunyai kipas siling. Penggunaan kipas dinding mempunyai skop pengudaraan yang kecil menyebabkan sesetangah ruang tidak dapat menerima pengudaraan yang baik.
5. Ruang yang kecil berbanding bilik-bilik yang lain.
6. Katil tidak mempunyai penghadang menyebabkan pelajar risau untuk tidur di katil.
7. Kerosakan kolah di bilik air menyukarkan penggunaan tandas

























Blok 6 aras atas juga menyuarakan masalah yang hampir sama iaitu perabot yang telah usang dan mengalami kerosakan dan air yang panas pada waktu tengahari. Terdapat juga takungan air di kawasan anjungan di antara dua beranda pada aras yang sama. Takungan ini menyebabkan pembiakan nyamuk.

Sebagai tindakan untuk mengetahui dan ingin menyampaikan permasalahan pelajar, maka pada hari Khamis bersamaan 25/03/2010 satu perjumpaan dengan pengetua KTSN dilakukan. Perjumpaan ini disertai Exco Kebajikan JAKSA, saya sendiri wakil MMP Farmasi dan turut dihadiri oleh wakil MPP Perubatan 1/2 iaitu Nasiha binti Omar. Nantikan laporanyya dari kami. insyaAllah.
Sekian,
Wassalam.

0 comments:

SYUKRAN