Minggu Mesra Pelajar

Monday, July 12, 2010


Bismillahirrahmanirrahim


Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera

Perjuangan menempuh antara minggu yang paling mencabar buat mereka yang baru sahaja bergelar mahasiswa, telah berakhir jua dengan lancar. Minggu Mesra Pelajar atau lebih mesra dikenali dengan MMP, telah tamat dengan Majlis Makan Malam di DSG KTSN. Minggu ini merupakan minggu di mana mahasiswa baru diberi pendedahan kehidupan di alam kampus. Selama seminggu mahasiswa UKM Kampus Kuala Lumpur menetap seketika di Kolej Keris Mas sebelum dibawa pulang ke KTSN.



Perjuangan mahasiswa/i Kampus Kesihatan bermula saat mereka menjejak kaki di Dewan Gemilang lagi. Di sinilah, saya bersama-sama dengan MPP Mahasiswa UKM KL, Nur Ili Tarmizi (MPP FSKB 3/4) dan Nasiha binti Omar (MPP FPER 1/2) dan juga MPP Cheras, Fareh Najihah binti Hashim (MPP FPER 3/4/5) mengambil kesempatan bertemu ramah dengan mahasiswa dan ibubapa mereka. Pelbagai persoalan yang ditanya membuktikan kasih sayang mereka terhadap anak-anak yang bakal mereka lepaskan.



Kami, MPP Farmasi dan MPP FSKB 3/4, turut hadir pada malam pertama MMP, mendengarkan taklimat kolej oleh YBhg Prof Madya Dr Ruzita bt Abd Talib. Penerangan ringkas dan padat bonda pengetua mengenai kolej yang bakal mereka diami mendapat perhatian pelajar.



Terdapat beberapa program yang turut kami hadiri sepanjang program MMP itu juga. Kami juga menyambut siswa/i Kampus KL saat mereka menjejak kaki di KTSN. Wajah-wajah keletihan bersalutkan kelegaan terpamer pada diri mereka.



Bergambar bersama Dekan Fakulti Farmasi UKM, Prof Ibrahim bin Jantan (2 dari kanan) dan Timbalan Dekan Akademik dan Hubungan Antarabangsa Fakulti Farmasi, Prof Madya Dr Jamia Azdina Jamal (3 dari kanan) di hadapan Dewan Gemilang




Bersama Naib Canselor UKM, Prof Tan sri Dato' Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin di dalam Dewan Gemilang.


Hadirnya mereka di sini membawa seribu impian dan sejuta harapan. Bukan hanya untuk diri mereka sahaja, bahkan pada insan-insan yang terdekat dengan mereka. Besar pengaruh siswa/i senior dalam memainkan peranan. Oleh itu, saya menyeru sahabat-sahabat agar memainkan peranan yang sewajarnya dalam menunjuk mereka haluan yang dapat membuahkan kejayaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah.



Sekian,


Wassalam


p/s:maaf lambat post. :(


0 comments:

SYUKRAN