Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera
Kerjasama sebagai sebuah pasukan merupakana antara faktor yang terprnting dalam kejayaan sesebuah organisasi. Dalam erti akata lain, hidup berjemaah adalah lebih baik dari berseorangan. Menyedari kepentingan ini, pihak pentadbiran Fakulti Farmasi UKM dengan kerjasama PMFFAR dan MPP Fakulti Farmasi, telah berganding bahu dalam memastikan Program Pengukuhan Pasukan Pelajar Baru Fakulti Farmasi Sesi Akademik 2010/2011 berjalan lancar.
Program ini buat pertama kali dianjurkan.
Butir-butir program adalah seperti di bawah
Tarikh | Hari | Tempat |
16 Julai 2010 | Jumaat | DSG KTSN |
17 Julai 2010 | Sabtu | Taman Botani, Putrajaya |
16 Julai 2010, Jumaat
Program ini dijalankan di Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir dan bermula sekitar 830 a.m. dengan ucapan dari Dekan Fakulti Farmasi, Prof Ibrahim bin Jantan. Namun, sebelum itu siswa/i baru telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dengan kehadiran mereka yang lebih awal dari masa aktiviti dijangka akan bermula iaitu sekitar jam 6.45 pagi. InsyaAllah ini sebagai permulaan bagi generasi yang bakal memipin masa depan. Aktiviti diteruskan seperti di bawah :
8.30 pagi : Ucapan Dekan dan Taklimat Program
- kemasukan Dekan yang sangat sederhana tanpa perlu pengumuman
dan secara bersederhana mendapat tempat di hati siswa/i.
- taklimat program oleh Dr. Mohd Makmor Bakry
9.00 pagi : Ceramah oleh Kapt(B) Mohd Zaidi Ismail
- penekanan yang lebih kepada cara berfikir, sikap dan kepentingan restu
ibubapa dan guru
10.30 pagi : Minum Pagi
11.00 pagi : Ice Breaking dan SGD 1: Knowing Myself & Why I Am Here
- siswa/I dibahagikan kepada 12 kumpulan dengan 2 orang pensyarah
yang bertindak sebagai “facilitator” sekaligus mentor siswa/I berkenaan.
12.30 tgh : Makan tengahari
1.00 ptg : Solat Jumaat bagi muslimin
Solat Zohor berjemaah di surau D dan tazkirah oleh Prof Jamia bagi muslimat
Ceramah Ethical Behaviour of Students oleh Prof P.T. Thomas di DSG bagi “non- muslim”
2.30 ptg : Persediaan kumpulan
-setiap kumpulan dikehendaki melakar logo, tema dan nama kumpulan
masing-masing
3.30 ptg : Pembentangan kumpulan
- siswa/i berkumpul bersama pensyarah dan persembahan oleh setiap
kumpulan. Sesi soal jawab juga tidak dikecualikan.
4.30 ptg : Bersurai dan minum petang
Alhamdulillah perjalanan program adalah seperti yang dirancang. Diharap siswa/i baru dapat mengambil sebanyak mungkin manfaat dari program yang diadakan khas buat mereka. Sesi kedua akan dilaporkan oleh saya esok. insyaAllah:)
0 comments:
Post a Comment