Hari Bebas Merokok

Thursday, May 27, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan di dalam post yang lepas, setelah berkenalan tentang Green Lung Team UKM, kali ini saya ingin mewarwarkan kepada seluruh warga UKM tentang aktiviti yang bakal berlangsung pada 31 Mei 2010 ini, di UKM oleh Green Lung. Berikut merupakan di serba sedikit maklumat yang saya perolehi.

i. TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 31 Mei 2010 (Isnin)

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : Seluruh kampus Universiti Kebangsaan Malaysia

ii. MISI

Memastikan kesinambungan dan kelestarian program pengawalan amalan merokok pada masa hadapan.

iii. MATLAMAT

a. Menjadikan tarikh 31 Mei setiap tahun sebagai Hari Bebas Merokok di seluruh kampus Universiti Kebangsaan Malaysia.

b. Melahirkan warga universiti yang sihat dan bebas dari pengaruh rokok, kini dan pada masa hadapan.

    1. Mewujudkan mahasiswa-mahasiswi yang peka terhadap isu pengawalan amalan merokok.
    2. Menjadikan kampus UKM sebagai wadah perubahan bagi warga yang merokok kepada warga yang bebas rokok.

iv. PERINCIAN PROGRAM

a. Pameran

Poster- poster berkenaan isu merokok, bahaya merokok dan pengetahuan yang berkaitan dengan isu tersebut akan dipamerkan di bahagian hadapan Pusanika

b. Quit Clinic Booth di PUSANIKA

Unit operasi Quit Clinic dari Fakulti Pergigian akan membuka satu gerai pameran dan memberi khidmat kaunseling kepada mereka yang mempunyai inisiatif untuk berhenti merokok pada hari tersebut di bahagian hadapan Pusanika.

c. Tayangan Video

Video ataupun tayangan multimedia akan ditayangkan di setiap pejabat pentadbiran fakulti serta mana- mana bahagian kampus serta laluan- lauan utama yang mempunyai kemudahan tayangan video.

d. Penguatkuasaan

InsyaAllah sebuah unit penguatkuasaan yang memantau aktiviti warga universiti pada 31 Mei 2010 akan ditubuhkan. Unit tersebut mempunyai kuasa untuk memberi tindakan kepada warga universiti yang di dapati merokok di dalam kawasan universiti. Bentuk tindakan ataupun hukuman bergantung kepada tetapan pihak universiti.




Ayuh, sebagai warga yang prihatin, terutamanya warga UKM, mari kita sama-sama menjayakan hari ini sebagai Hari Bebas Merokok dalam usaha untuk menyedarkan rakyat Malaysia yang kita kasihi tentang nikmat hidup tanpa merokok.

InsyaAllah selangkah kita berusaha, walaupun kecil, Tuhan Maha Mengetahui. Jom berhenti merokok! (kepada sesiapa yang merokok dan teringin untuk merokok:))

Wallahua'lam

0 comments:

SYUKRAN