Selamat Menempuh Cabaran Meneruskan Pejuangan Siswa/i Sesi 2010/2011

Saturday, July 10, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Akhirnya, cuti semester yang panjang telah pun sampai ke penamatnya. Tanggal 12 Julai 2010 bermulalah sesi baru untuk siswa/i meneruskan perjuangan yang belum selesai dan buat pelajar tahun 1 pula, perjalanan baru saja bermula dan masih jauh lagi. Oleh itu, di sini ada beberapa pengumuman yang ingin saya kongsikan, walaupun sedikit lewat disebabkan perkara yang tidak dapat dielak.

  1. pendaftaran kolej boleh dibuat pada hari-hari kerja dan juga hari minggu seperti di bawah (waktu yang tertera adalah sama bagi pejabat k1 dan k5):
    isnin jumaat - 8 a.m. - 5 p.m.
    sabtu, 10/7/2010 - 8 a.m. - 5 p.m.
    ahad, 11/7/2010 - 8 a.m. - 1 p.m.

  2. sebarang permohonan untuk penukaran kolej bolehlah dibuat dengan mengambil borang di pejabat.

  3. penukaran rumah di plaza rah juga boleh dilakukan dengan megambil borang di pejabat k5.

  4. sebarang aduan kerosakan alatan bolehlah dibuat dengan kadar segera di pejabat. Mereka sentiasa bersedia menerima sebarang aduan.

Sekian

Wassalam

0 comments:

SYUKRAN