Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, 30 Disember 2010, mesyuarat yang keempat antara pentadbiran, PMFFAR dan saya sendiri telah berlangsung di bilik mesyuarat Fakulti Farmasi UKM. Antara perkara yang dibincangkan:-
 1.  Sebuah Majlis Dekan-dekan Farmasi IPTA telah diwujudkan
  - kepentingan majlis ini adalah dari segi penyelarasan proses pembelajaran dan 
     pengajaran, kerjasama program, dll.
 2.  Kemudahan kenaikan pangkat pensyarah farmasi IPTA
  - dari U41 ke U54 dalam masa 14 tahun sahaja. 
 3.  Pengambilan pegawai farmasi gred U41 pelajar tahun akhir UKM di Kementerian   Kesihatan Malaysia
  - taklimat kepada 93 orang pelajar Tahun Akhir Fakulti Farmasi UKM oleh   Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada
    Tarikh  : 19 Januari 2011 (Rabu)
    Masa : 2 petang
    Tempat: BSJ 2.2, Blok J, Tingkat 2, UKM, Jalan Raja Muda Abdul          Aziz
 4.  Perubahan tarikh Pendaftaran Diri Pelajar bagi Sesi Akademik 2011/2012
  - tarikh permulaan sesi akan datang telah berubah dari bulan Julai kepada bulan   September iaitu 4 September 2011. Pertukaran ini tertakluk kepada semua   pelajar tahun 1 - 4.
bacaan lanjut : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sesi-pengajian-institusi-pengajian-tinggi-bermula-september-mulai-tahun-ini/
 5.  Bayaran JPA pelajar tahun 1 yang bermasalah 
  - bagi pelajar yang bayaran JPA yang tidak sepenuhnya, masalah ini akan dirujuk   kepada pihak JPA sendiri (diharap sabar untuk info yg selanjutnya). Manakala yang   dah bayar seblum JPA bayarkan, wang boleh di'claim' semula dengan hantar surat ke   Jabatan Bendahari beserta dengan resit.
 6.  Serba sedikit penerangan berkenaan masalah pelajar yang ingin tambah gugur kursus   (insyaAllah dalam post akan datang)
 7.  Makluman aktiviti yang bakal diadakan oleh pelajar Fakulti Farmasi UKM
   Program : Lawatan Ukhwah UKM - UIA
   Tarikh   : 8-9 Januari 2011
   Tempat  : Kuliyyah of Pharmacy UIA, Kuantan
   Bil. peserta : 40 orang (fokus utama dibuka kepada pelajar tahun1    memandangkan fokus  utama adalah perkongsian cara berorganisasi    dengan lebih mantap dan profesional )
   Program  : Majlis Penganugerahan Pelajar Fakulti Farmasi UKM       2011 
   Tarikh  : 12 Mac 2011
   Masa  : 8.00 - 10.25 malam 
   Tema  : 1001 Malam
 8.  Masalah disiplin (teguran dari dekan)
  - hantaran surat layang (terutama melalui emel) kepada dekan tanpa nama dan   pengenalan diri
  - pakaian yang sempoi (tidak mencerminkan profesionalisme dalam diri)
  - kehadiran kuliah ditingkatkan dari 70% kepada 80%
  - hubungan emosional antara pelajar dan pensyarah (hubungan ini sangatlah  dilarang dari segi profesional dalam etika bekerja, sekiranya diluar terpulang kepada   individu )
InsyaAllah sekian sahaja maklumat dari saya. Ada tambahan informasi akan diberitahu ^^
'Profesionalisme Membentuk Keunggulan Diri'

0 comments:
Post a Comment