Pertemuan Yang Berkekalan

Friday, February 19, 2010

Musafir di perjalanan,
Meniti sebuah perjuangan.
Menghadir diri sebagai insan,
Menghadap lemah di hadapan Tuhan.

Cuba menyempurnakan setiap yang diperintahkan,
Namun,
Sering terkandas di pertengahan jalan.

Menari lembut titisan air mata kelesuan,
Memohon diri diperteguhkan,
Mengharap hembusan jihad terus dikobarkan,
Mencari erti dalam kegelapan.

Sering diri mengharapkan,
Pada redhaMu ya Rahman,
Pada keampunanMu ya Ghafur.

Namun,
Seinfiniti kemaafan ku pohonkan,
Kerana lemahnya iman,
Tewas pada nafsu yang melalaikan,
Walau diri..punya sejuta kefahaman.

Pimpinlah aku ya Rahim,
Untuk terus tetap dalam perjalanan,
Berjuang menempuh kepahitan,
Demi sebuah kemanisan,
Yang telah tersurat di hujung penantian,

dan..yang pasti..
Demi sebuah pertemuan,
DenganMu ya Allah..
Dalam alam yang tiada berpenghujungan...

0 comments:

SYUKRAN