Untukmu Wanita

Friday, July 30, 2010

Pesanan untuk diri dan juga setiap yang bergelar wanita

---*-*---

Untukmu wanita,

Wajahmu bukan sekadar hiasan,

Indahmu bukan sebuah pameran

Dirimu adalah ujian,

Dan jua peneman,

Untuk Adam yg pasti kesepian,

Andai engkau tidak wujud dalam kehidupan.

Duhai wanita,

Tutuplah auratmu,

Peliharalah pertuturanmu,

Jagalah pergaulanmu,

Tundukkan pandanganmu,

Diamkanlah derap langkahmu,

Tegaskn suaramu,

Tegarknlah dirimu,

Keraskanlah gaya jalanmu,

Jangan engkau menjadi fitnah dan tohmah buat kaummu.

Ketegaran, ketegasan, kekerasan,

Bukan bermakna dirimu tanpa kelembutan.

Biar kelembutanmmu itu satu kerahsiaan.

Untuk dirimu dan dirinya,

Yang telah ditetapkan olehNYA,

Menjadi bidadara dunia,

Dan InsyaAllah jua di syurga.

Duhai muslimah,

Labuhkanlah tudungmu melepasi dada mu,

Jangan sekadar cukup syarat bersimpang sahaja.

Longgarkanlah pakaianmu,

Jangan ketat menjadi sarung terung.

Perlahankanlah derap langkahmu,

Jangan hentakannya menjadi tarikan penzinaan.

Tebalkanlah sarung pakaianmu,

Agar dirimu terpelihara dari panahan syaitan.

Rendahkanlah sanggul rambutmu di sebalik jilbabmu,

Agar tercium dirimu akan harumnya bau syurga.

Hentikanlah lirikan matamu, senyum manismu, hilai tawa manjamu.

Cukuplah!

Jangan engkau menjadi fitnah dunia.

Untukmu muslimah solehah bertudung,

Bukan tudung itu satu perhiasan semata-mata.

Bersama-samanya sebuah tangungjawab dan amanah.

Membawa nama sebagai seorang muslimah,

Tercalit padanya agama Islam sebagai qudwah.

Buatmu bidadari dunia,

Jangan dirimu menjadi pameran di alam maya.

Sana sini gambarmu bersepah penuh gelak tawa.

Sedarlah,

Hakikatnya tangisanmu pasti takkan henti,

Andai engkau mengerti,

Wajahmu, dirimu, gayamu,

Diubah bentuk, ditambah lenggok.

Menjadi racun tanpa penawar,

Lantas mencalar maruah,

Pada sekeping gambar yang kaku dan mati.

Cukup!

Cukup!

Cukup!

Hentikanlah…

Jangan engkau menjadi fitnah buat wanita lain

Jangan engkau menjadi fitnah buat muslimah solehah

Jangan engkau menjadi penyebab kaum Adam ke neraka.

Benar,

Tidaklah Islam melarang perhiasan.

Tidaklah Islam benci kecantikan.

Bahkan yang cantik itulah sebuah kerahsiaan.

Bukan sebuah tontonan.

Harga yang mahal dipertaruhkan,

HANYA untukmu

Peneman dunia dan akhirat.

Jagalah dirimu,

Peliharalah agamamu,

Didiklah zuriatmu.

Engkau terlalu mulia,

Andai dibanding dengan dunia dan seisinya,

Sekiranya iman dan takwa,

Menjadi landasan pembentukan jiwa.

insyaAllah…J

---*-*---

0 comments:

SYUKRAN