Program Pengukuhan Pasukan Pelajar Baru Fakulti Farmasi Sesi Akademik 2010/2011..2

Friday, July 23, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera

17 Julai 2010, Sabtu
Program Pengukuhan Pasukan ini diteruskan dengan hari berikutnya di Taman Botani, Putrajaya. Berikut merupakan perjalanan aktiviti yang dilaksanakan :-


7.00 pagi : Bertolak dari KTSN ke Taman Botani

8.00 pagi : SGD 2 : Program Kembara
- dimulakan dengan taklimat oleh Dr Muhammad dan Wakil dari pihak Taman
Botani. Siswa/i dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan mereka. Mereka
kertas-kertas berupa soalan, peta Taman Botani dan serba sedikit panduan.




- aktiviti diteruskan dengan senaman ringan untuk memanaskan badan yang
diketuai oleh saudara Mark, siswa tahun 1 - atlet farmasi???:)

- bermulanya kembara meneroka minda, mencari ilmu di alam rimba ciptaan
Tuhan. Pelbagai soalan berbentuk menguji minda dan pengetahuan tentang
tumbuhan menguji minda siswa/i.




10.00 pagi : Interaksi Kumpulan
- setelah penat lelah mengerah mental dan fizikal mencari jawapan, siswa/i
kembali bersua muka dengan mentor kesayangan mereka. Mereka diminta
mengucapkan surat janji mereka sepanjang tahun pengajian mereka di Fakulti
Farmasi di hadapan mentor dan sahabat mentee mereka. (hmm...macam2 janji yang berkobar. moga mampu bertahan. insyaAllah:))




11.30 : t/hari : Penyampaian Hadiah
- Penyampaian hadiah oleh Prof PT Thomas kepada kumpulan yang paling
berjaya menjawab soalan yang diberi dengan tepat.
- Johan : Kumpulan 2
- Naib Johan : Kumpulan 10
- Ketiga : Kumpulan 8
- Keempat : Kumpulan 3
- Kelima : Kumpulan 7
- Hadiah saguhati diberi kepada setiap kumpulan peserta oleh Prof Madya Dr
Jamia Azdina Jamal






12.00 t/hari : Perkelahan Kumpulan





1.30 petang : Solat Zohor
2.00 petang : Lawatan sekitar Putrajaya
5.00 petang : Perjalanan pulang ke KTSN

Alhamdulillah, semua semuanya berjalan lancar dan berjaya pulang dengan selamat. Semoga objektif program ini tercapai dan siswa/i tahun 1 dapat memanfaatkan sebaik mungkin program yang dibuat khas bertujuan untuk mereka. InsyaAllah
Sekian
Wassalam

0 comments:

SYUKRAN