Assalamu'alaikum wbt
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNya kerana akhirnya bilik bersih yang pertama di IPTA seluruh Malaysia telah diluluskan pada 29 Mac 2010 setelah diaudit pada 2 Mac 2010. Syabas dan tahniah kepada Fakulti Farmasi UKM atas kejayaan yang akan membuka lagi ruang dan peluang agar fakulti ini menjadi Fakulti Farmasi yang terkehadapan di Malaysia. Kami bangga menjadi mahasiswa yang bernaung di bawah anda.
AUDIT BILIK BERSIH
Tanggal 2 Mac 2010, Fakulti Farmasi telah menerima kunjungan Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Lawatan tersebut adalah bagi pengauditan pra-kualifikasi fasiliti bilik bersih yang terdapat di Fakulti Farmasi. Audit ini telah dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Fakulti Farmasi bagi menganalisa tahap keakuran bilik bersih Fakulti Farmasi dengan konsep “Amalan Penyedian Baik”. Audit tersebut telah menilai keakuran fasiliti berdasarkan garis panduan PICS yang merangkumi status kualiti premis, peralatan dan dokumentasi yang digunapakai oleh fasiliti bilik bersih Fakulti Farmasi. Pasukan audit KKM ini diketuai oleh En. Mohd Nasrol Mohd Noor berserta 2 lagi ahli audit dari Bahagian Farmasi. Seluruh warga Fakulti Farmasi dan wakil pihak pengurusan Kampus Kuala Lumpur telah dijemput untuk hadir. Diharapkan, segala hasil daripada audit tersebut dapat digunakan oleh pihak Fakulti Farmasi bagi tujuan penambahbaikan fasiliti bilik bersih
Sumber: http://pkukmweb.ukm.my/farmasi/berita_%20&_%20acara/2010/March/2%20mac.html
Perasmian Kompleks Bilik Bersih Bertaraf Amalan Penyediaan Baik (APB)
Dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Fakulti Farmasi akan mengadakan Majlis Perasmian Kompleks Bilik Bersih seperti berikut:
Tarikh: 10 Jun 2010 (Khamis)
Masa: 11.30 pagi
Tempat: Fakulti Farmasi, UKM KL
Kompleks Bilik Bersih ini adalah keperluan penyelidikan dan pembangunan Produk Farmaseutikal Steril. Kompleks ini adalah bertaraf Amalan Penyediaan Baik (APB) yang pertama di IPTA, Malaysia setara dengan Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan baharu sahaja mendapat kelulusan dan pengiktirafan dari Bahagian perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 29 Mac 2010. Majlis perasmian tersebut akan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Mazlan Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Cik Rushida di talian 03-92897974 atau En. Saidi Ismail 03-92897783.
Semua warga Kampus Kuala Lumpur dijemput hadir.
(ewarga/bul/bil.08062010-38)
Sumber: http://ewarga1.ukm.my/ewarga/buletin/buletin.cfm#bul_08062010-38
0 comments:
Post a Comment