Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (PDAL)

Monday, October 4, 2010

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt


Perhatian Buat Siswa/i UKM KL,

Adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan Dr. Abdul Latiff, UKM KL akan mengadakan Hari Bersama Pelanggan pada :

Tarikh : 5 Oktober 2010
Masa : 9.00 Pagi - 4.30 Petang
Tempat : Perpustakaan Dr. Abdul Latiff, UKM KKL


Program ini adalah sempena Aktiviti Pembudayaan Ilmu 2010 dan melibatkan seluruh perpustakaan di UKM termasuklah Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), Perpustakaan Pusat Perubatan UKM (PPPUKM) dan PDAL pada 5 Oktober 2010 dan Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA) dan Perpustakaan Undang – Undang (PUU) pada 6 Oktober 2010.

Antara objektif program ini :
  • > emberi peluang kepada pelanggan mengemukan pertanyaan, cadangan dan aduan kepada Perpustakaan.
  • > Menjadikan Hari Bersama Pelanggan sebagai langkah mewujudkan budaya mesra pelanggan ke arah peningkatan imej Perpustakaan.
  • > Memberi ruang kepada pelanggan mengetahui maklumat terkini tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.
  • > Menjadikan maklumbalas pelanggan sebagai input untuk perancangan dan penilaian perkhidmatan Perpustakaan.

Antara aktiviti menarik yang ditawarkan:
  • >Khidmat Nasihat
  • >Diskaun Denda 50%
  • >Pameran
  • >Gemilang Portal
  • >Jumble Sale
  • >Bengkel dan Demo Pangkalan Data

Sebarang kemusykilan anda seperti di bawah, bakal dijawab
  • >Permintaan dan pemilihan buku bahan Perpustakaan.
  • >Perkhidmatan pinjaman dan pemulangan bahan.
  • >Kursus Kemahiran Maklumat.
  • >Bimbingan dan khidmat nasihat pelanggan.
  • >Katalog Perpustakaan GEMILANG.
  • >Portal e-Jurnal.
  • >Pangkalan Data Dalam Talian.
  • >Koleksi Digital UKM.
  • >Koleksi seperti Media, Jurnal, Dokumen dan lain-lain.
  • >Perkhidmatan di Perpustakaan Cabang.
  • >Sistem e-repositori penerbitan (eRep).
  • >Kemudahan lain untuk pelanggan.
Ayuh sama-sama raikan program ini untuk manfaat bersama...

'KE ARAH MAHASISWA PROFESIONALISME UNGGUL'

0 comments:

SYUKRAN