Jadual Bayaran Biasiswa JPA bagi Semester I Sesi 2010/2011

Wednesday, June 23, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum wbt dan Salam Sejahtera

Seperti yang saya sebutkan di atas, Alhamdulillah dan InsyaAllah, bayaran biasiswa tajaan JPA bagi pelajar yang mengambil tajaan ini akan mendapat bayaran penuh untuk semester 1 sesi 2010/2011 adalah pada 17 Julai 2010. Informasi ini diperoleh dari pengumuman akademik di http://www.ukm.my/e-pelajar/ bertarikh 18 Mei 2010. Berikut merupakan informasi dari sumber asal:

Jadual Bayaran Biasiswa JPA bagi Semester I Sesi 2010/2011 [atas]

Dilampirkan jadual bayaran biasiswa tajaan JPA bagi Semester 1 Sesi 2010/2011 untuk makluman para pelajar (selain dari kursus Perubatan & Pergigian). Bayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar. Bayaran bagi pelajar kursus Perubatan & Pergigian telah pun dikreditkan pada 16 & 17 April 2010.Sehubungan itu para pelajar diingatkan agar membuat bayaran yuran pengajian & penginapan sendiri melalui kaedah-kaedah yang telah ditetapkan.

Sila
klik untuk maklumat lanjut.

(epelajar/bul/bil.18052010-10)

Sumber: http://www.ukm.my/e-pelajar/akademik_content.htm#19052010-11

Alhamdulillah. Sama-sama kita doakan agar perancangan ini berjalan seperti yang dirancang. insyaAllah. Semoga duit yang diperoleh ini digunakan sebaik mungkin. Ingatlah, ini duit rakyat untuk kita, mahasiswa, agar dapat mudah belajar dan dapat memulangkan semula duit ini kepada masyarakat suatu hari nanti. Oleh itu, berjimat-cermatlah. Manfaatkan sebaik mungkin. Duit ini pasti akan disoal di akhirat nanti. InsyaAllah, pesanan ini buat diri sendiri juga. Ameen

Sekian

Wassalam

5 comments:

Menapak kubur said...

Teruskan usaha mariah..
Moga slalu tabah..
Allah sentiasa bersamamu..

Mariah Zakaria said...

ooo yeaaaaa...bleh la akak.hahahahha.arigatou2:P
maafkn hamba ini. hehe

Menapak kubur said...

kanak2 ribena btul..
Akk bukan main serius komen..
Tu plak y awk bls..
Hehe, tau la tgh testing..

Ape2 pun, akak xtolong pa pe pun..
Thanks to "Mr yang pakar"
Dengan izin Allah..
Alhamdulillah..
Klau ade prblm lg lps ni, xtahu la mcm mane lg..haha

Aiman Yg Kisah said...

utk semester 2 2010/2011 ade x??

Mariah Zakaria said...

maaf abdullah. bru perasan comment anda. ada2. tgokla link ni. http://mariahzakaria.blogspot.com/2010/12/bayaran-pinjamanbiasiswa-tajaan-ptptn.html. tpi wallahua'lam. kita merancang Allah menentukan. mungkin ada kekangan yg menyebbkn duit JPA FSKB xmasuk lgi kot.

SYUKRAN